Rabu, 17 Februari 2010

apa akan jadi bila org yg buta seni menulis sajak??

mengapa??
kau hadir kembali dalam hidupku
setelah hampir 6 bulan kau meninggalkan aku
keseorangan tanpa bertemankan sesiapa

dan untuk apa??
jika hadirmu itu hanya untuk menambah kesengsaraan
yang pernah kau tinggalkan

datangmu tidak ku undang
setiap warkahmu mengundang keresahan
yang tak pernah kunjung padam
dari lubuk hatiku

namun...
apakan dayaku untuk menolak kehadiranmu
aku sedar akan siapa diriku
seorang insan kerdil
yang menumpang kasih
di bumi bertuahmu

kini
aku pasrah
dengan bait2 tulisan di dalam warkahmu
sebagai ingatan
tentang tanggungjawab yang perlu aku lunaskan

ke utara
ke selatan
ke timur
malah ke barat
aku kuatkan langkahku
aku bulatkan tekadku
semata-mata untuk memenuhi kehendak
dan impianmu
untuk aku menyelesaikan 'BIL CUKAI TAKSIRAN' ku..

Masa aku darjah 4 dulu, cikgu aku selalu kata.. kalau nak 'bonus mark' aku kena lukis awan larat kat keliling sajak aku tapi kenapa awan larat yang aku lukis kat skrin leptop guna 'kaler mejik' anak aku ni tak kuar pon kat keliling sajak aku ni?? Camne aku nak dapat 'bonus mark' ni... waaaaaa

Thoughts : "Pastikan yg korang bayar duit 'assessment fee' ni sebelum 28hb Feb kalo korang tak nak rumah sewa korang kena sita"


2 ulasan:

  1. wahh kira pandai laa tu jugak....aku langsung xpandai nak menulis sajak2 ni..bersajak boleh laa

    BalasPadam
  2. Hebat dan bergaya
    terkesima menghayati nya
    kesudahan menguja
    kerana memang lawak

    hahaha

    BalasPadam