Jumaat, 11 Jun 2010

Tirai yang telah tersingkap..

Akhirnya, 'Rahsia Jutawan Hartanah Terbongkar' telah pun berada di pasaran. Pelbagai kisah berkenaan taktik dan teknik pelaburan yang telah aku praktikkan dikupas di dalam buku ini dengan bahasa yang mudah dan 'indah', dari zaman aku bergelar pelajar sehinggalah kepada kisah sedih pengalaman menghalau 'tenant' aku semuanya aku muatkan dalam e-Book ini. Niat aku hanya sekadar ingin berkongsi pengalaman dan cara aku melabur, moga-moga ada dikalangan korang yang teruja untuk mengikut jejak langkah aku.

14 buah rumah dengan nilai melebihi RM1 juta ringgit yang kesemuanya dibiayai oleh pihak Bank bukanlah satu perkara yang mudah. Dengan kaedah yang aku kutip dan amalkan selama lebih 12 tahun telah aku perturunkan di dalam e-Book ini supaya ianya bakal menjadi panduan kepada korang untuk memulakan langkah di dalam pelaburan hartanah yang majoritinya dimonopoli oleh bangsa lain.

Harapan aku, semoga e-Book yang seringkas ini akan dapat mengilhamkan 'susur atur' korang di dalam memastikan Bangsa Melayu mampu 'berdiri sama tinggi' di dalam bidang hartanah ini. Mustahil? Jika aku yang bergaji kecil mampu melakukannya, kenapa tidak 'anda'?

Layari http://www.bicarahartanah.com/ untuk urusan penempahan. Terima kasih.

3 ulasan:

  1. oh, dah keluar pun..menarik utk dimiliki ni..

    BalasPadam
  2. TQ to those yang dah beli ebook saya. Moga anda akan mendapat manafaat darinya, insyaallah.

    BalasPadam
  3. Saya lebih prefer buku fizikal kalau boleh. Ada ura-ura tak nak keluarkan..?

    BalasPadam