Ahad, 27 Disember 2009

7-eleven

Teringat aku masa aku tgh melilau nk carik penyewa utk umah terbengkalai aku tu, mcm2 cara aku cuba. carik thru agent la, suruh kengkwn carikan lar tapi sumenyer gagal. last2 teringat aku masa aku dok study kat itm dulu, dgn berkapcaikan motor member.. abis sume 7-eleven aku redah semata2 nak carik umah sewa.. tapi sblm korang continue baca sambungan kat bawah ni, aku harap korang dh baca post aku bertajuk "4P+1P=5Ps" sbb aku takut korang x dpt tangkap apa yg aku cuba sampaikan.

yes.. aku dah jumpe 'place' yg aku carik dan aku musti letak iklan kat situ tapi masa tu kt kg melayu subang tkde 7e. paling dkat pun kt subang perdana. terpaksa gak le aku g dan sesampai je aku kat situ, bertempek iklan umah sewa.. tapi yg menyedihkan aku sumenye bawah rm3ratus. camni tak boleh le aku nk untung byk sbb instalment bank aku dlm rm2ratus lebih je. tapi xpe, at least aku tau le rate sewa kat area situ berapa dan secara x langsung menjawab salah satu 'P' yg aku gtau dlm post aku yg terdahulu iaitu 'price'. iklan2 yg aku tgk kat situ plak ada yg tulis tgn, ada yg bertaip komputer dan ada gak yg ber'awan larat'.. so, kalo korang nk mencarik umah, 'promotion' yg macamane yg korang tertarik? dh tentu le yg kemas dan cantik kan sbb iklan melambangkan sifat tuan umahnye. kalo iklannya mcm melepaskan batuk d tangga, dh tentu le keadaan umahnye 'indah khabar dari rupe'. 4P dh terjwb tapi 'people' @ crowd yg nk menyewa kat area tu aku x dapat agak lagi,. tapi aku boleh rasakan yg family @ bdk bujang le yg akan duduk situ sbb area situ takde kolej mcm kat shah alam. so, bagi korang yg baru nk berjinak2 dgn sewa menyewa umah tapi x tau mana nak carik penyewa, aku cdgkan gunakanlah khidmat buletin kat 7-eleven sbb ianya "mudah & free"..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan