Khamis, 4 Februari 2010

step 5 : PROFIT = RENTAL minus (instalment+bills)

Pastikan sewa yang dikenakan tu mampu untuk menampung hutang bank & bil2 berkaitan :

Mesti korang herankan tengok tajuk aku kali ni.. tapi inilah antara rahsia kejayaan aku memiliki 14 biji umah tanpa menjejaskan kedudukan kewangan aku. Antara rahsianya ialah... sebelum aku beli sesebuah umah, aku akan check dulu berapakah kadar sewa utk umah kat area yg aku nak beli tu. Bukan apa, untuk memastikan yang aku takkan keluarkan duit aku utk cover instalment bank dan caj2 lain spt 'maintenance fee', quit rent, assesment fee dan lain2 lagi. Aku akan pastikan yang setiap umah yang aku beli akan mendatangkan 'positive cashflow' terhadap kedudukan kewangan aku. Senang citer... ada la duit lebih utk aku enjoy.. : )

Pernah sekali tu, aku bayar downpayment tanpa melihat 'condition' umah tu dulu sebabnya aku tau yg sewa kat area tu agak mahal sedangkan harga umah yg ditawarkan kat aku tu terlalu murah. End up.. lepas 3 minggu, baru le aku ada masa gi jenguk umah yg aku beli tu. Korang nak tau tak kat mana umah tu?? Vista Angkasa Apartment yg kat sebelah stesyen LRT Universiti. Strategik kan? So, nasihat aku.. sebelum korang nak beli umah untuk buat investment, pastikan korang ikut formula kat atas tu utk memudahkan langkah korang utk menjadi seorang jutawan.

2 ulasan:

  1. Memang rezeki abang tu (tak yah letak hensem boleh tak...heheh). Abang hensem ni memang pandai dan berani la. Kalau nak berjaya kita perlu berani. Sebab orang yang berani, tak takut dengan kegagalan. Bila tak takut gagal, kejayaan akan datang bila-bila sahaja. betul tak?

    BalasPadam
  2. Setiap rumah itu berbeza saiz keluasan, binaan dan kedudukan dalam kawasan perumahan / kedudukan bangunan (mcm flet).

    Macam mana nak survey kadar sewa dengan lebih tepat especially untuk rumah yang sedang dibina? atau just beli rumah dah siap saja?

    BalasPadam