Khamis, 18 Mac 2010

Cooper, Beemer atau...

"Bro, Ko tau tak member kite, XXXXX (nama terpaksa dirahsiakan) dah pakai Wish tu.. Dia beli last week" citer si Amad masa kitorang dok 'ngepeng' semalam. "Aku dah tau dah, brader tu masyuk ape. Memang patut le dia pakai" jawab aku pula. "Ko tu.. bila pulak nak tuko 'Wira Continental' ko tu. Aku rasa lagi banyak ko masyuk" balas si Amad lagi. "Ala Mad, bukan aku tak nak tuko atau pun takde duit tapi aku tengah dalam dilema samaada nak amik Cooper S atau pun Beemer 320i atau pun amik dua-dua sekali" ayat 'cover' dari aku untuk si Amad ni..

Dah nasib aku.. dari dulu lagik member-member aku dok sibuk tanya pasal kete apa aku pakai. Bukannya aku tak nak tukar kete tapi bile mengenangkan 3 sebab kat bawah ni (terutama sebab no 1), itu yang buat aku rasa malas nak tukar atau beli kete baru. Apa dia 3 sebab tu ?

  1. Aku tak suka beli barang yang susut nilainya cepat sangat turunnya. Kata la aku beli Cooper S yang berharga RM208K tu, dah tentu-tentu esoknya harga akan 'drop'.. paling tidak pun akan jadik RM200K. Tak ke rugi namanya... tak macam rumah, kalo kena gayanya, masa beli pun korang dah buat untung especially yang harganya bawah 'market value'. Pasal tu la banyak buku yang aku baca bagitau hutang kete is a 'bad debt' tapi kalau hutang rumah is a 'good debt'.

  2. Memandangkan pengangkutan utama aku pegi balik keje ialah LRT. Rasa macam tak sanggup pulak kalau Cooper S atau Beemer 3 series aku tu, aku parking kat LRT stesyen. Silap haribulan, mau kete aku tu jadik 'public toilet' kat burung-burung yang jeles dengan kete baru aku tu. Kalau nak drive pegi opis pulak, takut la pulak bos aku jeles sebab dia pun pakai Honda je. Lagipun tak sampai hati aku nak drive gi opis sebab kesian pulak kat awek-awek yang naik LRT sama aku bila diorang dah tak dapat jumpe aku setiap pagi dan petang.. hehehe.

  3. Dan yang paling aku takut is... takut ramai sangat awek dahi licin yang nak himpit aku bila aku dah pakai kete beso ni. Memang la feberet aku tengok pompuan dahi licin tapi tak la sampai nak menduakan bini kesayangan aku kat umah tu walaupun dahi dia dah tak berapa nak licin sebab faktor penuaan.. nak buat camne.. hehehe.

So, buat kengkawan aku, tak payah le gatai nak tanya aku lagi bila aku nak tuko kete sebab selagi 3 sebab kat atas aku tu masih bermain-main dalam kotak kepala aku, selagi itulah aku rasa payah sikit aku nak tukar.

TIPs : Good Debt - sesuatu yang anda beli itu akan menambahkan value atau kekayaan kepada anda. Bad Debt - sesuatu barang yang anda dibeli yang akan lebih memiskinkan anda.

2 ulasan:

  1. Cewah kalau nak yang berdahi licin, kena siap sedia untuk bagi poket dari penuh jadi licin...sama macam kete copper ke beemer ke atau....hhehe.

    BalasPadam
  2. best entry ni. setuju kereta is a bad debt, tp itu benda yg kita desire most. something yg kita boleh beli bila duit kita byk.

    BalasPadam