Isnin, 16 Ogos 2010

What U Give, U Get Back

Korang pernah dengar ungkapan 'what u give, u get back' tak? dan bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ni, aku nak tekankan peri pentingnya ungkapan tersebut dalam hidup aku di dalam memastikan hidup aku senantiasa diberkati. Kalau korang biasa baca buku biografi mereka-mereka yang berjaya, tentu korang pernah mendengar yang terdapat sejumlah daripada kekayaan diorang biasanya diagihkan kepada mereka yang kurang bernasib baik dan ianya sebenarnya tidak akan menjejaskan kekayaan diorang sebaliknya menambahkan lagi harta yang diorang ada.

Aku tau ada di antara korang yang akan kata "duit untuk aku sendiri pun tak cukup macamana aku nak sedekah kat orang lain" sebabnya aku dulu pun macam korang jugak tapi selepas aku melihat bagaimana hidup 'property mentor' aku yang makin mewah (korang bayangkan income beliau sekarang ni almost RM80K sebulan) walaupun setiap bulan beliau memperuntukkan sebahagian dari rezekinya untuk anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal, akhirnya aku pasrah dan mula mengikut jejak langkah beliau dan terbukti selepas itu rezeki aku semakin murah dari sehari ke sehari. Akhirnya ungkapan di atas bukan lagi menjadi 'what u give, u get back' tapi 'what u give, u get back but even more than what u give'.

Saat ini juga teringat aku kat apa yang member aku, saudara Khir Ariffin selalu amalkan bila dia menghadapi masalah dalam bisnesnya. Katanya setiap kali dia berdepan dengan masalah, apa yang dia lakukan ialah mengirimkan sejumlah wang pada ibunya dan hasilnya masalah yang dihadapinya akhirnya selesai dengan jayanya (mungkin korang boleh start amalkan apa yang beliau sering lakukan).

So, buat korang yang rasa hidup korang macam sentiasa tak cukup duit, cuba-cubalah bersedekah especially di bulan yang mulia ni. Jangan la berkira sangat sebab rezeki kita tu bukan kita yang tentukan tapi Allah jua yang mengurniakannya kepada kita.

Tips n Thots : 'Ikhlaskan hati bila memberi'..

3 ulasan:

  1. very true..............

    BalasPadam
  2. Tanpa NamaOgos 16, 2010

    very2 true...

    ps: minta maaf, saya nak maklum yg saya dah biat pembayaran utk second ebook tapi masih lg x dpt...minta tlg email secepat mungkin.. my email: Artier_Ieouslaughter@yahoo.com

    BalasPadam
  3. Ulasan ini sy setuju sangat

    BalasPadam