Rabu, 6 Oktober 2010

Sesi Ngeteh

Jam baru menunjukkan pukul 12:09 tengah malam dan saat ini aku baru sahaja balik dari mengeteh dengan brader mfirdaushassan yang baru sampai dari Kuantan siang tadi. Dengan ditemani oleh Brader Mil dan Man Kuala, banyak juga perkara-perkara yang dibualkan dari pengalaman pelaburan hartanah masing-masing sehinggalah ke awek yang duduk di meja sebelah.. hahaha. Apa pun banyak jugak tips dan masaalah yang dapat aku kongsikan bersamanya, tambahan pula kini beliau dalam proses membeli hartanah pertamanya di Lembah Kelang. Kiranya berani jugakla brader ni mengambil risiko walaupun jarak rumah yang dibelinya melepasi sempadan negeri kelahirannya (Pahang). Bertimbal balik dari sesi ngeteh lewat malam ni, aku semakin teruja untuk bertemu rakan-rakan pembaca blog aku yang lain dan untuk itu, berikut adalah tarikh baru sesi ngeteh kita bagi menggantikan tarikh yang telah aku kenselkan  minggu lepas. Harap-harap ramailah yang aku boleh jumpa nanti.

Tarikh : 8/10/10 (Jumaat)
Masa. : 5:38 - 7:08 petang
Tempat : NZ Garden, Jalan Ampang (mamak sebelah Wisma Selangor Dredging)

P/S : Jangan lupa e-mailkan handphone number korang ke abangensem98@gmail.com supaya senang untuk aku hubungi nanti.

10 ulasan:

  1. Alamak..teringin nak gi..tapi baby kecik lagi la abgensem. InsyaAllah, lain bulan buat lagi saya nak joint..

    BalasPadam
  2. roger. you have my number already.

    BalasPadam
  3. sy pembaca tegar blog AE. boleh ke join sebab first timer.. hartanah xde lagi. kutip ilmu je dulu..

    BalasPadam
  4. minta pendapat AE..mahu refinance rumah with lowyer fee + MRTA or exclude( bayar sendiri )..mana untung?

    BalasPadam
  5. AG : Untung lagik kalau buat top-up loan (refinance dgn bank yg sama)..

    BalasPadam
  6. Salam AE. Tolong post pasal top up loan and refinance dgn bank lain. Hari tu kurang paham sebab Brader Mil and Man Kuala dah alihkan tumpuan aku kepada awek2 kat sebelah. Jauhilah aku dari kaki2 usha awek, amen... Hehehheehe..

    BalasPadam
  7. bole AE terangkan untung dari segi ape?walaupun interest rate bagi loan baru lebih menarik.cth loan baru BLR-2.2 DAN refinance dgn bank same BLR-1.8 saje.

    BalasPadam
  8. sokong AE buat post pasal nie...aku pun nak try apply ilmu nie...

    BalasPadam
  9. pi tak pi.. pi kot

    BalasPadam