Sabtu, 26 Jun 2010

Kena kondem lagi..

Tengahari Isnin yang lalu, aku berpeluang keluar lunch dengan member aku yang dah agak lama aku tak jumpa. As usual, topik pasal property yang banyak dipersoal olehnya kepada aku sebab katanya banyak yang dia dah dengar dari member-member kitorang tentang kejayaan aku (berjaya sangat ke aku?). Dalam dok bercerita tentang property, sempat jugak la dia kondem aku. Katanya "Aku ingat ko ni melabur macam orang cina. Beli rumah/kondo mewah, lepas je siap terus jual balik. Untung ratus-ratus ribu. Rupa-rupanya, dok layan rumah low/medium cost. Untung sewa cuma RM200-RM300. Apa barang bro..". Aku cuma mampu tersenyum je sebelum aku bukak mulut membalas "Bang, bukan aku tak nak invest dalam rumah/kondo mewah tapi sebab bagi aku duit banyak mana pun takkan cukup. Lagipun aku cuma nak ada 'income' sampingan bila aku dah tak keje lagi. Biarlah diorang (orang cina) banyak duit, yang penting bagi aku.. biar sikit tapi 'berkat'. Satu lagi aku ada sebab aku tersendiri kenapa aku tak nak invest dalam landed atau high-end property". "Apa lagi alasan yang lu nak bagi bro?" soal member aku mencemuh.

"Bang, kalau aku beli rumah/kondo mewah, bila time ekonomi tak bagus nanti susah aku nak cari 'tenant' sebab kebanyakan rumah jenis ni, penyewanya ialah warga asing yang bekerja kat sini (expatriate). For sure time tu nanti, 'expat' ni akan balik ke negara diorang sebab company dia takkan mampu nak menanggung keperluan 'expat' ni lagi. End up, bila dah takde penyewa atau kalau disewakan pun tak dapat nak cover instalment bank yang tinggi, alamatnya jenuhla diorang (landlord rumah/kondo mewah) nak maintain. Bila dah tak ter'maintain', terpaksalah diorang menjual pada harga yang rendah dan pada masa ni la baru aku akan beli (kalau aku nak la). Tapi bila aku dok main umah low/medium cost, bila time 'recession' (ekonomi tak berapa bagus), demand still ada sebab orang yang sebelum 'recession' tu berada (kaya) dan tinggal kat rumah mewah, akan terpaksa keluar dari rumah tu dan pindah ke rumah yang tak berapa kaya (medium cost la). Tak gitu? Time tu, kalau diorang biasa nyewa dalam RM2K sebulan, dah tentu-tentu la nak carik rumah yang sewanya lagi rendah (macam rumah yang aku dok beli sekarang). Betul tak, bro?" jawab aku dengan muka penuh konfiden dan aku hanya mampu melihat seekor 'lalat' masuk ke dalam mulut member aku yang ternganga mendengar jawapan 'bernas' aku tu.. hahaha.

Tips n Thots : Time ekonomi ok, rumah mahal mana pun akan ada pembeli/penyewa tapi bila tiba time 'recession', rumah mahal pun boleh jadi murah.


12 ulasan:

  1. encik abg ensem,

    soalan nie terkeluar drpd tajuk..cuma sy x boleh nak jawab setiap kali mak saya tanya..
    apsal beli rumah tak sama macam beli kereta?kereta berapa ratus ribu pun, boleh habis bayar dalam masa 9 thn. tapi rumah 25, 30 thn?sedangkan harga rumah (yg biasa2 la = medium cost) kurang lebih je dengan civic baru? tolong yer..supaya bila mak saya tanya lagi sy boleh jawab dgn senang ati..TQ

    BalasPadam
  2. Hmm..betul tu bro ensem. Masing2 ada matlmt dlm hartanah ni. ada yg nk untg cepat (biasanya mcm ni yg byk duit) & ada yg utk long term. Terpulang pada penetapan matlamat kita...

    nosembilanbelas.. pendapat aku la kan tntg soalan yg mak ko tanya, beli rumah tak mcm kete. harga kete semakin turun sekalipun kita beli hr ni, besok kalo jual dah trn gile byk! tak mcm rmh, semakin hari semakin naik harganya. atas sbb itulah, bank bg pnjmn maksimm pun selama 9thn. Kalo blh biar cpt hbs (kalo ko tk dpt byr, kete kna trk tp bank terpksa jual dgn hrga yg lbh rndh). Rmh lain.. bnk sggp bg smpai 30 thn (ko tak dpt byr- rmh kena lelong, kalo tak pun ko blh jual balik ikt hrga pasaran). Dan bukan tk blh byr 9 tahun..tapi lebih baik duit tu simpan utk beli lagi rmh lain... tak gitu bro ensem?

    BalasPadam
  3. nosembilanbelas : Nanti saya buatkan satu entri khas untuk menjawab soalan emak awak.. Tunggguuu

    BalasPadam
  4. hebat.. cerita yang santai ..seronok membaca entry anda..

    BalasPadam
  5. untung 200 -300 satu rumah tu banyak la tu.. kira orait la..mana ada org nak kasi kia free2 duit banyak tu kan. pesan kat member abang ensem tu, jgn tamak...

    BalasPadam
  6. "Time ekonomi ok, rumah mahal mana pun akan ada pembeli/penyewa tapi bila tiba time 'recession', rumah mahal pun boleh jadi murah."

    Betul. Benda ni belajar dalam kuliah ekonomi sem lepas. Dalam buku teks memang tak ada. tapi lecturer tu memang pandai masukkan keadaan semasa dalam syarahan. Mungkin berbaloi habis lambat daripada orang lain tapi ilmu realiti yang kami dapat terkesan di hati.

    BalasPadam
  7. Kak Rohaniah : Dah pesan dah tapi katanya kalau takat untung ratus-ratus, baik bukak bisnes.
    Hanis Aleeya : Time saya belajar ekonomi dulu, lecturer saya tak masukkan perkembangan semasa. End up dapat result cukup2 makan je tapi bila dah start invest sendiri, baru lah faham apa yang dia cuba sampaikan dulu.. huhu

    BalasPadam
  8. aishooo incOme sampingan 200-300 dah kira oke la tu kannnn

    BalasPadam
  9. abang ensem, kalau tu la jawapan dier, pedulikan dier. kita pun tak rugi kalau dier tak mo invest sama

    BalasPadam
  10. abg ensem, mau tanya...macamana abg ensem buat, blh beli rumah flat byk2...bukan ker ada had & syarat2 utk beli rumah low cost kat selangor ni?..yg saya tau sorg satu rumah jer, & gaji certain amunt jer, btul ker?...tulun xplain sket

    BalasPadam
  11. Fauzi : Nanti saya akan buat satu entri pasal soalan saudara ni..

    BalasPadam
  12. abg ensem: tq..saya akan nantikan entri terkini abg ensem khas utk saya..hahaaha

    BalasPadam