Ahad, 19 September 2010

MARIA..

- gambar dicilok dari laman web megaharta.com -


Aku dapat e-mail dari seorang awek yang bernama Maria yang mintak pendapat aku tentang rumah lelong yang dia nak bid. Meditteranean Apartment kat Taman Sri Muda, Shah Alam dengan reserved price sebanyak RM51K. To make it simple, berikut adalah soalan-soalan yang dia tanya kat aku :

  1. Adakah tempat ni bagus untuk investment? 
  2. Senang tak nak dapat penyewa? 
  3. Patut ke dia carik yang dekat dengan rumah dia (Sunway)?

Jawapan kepada soalan 1 :

Kalau ikut aku, Taman Sri Muda ni bolehlah dikategorikan sebagai 'black area' sebab majoriti komunitinya terdiri dari bangsa india. Selain daripada tu, la ni golongan foreigner (expatriate?) pun dah mula memenuhi kawasan ni. Kenapa? Sebabnya tak lain tak bukan kerana kawasan ni dikelilingi oleh kilang-kilang yang memerlukan para pekerja asing ni untuk menjalankan operasi kilang tu. 

Dengan harga sebanyak RM51K (kalau boleh dapat la), memang la ianya satu bentuk pelaburan yang berbaloi. Almaklumlah, dalam paper Star semalam (18/9/10) aku tengok ada yang nak jual apartment tu pada harga RM98K. Maknanya dah hampir separuh below market value dan kalau cik Maria boleh dapat harga tu, maknanya instalment bulanannya akan jadik dalam RM233.00 (Loan - RM45.9K * 30 tahun * 4.5%). Murah tu beb.. 


Jawapan kepada soalan no 2 :

Kalau dah kilang penuh kat keliling, aku rasa memang takde masalah kalau nak carik penyewa. Tambahan pula dengan instalment sebanyak kurang dari RM250.00, lagi lah senang kalau nak carik penyewa sebab cik Maria tak payah nak letak sewa tinggi untuk cover instalment bank dan bila sewa dah jadik rendah, maka berebutlah orang nak menyewanya nanti. Cuma masalahnya sekarang, sanggupkah cik Maria menyewakannya kepada golongan yang saya sebutkan di atas sebab kalau nak carik student sebagai penyewa unit tersebut, alamatnya "ibarat menunggu Lisa Surihani terima pinangan abang ensem la jawabnya" (pepatah melayu moden lagik). Sebaik-baiknya cik Maria tinjau dulu majoriti penghuni apartment tu tergolong dari golongan mana sebelum cik Maria decide.



Jawapan kepada soalan no 3 :

Kalau ikut aku, semolek-moleknya carilah kawasan yang berdekatan dengan rumah cik Maria supaya senang nak monitor (berdasarkan pengalaman aku sendiri). Cuba cik Maria bayangkan sekiranya penyewa cik Maria call mintak cik Maria betulkan paip yang tersumbat, tak ke merana nanti. Almaklumlah kalau rumah sewa tu berdekatan dengan tempat cik Maria tinggal, at least cik Maria tahu le mana nak carik plumber tapi kalau dah jauh dari rumah, takkan cik Maria nak suruh plumber kat Sunway untuk pergi repair. Nanti mahal pulak dia caj. Betul tak?

Nasihat percuma dari AE, better cik Maria pergi survey dulu kawasan tu sebelum decide, supaya cik Maria boleh dapat gambaran sebenar serta masalah yang mungkin ada kat apartment tu. Akhir kata, selamat melabur.

8 ulasan:

  1. pendapat saya,kalau nk terlalu fokus utk student je menyewa rumah kita mmg agak ssh n terhad la kan..

    BalasPadam
  2. lisa surihani tuh... memang terbaek

    BalasPadam
  3. tapi aku rasa...seksyen 25...kalau rumah yang murah sangatpun aku tak beli...sebab kat sana memang black area....nak dudukpun tak okey nak sewapun tak okey......:saya dah lebih 10 tahun kat s.alam nie

    BalasPadam
  4. salam,nk tnya..mcm mana plak kt sri angkasa apartment seksyen 28.. ok x kalau beli situ.. sape2 yg leh bg cdgn???

    BalasPadam
  5. sri angkasa seksyen 28 insyaallah ok sbb mmg ramai mat/minah kilang area tu...aku pon lepak kat area tu...

    BalasPadam
  6. ko duk seksyen bpe actually? ada beli rumah utk disewa x? heee

    BalasPadam
  7. dah ada org menjawab. hamba mintak undur diri dulu le..

    BalasPadam
  8. aku kat sebelah KFC tu...teres setingkat...as of now, baru beli 3 bijik tp bukan kat sri angkasa...baru start la katakan...heee...

    BalasPadam