Rabu, 30 Disember 2009

umah flat ke @ 'umah bawah'??


Semalam, ada few e-mails drpd kengkwn aku yg dok tanya "where to start? Go for landed property or apartment?" Aku cuma reply by asking them to read my next post in this blog.

Masa mula2 aku start invest dlm bidang ni, aku dok konpius gak sama ada elok aku beli 'umah bawah @ landed property atau pun umah flat. Sebabnya kebanyakan buku yg aku baca gtau 'umah bawah' ni lebih menguntungkan drpd umah flat @ apartment disebabkan oleh nilai pasarannya yg naik cepat (capital appreciation). Kalo korang tak caya, cuba korang g tgk sebijik 'umah bawah' la ni baper harganya dan setahun dr sekrg, korang cuba bandingkan harganya pada masa tu. Kompom naik banyak.

Tapi bila mengenangkan yg pada waktu tu aku takde la banyak sgt duit utk start, so aku pun pilihlah utk membeli umah flat. Dah lah harganya murah, byrn bulanan kat bank pun takdela membebankan sgt.. takat RM300 je sebulan. Cuma dari segi value.. takde la naik secepat 'umah bawah'. Tapi tak pe yg penting bagi aku, bukannya 'kekayaan segera' yg aku cari tapi lebih kepada income bulanan (passive income) bila aku dah retire nanti. Mungkin masa ni aku cuma dpt excess dlm 100 hengget utk sebiji flat tetapi cuba korang bayangkan bila mana semua hutang bank tu telah aku lunaskan dan sewa bulanan pada masa tu plak meningkat.. tak ke untung aku time tu? Tapi tak semua orang sependapat dgn aku dan bagi korang yg mengejar keuntungan segera, mungkin 'umah bawah' le jawapannya utk korang..

Tips : " Tentukan dahulu matlamat anda sebelum memulakan pelaburan di bidang ini. Ingat prinsip berikut : Landed Property = Capital Appreciation / Apartment = Passive Income "








Tiada ulasan:

Catat Ulasan