Sabtu, 3 Julai 2010

Bahana Tersilap Alamat

Tersentak aku bila menerima panggilan dari awek tenant aku semalam dan lebih mengejutkan aku bila si pemanggil berkata "Encik, meter air kena kunci. Kami tak boleh mandi ni. Encik bayar tak bil 'maintenance' sebab kat notis ni bagitau yang Encik dah 4 bulan tak bayar". Mana mungkin aku tak bayar sebab bayar bil maintenance rumah-rumah sewa aku merupakan rutin minggu ke 3 setiap bulan. "Takpe Su. Nanti saya check tapi seingat saya la, saya tak pernah miss bayar maintenance. Kalau Su dan kawan-kawan nak mandi, mai la datang rumah saya. Bolehla saya tolong mandikan.. opppsss. Maksud saya boleh la u all tumpang mandi kat umah saya" jawab aku dengan nada 'sopan'. "Takpe la Encik, nanti kitorang gi masjid negeri untuk mandi" sedih je bunyi suara si pemanggil. Sepantas kilat aku buka 'maintenance file' rumah-rumah sewa aku dan sebaik saje menyelak helaian bil rumah si pemanggil, aku tersenyum sambil berkata "Dah bayar dah pun. Ini mesti kes 'bangla' yang jaga 'management office' tu tak update. Takpe siap la ko esok aku kekahkan" bisik aku dalam hati.

Keesokan harinya dengan wajah ala-ala The Rock, aku menerpa ke arah mat bangla si penjaga 'maintenance office' seraya berkata "Apasal u kunci meter air rumah saya?" dan dijawab oleh mamat tu dengan pelat banglanya "rumah apa no encik?". "No 409" tenking aku. "Saya kunci takda itu rumah. Saya kunci 407 saja" balas si mamat tu balik. Serta-merta wajah the Rock bertukar kaler dan dengan nada suara ala-ala 'Rossa' "Ooo ya ka. I silap la. Sepatutnya itu hari I bayar untuk rumah 407 bukannya 409. U boleh betulkan balik tak?" rayu aku dengan muka yang penuh dengan 'kemaluan'.. hehehe. "Inilah bahana kalau bayar tak bawak bil. Main tarah je alamatnya dan buat Su & the gang, SORI beb.. Abang tersilap alamat daa. Jangan marah.. hehehe.

Tips n Thots : Pastikan korang bayar bil maintenance untuk alamat rumah yang betul bagi mengelakkan dari diketawakan oleh orang 'maintenance office'.. huhuhu

2 ulasan:

  1. Hahahahaha..huarghhh..mambra..haha (sambil gelak guling2)

    BalasPadam
  2. saya dapat bayangkan betapa konyongnya muka rasa pada saat itu di depan mat bangla itu.. hehehe

    BalasPadam