Wah.. ada gak yang e-mail kat aku bila aku post entry yang lepas. Ada yang tanya boleh tak kurangkan harga umah tu lagi, ada yang suruh aku beli je umah tu dan tak kurang jugak yang bertanyakan soalan-soalan lain tapi yang aku nak citerkan kat sini ialah tentang e-mail yang bertanyakan tentang konsep Return on Investment (R.O.I).
Soalan : "Bro, kenapa perlu peningkan kepala nak kira R.O.I tu. Kalau dah positif cashflow, tak payah la nak pikir-pikir lagi. Dapat duit lebih pun dah kira baik kalau dibandingkan dengan orang yang tak dapat apa-apa return pun"
Jawapan aku :
Sebelum aku menjawab persoalan yang brader tu utarakan, ingin aku jelaskan maksud R.O.I tu dulu, takut-takut ada yang tak paham apa itu R.O.I. Kalau ikut direct translation dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu, Return on Investment tu bermaksud Pulangan atas Modal dan untuk memudahkan orang biasa seperti kita ni faham, Pulangan atas Modal tu adalah keuntungan yang kita akan perolehi di atas jumlah wang yang telah kita laburkan. Dalam kes umah dalam entry yang lepas, melalui pelaburan sebanyak RM20K++ tu kita akan dapat pulangan sebanyak RM3K++ atau kita akan mendapat pulangan sebanyak 15% iaitu satu pulangan yang lebih baik dari FD, ASB atau pun dividen-dividen amanah saham yang lain.
Bagi menjawab soalan brader tu, tidak aku nafikan apa yang di e-mailkan tu memang betul sebab ada jugak mereka-mereka yang menyewakan rumah tanpa pulangan langsung tetapi bagi aku, R.O.I tu perlu untuk 2 tujuan berikut :-
- Aku nak tau pembelian tu berbaloi ke tidak dengan jumlah duit yang aku akan keluarkan. Bukan apa kalau pulangannya kurang dari 10% setahun, might as well aku 'park' duit aku tu kat FD atau paling tidak pun, kat ASB. At least, takde la aku nak pening kepala nak monitor umah-umah aku tu di samping aku boleh keluarkan duit yang ada kat FD/ASB tu bila-bila masa je. Macam kes umah yang aku tengok dalam entry aku yg lepas, aku rasa berbaloi aku beli sebab R.O.I dia lebih dari 10%. Mana taknya, dengan modal sebanyak RM20K, aku akan dapat return sebanyak RM3K setahun. Tak ke untung namanya.
- Aku nak tau tempoh masa modal yang aku keluarkan tu boleh dapat balik atau break even. Sebagai contoh, bila aku tau R.O.I aku tu dalam 15% per year (macam kes kat atas tu), so aku tau le yang aku akan dapat balik duit aku yang RM20K tu dalam tempoh 6 1/2 tahun dan selepas tempoh itu, aku boleh anggap return aku tu 100%. Kalau lagi cepat korang boleh break even, lagi elok la korang beli umah tu.
Disebabkan 2 perkara di atas tu lah, pengiraan R.O.I pada aku tu penting dan aku harap explaination kat atas tu dapat la menjawab persoalan kenapa aku perlu semakkan otak mengira benda-benda tu. So, bagi korang yang baru nak start invest dalam bidang ni, cuba-cubalah hafal formula R.O.I kat bawah ni :
Nett Cash Flow X 12 months--------------------------------------- X 100%
Your Investment
> Nett Cash Flow = Rental - Instalment - Expenses (Bills, Insurance etc)
pening gak ni..
BalasPadamtapi faham la sket..]
still x faham sgt..
BalasPadamtp pham sikit psal R.O.I
hehehe.. kena beli sebijik dulu kot baru paham..
BalasPadamfhm2.. hehe
BalasPadam