Isnin, 22 Februari 2010

Jangan kaya sorang2...


Seronok aku baca artikel kat STARBIZNEWS semalam (20/2/10) yang menceritakan tentang kebaikan dan keburukan kalau kita 'share' umah yang kita beli tu dengan kengkawan kita. Actually, cara ni merupakan antara cara2 terawal yang aku gunakan waktu nak beli umah dulu. Ye la, korang bayangkan waktu tu gaji aku cuma dalam RM2.3K je, mana la mampu nak beli sampai 2-3 bijik umah. Dah la time tu aku dah ada 2 bijik umah... yg satu yg dok terbengkalai dan satu lagi plak, umah yang aku dok bermastautin dengan wife aku, takkan aku nk gtau bank yang umah 'no 3' ni aku nak dok gak. Nak tak nak... terpaksa la aku 'tarik' best fren aku dari kecik, En. Ahmad Kamil sebagai 'co-owner' untuk umah baru aku tu. Nak 'let go' umah tu rasa rugi plak sebab bagi aku umah tu ada potensi untuk memberikan kami keuntungan di masa hadapan. Lagipun kalau 'combined' gaji aku ngan dia.. ada dekat2 RM5K. So, takde problem la bank nak luluskan loan kami tu. Sejak dari tu (tak silap aku, kitorang beli umah tu dlm tahun 2001) alhamdulillah, kami takde masaalah untuk melunaskan bayaran bulanan kat bank dan juga segala masaalah yang timbul.

Cuma 1 je kekurangan yang aku nampak hasil dari cara kami ni iaitu.. kalau salah sorang dari kami meninggal, apa akan jadi dengan pembahagian harta tersebut dan buat masa sekarang, apa yang kami boleh lakukan ialah meng'inform' waris2 terdekat tentang harta kami ni. So, pandai2 diorang le samaada nak jual ke atau nak terus menyewakan ke atau mungkin diorang nak ber'parang' ke untuk mengambil hak umah tersebut.

Tips : Kalau bank tanya apa hubungan korang dengan co-owner, korang kata la korang ni 'sepupu'... hehehe

2 ulasan:

  1. boleh ye share name ngn org xde ptalian? br je tahu...ms 2 nk beli rumah bape k? nice info nways ;)

    BalasPadam
  2. nak kena cari kawan yang berduit jugak.. dan boleh di percayai

    BalasPadam