Jumaat, 16 Julai 2010

Gandakan Wang Anda (Part 2)

Korang ada tak kengkawan yang bukak bisnes? Kenapa aku tanya? Sebab entri yang nak aku tulis kejap lagi ada kaitannya dengan kengkawan aku yang memegang status usahawan. Kalau korang ada memember yang kaki meniaga especially yang bergelar kontraktor, mesti korang biasa dengar ayat-ayat begini.. "Bang, ko ada duit tak? Aku nak pinjam jap, nak buat rolling untuk projek aku. Aku short of cash la sekarang ni" dan ayat-ayat beginilah yang sebenarnya banyak membantu aku menggandakan duit aku. Kekadang tu heran gak aku bila nengokkan gelagat kengkawan businessman aku ni, mana taknya orang lain nak meniaga, diorang pun nak meniaga jugak tapi modal nak pusing tak berapa nak ada. End up yang untung ialah orang-orang yang macam aku ni yang diorang panggil 'funder'.



Actually, melalui 'offer-offer' sebeginilah yang paling banyak menggandakan duit aku sebab biasanya kengkawan aku ni akan offer profit sharing package yang agak menarik seperti 'untung : aku 50% engkau 50%'. Cuma yang menjadi masalahnya adalah payment yang dibayar biasanya mengambil masa yang agak lama iaitu paling tidak pun 60 hari dari tarikh invois dihantar. So, kekadang tu aku stuck selama 2 bulan sebelum aku dapat balik duit modal dan profit sharing aku tu tapi bagi aku yang penting ialah pulangannya mestilah berbaloi baloi baloi.

Tips n Thots : Nasihat percuma dari aku buat korang yang baru nak cuba-cuba jadik funder : 

  1. Korang kena la pastikan samaada pinjaman yang korang bagi kat member korang tu berbaloi atau tidak dengan jangkamasa yang bakal diambil (dalam kes aku ni biasanya 2 bulan) dan kalau korang rasa korang boleh generate percentage keuntungan yang sama tapi dengan jangkamasa yang pendek, nasihat aku.. go for the shorter period. Pedulikan rayuan kawan korang tu.. hehe.

  2. Pastikan korang bagi pinjam kat kengkawan yang selalu 'cakap mesjid' (yang boleh dipercayai) sebab kalau korang salah percaya kawan, alamatnya kena kencing la korang.

2 ulasan:

  1. Tanpa NamaJulai 16, 2010

    pasal jadi funder nie aku tak berapa berkenan sangat sebab silap2 haribulan boleh putus kawan bila kena kencing....... dulu2 aku ada sorang kawan "muka mekah cakap mesjid" tapi hampeeeehhhh bila bab nak pulang balik duit yg dia pinjam nak rolling...... lepas pada tu aku terus nekad tak nak lagi jadi funder utk member buat rolling, baik aku jadi funder utk ESOS ex-awek2 aku jerrr....! :-aLCapone-

    BalasPadam
  2. alcapone : hahaha.. ko bagik pun sebab awek kan? kalo balak.. mati idup balik ko tak bagi.. hihihi

    BalasPadam