Isnin, 18 Januari 2010

skodeng...

Masa mula2 aku beli umah dulu, aku selalu tertanya2.. "nape la umah yg ngadap swimming pool harganya lagi mahai dari umah yg ngadap jalan??". Camtu gak bile aku dok baca buku pasal 'property investment', mesti ada 'clause' yg kata... kalau nak beli rumah atau apartment, belilah yang mengadap aliran air kerana 'feng shui'nya baguih dan akan mendatangkan 'prosperity' pada pemilik umah tersebut.

Tapi bagi aku, yg untung sebenarnya adalah pemaju sebab walau setinggi mana pun harganya, mesti ada orang yg akan beli. Alasan yg diberi atau yg di'create' oleh mereka tak lain tak bukan adalah "pemilik akan menikmati suasana yg damai", tak pun "pemilik akan dapat menenangkan fikiran dgn keindahan flora dan fauna yg terdapat di tepi kolam" atau mungkin jugak "pembeli boleh meraih keuntungan yg berganda dgn nilai yg akan meningkat berdasarkan feng shui yg di war warkan" tapi yang pasti kalau diorg tak buat alasan2 camtu pun tetap akan ada yg membeli kerana bagi golongan yg berhidung belang ini, apa yang lebih penting bagi mereka... dpt skodeng awek, balak @ couple yg tengah berendam... tapi betul ke teori aku ni?? : )

1 ulasan: