Jumaat, 17 September 2010

1 @ 2 Nama?

Sesi soal jawab minggu ni dimulakan dengan soalan dari seorang pembaca tegar aku (seorang awek cun) yang pernah menyoal aku beberapa bulan yang lalu. Bentuk soalan yang diajukannya kali ini berbunyi :

"Adik saya yang telah pun berumahtangga nak membeli sebuah rumah yang berharga RM255K. Gaji adik saya ada la dalam RM2.9K sebulan. Adik saya dah approach beberapa buah bank untuk mendapatkan loan. Liabiliti yang ditanggung oleh adiknya setakat ni hanyalah hutang kad kreditnya yang berjumlah kurang dari RM1K. Masalah adik saya sekarang ni ialah semua bank yang diapproachnya tu minta suaminya masuk sebagai co-borrower sedangkan nama suaminya telah disenaraihitamkan oleh pihak bank. Kata adik saya, suaminya telah pun melangsaikan jumlah hutang yang tertunggak tersebut tetapi tetap disenaraihitamkan. Oleh itu adalah mustahil untuk dia masukkan nama suaminya sebagai co-borrower". Soalan-soalan beliau adalah seperti berikut :
  1. Adakah gaji adik saya tak cukup sehingga memaksa pihak bank meminta nama suaminya dimasukkan ke dalam pinjaman? 
  2. Apakah yang perlu diberitahu kepada pihak bank sekiranya adik saya tak mahu memasukkan nama suaminya ke dalam pinjaman? 
  3. Bagaimanakah cara pihak bank mengira kelayakan seseorang itu untuk membuat pinjaman?
    
Ok, sebelum aku menjawab soalan awek ni korang kena pastikan yang korang dah pun klik iklan nuffnang kat atas tu (tak silap aku iklan Celcom) supaya aku akan lebih bersemangat lagi nak menjawab soalan korang di masa akan datang.. hehehe.

Berbalik kepada soalan awek cun ni, sebetulnya bagi sesiapa (pasangan suami isteri) yang baru pertama kali beli rumah, biasanya bank akan melihat pembelian tersebut untuk kediaman sendiri, apatah lagi sekiranya rumah tersebut landed property dan berharga agak mahal. Untuk itu, pihak bank akan cuba mengurangkan risiko mereka dengan menyuruh kita memasukkan nama suami/isteri ke dalam pinjaman. Dalam kes di atas, sememangnya pihak bank akan melakukan perkara tersebut (masukkan nama suami) kerana jika dilihat pada income adiknya, gaji sebanyak RM2.9K tidak akan melayakkan adiknya menggunakan namanya seorang tanpa co-borrower kerana instalment bulanan rumah tersebut berada di dalam anggaran RM1.4K ke atas (berdasarkan 90% loan untuk tempoh 30 tahun pinjaman) walaupun adiknya tidak mempunyai liabiliti lain. Bagaimana bank mengira kelayakan peminjam? Semuanya bergantung kepada ratio yang telah ditetapkan oleh setiap bank dan bukan semua bank mempunyai kiraan yang sama. So, terjawab sudah soalan 1 & 3 di atas.

Dalam kes adiknya tu, eloklah beliau (adiknya) berterus terang dengan pihak bank dengan mengatakan yang suaminya telah disenarai hitamkan atas tunggakan hutang yang sedia ada. Walaubagaimanapun sekiranya benar yang suaminya telah melangsaikan hutang tersebut, diharap suami beliau dapat pergi 'gegar' pihak yang menyenaraihitamkan beliau dengan memaksa pihak tersebut mengeluarkan 'discharge letter'. Ini akan menjadi bukti kukuh yang hutang tersebut telah dilangsaikan walaupun di dalam CTOS, nama suaminya masih diblacklisted. Harap-harap jawapan aku ni dapat membantu adik awek cun ni untuk menyetelkan problem yang dihadapinya. 

7 ulasan:

  1. encik abang ensem,

    tambahan...(heheheh, setelah semak dengan adik semula) walaupun telah dikeluarkan discharge letter..tapi tetap susah nak buat pinjaman. suami adik berjaya jugak dapat pinjaman beli rumah dan kereta..tapi ambil masa yang berganda daripada orang yang tak ada masalah pinjaman. lupa lak..nak bagi tau..adik berjaya dapat loan rumah itu....

    BalasPadam
  2. pengajaran yg aku dapat dari sini ialah kita kena jaga credit rating kita jangan sampai kena blacklist.... susah nanti dikemudian hari bila nak buat loan kalau dah kena blacklist nie.... cammanapun aku rasa kita kena berterus terang dgn pihak bank bila nak buat loan nie..... pihak bank check semua benda tu pun sbenarnya utk kebaikan kita jugak nak memastikan kita berkemampuan untuk servis loan tu nanti....
    :-aLCapone-

    BalasPadam
  3. Ok boss...dah klik iklan...

    Kalau kita ada saving 300k atau 400k dlm ASB atau Koperasi Bank Rakyat...padehal gaji bersih 2k jer...layak tak buat loan umah 255k tu?

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. tanpa nama : aku rasa takde problem tapi kena make sure tak kena blacklist le..

    BalasPadam
  6. Thank you AE...inilah blogger yg prihatin.. i loike... :)

    BalasPadam
  7. camner nak click celcom tu... aku tak pakai celcom dan tak pakai prepaid????

    click je lah... hehehe

    BalasPadam