Khamis, 16 September 2010

Kalaulah Aku Dok Kat Penang

Pagi semalam sempat gak aku gi beraya ke rumah tukang buat ebook aku, saudara Meor Ahmad Shukri kat Jawi, Penang. Banyak gak yang kami bualkan terutamanya tentang 'affiliate program' yang kitorang tengah dok buat untuk bagi peluang kepada korang (pembaca blog aku ni) menjana  income hasil dari jualan ebook aku yang 2 buah tu. Selain dari cerita bab 'affiliate program' tu, sempat gak si Meor ni bagitau tentang pembinaan jambatan kedua (masih dalam pembinaan) yang tak jauh dari rumahnya yang akan menghubungkan Batu Kawan (kat sebelah sini) dengan Batu Uban (di sebelah Pulau). Wah, ini dah dikira peluang baik untuk buat duit. Mana taknya, aku rasa rumah-rumah kat area Jawi tu takde la mahal sangat jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain kat seberang sini dan kalau jambatan tu siap nanti tak ke nilainya akan naik nanti. Kalau sekarang ni bagi mereka yang bekerja kat Pulau macam member aku ni, masa dan kos yang dia terpaksa peruntukkan amatlah tinggi. Jadi kalau  dah siap jambatan tu nanti, tak ke senang dia nanti. Masa sejam yang dia gunakan selama ni untuk travel ke office dah tentu dapat dipendekkan dan duit minyak/maintenance keretanya pun dah tentu dapat dijimatkan. Bila dah jadik camni, dah tentu-tentu orang lain yang keje kat Pulau akan guna laluan ini dan bagi yang dok mencarik rumah, dah tentulah area yang dekat dengan jambatan ni akan jadik pilihan. Maknanya harga rumah yang sekarang ni agak berpatutan dah tentu-tentu akan jadik mahal jika permintaan meningkat. Bagi yang nak buat instant money, beli dulu lepas siap terus je let-go. Betul tak? Apa-apa pun ini cuma pandangan aku in general. Banyak lagi benda-benda lain yang korang kena tengok dan fikirkan sebelum korang beli rumah kat area tu seperti status pembinaan jambatan tu dan harga tol yang bakal dikenakan. So, pandai-pandailah korang menilai sebelum membeli.

7 ulasan:

  1. aku pernah duduk penang kat belah sbrg prai dlm 5-8 tahun dulu, dan dari pengamatan aku harga rumah2 kat sana memang standard cam harga kat KL.... tapi yg buat aku tak jadi nak invest kat sana sebab kadar sewa kat sana cuma 1/2 atau 3/4 jer dari kadar sewa kat KL.... dan landlord rumah yg aku sewa pun kata dia kena top up plak atas duit sewa yg aku bayar utk cover instalment bank.... tapi skrang aku tak tau la cam na keadaan kat sana.... yer la kan kerajaan negeri pun depa boleh ubah, inikan kan pula kadar sewa rumah....
    :-aLCapone-

    BalasPadam
  2. -aLCapone- : Apa yang aku ceritakan kat atas cuma sesuai untuk mendapatkan capital appreciation (instant money) dan bukannya untuk passive income (collect sewa). Sebabnya aku dapat tau kat area tu kadar sewanya cuma dalam RM350 je. So, beli dulu & bila dah siap terus carik buyer, jual dan amik untung..

    BalasPadam
  3. Yup, memang betul, rumah area Jawi ni masih murah kalau nak dibandingkan dengan area sbrg perai utara, seberang jaya, kepala batas, bukit mertajam. Dekat Penang ni, area seberang perai selatan ni jer lagi yg masih banyak tanah untuk projek-projek termasuk perumahan.

    Jambatan kedua? memang dalam pembinaan, siap nanti mak ai, harga rumah memang melambung naik, memang untuk ler sesapa yg beli rumah time sekarang ni...

    TQ abangensem singgah rumah aku...

    BalasPadam
  4. ou. upah org eh tulis ebook.
    hebat2..
    untung atas idea je kn..

    menarek jgk cter di penang..
    kena wt research nih

    BalasPadam
  5. sourplum : bukannya aku upah dia tulis sebaliknya aku mintak tolong dia designkan ebook aku.. cerita kat dalm ebook tu semua aku yang tulis..

    BalasPadam
  6. hmm memang beruntung la lebih2 lagi bagi mereka yang ada modal tambahan.. sure seronok boleh beli hartanah kat situ. Batu Kawan pasti meletop lepas ni ... Mee Udang Pulau Aman pun lebih2 meletup la lepas ni, tapi kesian pula kat nelayan pesisir pantai (bapa sedara) ... tangkapan jauh terjejas

    BalasPadam
  7. thx for the info AE. kampung saya sebelah penang. saya akan buat analisis dulu b4 buat decision.

    BalasPadam