Sabtu, 6 Februari 2010

step 6 : bestnya bila org tolong bayarkan hutang kita..

Pastikan 'tenant' bayar sewa bulanan :

Minggu ni penat aku ke hulu ke hilir dok 'visit' tenant2 kesayangan aku sesambil dok collect sewa bulanan tapi takde la aku g jenguk kesemua 14 'tenant' aku sekali harung. Biasanya aku akan rotate le samaada 3 umah sebulan ke atau pun 5 biji sebulan ke bergantung pada kelapangan aku dan biasanya aktiviti ni aku lakukan cuma pada minggu pertama setiap bulan.

Kengkawan aku dok tanya.. "Apasal ko tak suruh je 'tenant' ko bank in je duit sewa. Kan ke senang. Tak yah ko buang masa gi sana sini". Nampak gayanya kengkawan aku ni tak paham konsep 'personal touch' antara aku ngan tenant2 aku ni. Sebenarnya, bila aku datang jumpa diorang secara tak langsung menunjukkan yg aku mengambil berat tentang keadaan penyewa2 aku. Biasanya aku akan tanya soalan2 klise macam.. "Ada masaalah ke dgn rumah?", tak pun.. "Keje @ study camne, ok ke tak?". Kat sini akan menunjukkan keprihatinan aku kat diorang dan sebagai balasan.. diorang pun akan prihatin gak ngan sewa diorg tetiap bulan. Aku tak nak sampai diorang anggap yang aku ni cuma ingat duit je tapi bab2 lain aku tak amik kisah sebab aku penah berperasaan camni time aku menyewa umah bujang dulu. Alhamdulillah setakat ni, cara aku ni berjaya memastikan kesemua penyewa aku membayar sewa diorang without miss.

Cuba korang bayangkan tak ke best kalo korang tak payah bayar 1 sen pun hutang umah korang kat bank, tup2 hutang tu abis dan akhirnya, korang akan jadik jutawan umah. Dah tentu korang akan dpt 1 'million cash' kalo korang jual semua umah tu dan kalo pun korang tak nak jual, korang pasti akan dpt 'gaji' bulanan yang 'penuh' dari hasil sewa umah2 korang tu. Tak ke best??

Amacam.. senang tak nak jadik jutawan kalo korang 'implement' semua step yang aku gtau kat sini?? So, tepuk dada tanyalah selera korang..

1 ulasan: