Selasa, 22 Jun 2010

Market Study


Kalau korang pernah baca bulu buku pasal 'property investment', mesti korang pernah 'came accross' 3 'basic rules' yang akan menjamin kejayaan pelaburan korang. Tak kiralah samaada buku yang dikarang oleh 'local author' seperti Milan Doshi mahupun karya penulis best seller, Robert Shemin (favourite author aku), semuanya akan memperkatakan tentang 3 benda tu. Apa dia 3 benda tu? Tak lain tak bukan location, location dan location dan katakanlah korang dah pun tetapkan kawasan 'hotspot' yang korang minat nak invest, apa pulak langkah yang perlu diambil bagi memastikan korang membeli 'property' yang menguntungkan?

Kalau korang nak tau, inilah langkah pertama yang aku perlu buat masa aku mula-mula 'terjebak' dalam bidang ni dulu dan aku bernasib baik dikurniakan dengan otak yang sentiasa aktif untuk berfikir. Nak tau apa langkah yang aku maksudkan? Ya.. 'market study' atau kalau di'direct translate'kan akan jadi 'pasar belajar'..haha. Apa itu market study? Ianya membawa maksud korang kena belajar dulu tentang pasaran hartanah kat kawasan tu samaada dari segi harga, kadar sewa, kumpulan penyewa malah problem-problem kat kawasan tu pun korang kena amik tahu. "Kenapa pulak nak kena tau?" mesti itu persoalan yang ada dalam fikiran korang kan. Ala korang ni, takkan itu pun korang nak tau. Aku nak explain ikut ayat skema, aku tak berapa pandai tapi kalau nak bagi contoh untuk korang paham tu tau le aku. Katakanlah korang nak tekel satu awek ni dan korang nak make sure yang korang akan dapat, dah tentu-tentu la korang nak tau makanan apa yang dia suka makan, perfume apa yang dia selalu guna, tempat mana dia selalu lepak, barule 'chances' korang nak dapat pikat dia tu bertambah. Macam tu jugaklah dengan property investment, bila sesuatu kawasan tu korang dah mahir takdelah susah sangat korang nak meraih keuntungan kat situ. Betul tak?

Untuk entry ni, aku nak ajar korang cara aku study harga pasaran (market value) dan kadar sewa sesuatu kawasan. Masa zaman aku 'betul bendul' dulu, satu-satunya cara aku nak dapat tau ialah dengan mentelaah ruangan 'classified ads' @ ruangan iklan di suratkhabar. Memandangkan aku berminat nak invest kat Shah Alam (flat/apartment), aku cuma usha harga dan kadar sewa rumah kat area Shah Alam je la. Selama 6 bulan, aku baca dan potong iklan yang ada kat paper tu semata-mata nak tau value dan kadar sewa kawasan tu. Alhamdulillah selepas tu, aku dah dapat mengagak range price/sewa bagi flat/apartment kawasan tu. Dari situ, kalau aku tengok je ada flat/apartment yang di bawah range harga semasa, cepat-cepat aku arrange untuk tengok rumah dan inilah antara langkah awal macamana aku beli sesebuah rumah. Since korang dah tau cara aku, apa korang tunggu lagi.. pegi le carik paper dan kerat iklan umah kat kawasan yang korang pilih selama 6 bulan dari sekarang. Bila dah 'mahir' dengan harga/sewa rumah area tu, baru le senang korang nak invest nanti.


Tips & Thots : Beli newspaper setiap hari, gunting iklan rumah untuk dijual/disewa di kawasan yang korang inginkan selama 6 bulan supaya korang expert dengan harga/sewa kat area tu.

5 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Ensem,
    aku setuju dengan gunting dan tampal.
    secara tidak langsung, kita juga mendidik our subconscious mind and money blueprint to assimilate into our believe system.

    kalo ko boleh digest ayat aku kat atas ni, kira ko terer la.... hahahaha

    BalasPadam
  3. Hazree : Perkhhh... tingginya bahasa ko. Tak tercapai dek akal dangkal aku nih tapi aku cuba gak la men'digest'nya dan hasilnya.. "Bila kita dok kerat dan tampal, tanpa kita sedari ianya menggerak minda separa sedar kita bersatu dengan peluang menjana kekayaan dan natijahnya kejayaan akan menjadi sebahagian dari hidup kita".. Am I rite?

    BalasPadam
  4. Tanpa NamaJun 28, 2010

    abang ensem,saya ada wang cash 250k,bagus tak kalau saya beli rumah mediaum cost kat KL secara cash sebanyak 4 biji dan bagi sewa atau saya beli rumah lelong dan bayar deposit 10% untuk 25 biji rumah dan buat loan bank,umur saya skrg 51tahun

    BalasPadam
  5. Anonymous : Saya akan bagi opinion saya dlm entry yg akan datang..

    BalasPadam