Ahad, 5 September 2010

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga..

"Bang, boleh ke kalau bapa saya nak jual rumah pada saya dan boleh ke bank bagi loan?" bunyi soalan berikut. "Untungnya awak dapat beli rumah keluarga awak" bisik aku dalam hati. Bertuah betul pembaca blog aku yang sorang ni, bak kata pepatah melayu moden "kasihnya ibu membawa ke syurga, sayangnya bapa boleh dapat baca reta (harta).. hehe". 

Berdasarkan pengalaman aku dan kengkawan aku, takde masalah sebenarnya bank nak bagi loan lagipun diorang (bank) sentiasa nak cari bisnes cuma korang kena la pilih salah satu dari 2 cara ni untuk memastikan yang mak bapak korang dapat duit dari hasil jualan rumah tu. 2 cara yang aku maksudkan tu ialah :
  1. terus dapatkan loan dari bank dan pindahmilik nama untuk rumah tu dilakukan oleh bank selepas loan korang tu lulus.
  2. pindahmilik dulu rumah tu ke nama korang sebelum korang refinance balik rumah tu untuk dapatkan duit.

Biasanya kalau korang ikut cara yang pertama tu, bank akan jadi conservative sikit especially dari segi value rumah sebab diorang ni try nak minimisekan risk diorang dengan cara bagi loan sikit. Manakala cara kedua tu pulak, korang ada harapan nak dapatkan loan tinggi sikit sebab seperti yang kita tahu kalau bab refinance ni, bank biasanya akan memaksimumkan value rumah korang supaya diorang (bank) boleh masyuk lebih (berdasarkan pengalaman aku). Cuma masalahnya, cara kedua ni akan memakan kos dan masa yang lebih sikit dari cara yang pertama. Anyhow, sebelum korang nak beli rumah mak bapak korang, pastikan yang rumah diorang tu di kawasan yang ada value sebab bank ni kekadang tu 'memilih' sikit. Kalau outskirt biasanya diorang tak nak bagi dan kalau diorang bagi loan sekalipun, amaunnya kekadang tu amatlah ciput.
  

6 ulasan:

  1. Lupa pulak.. korang jgn lupa klik iklan yg ada kat atas dan kat bwh chatbox aku (kalau ada la).. TQ

    BalasPadam
  2. aku dah klik....
    :-aLCapone-

    BalasPadam
  3. - aLCapone - : TQ bro. Bile nak bukak blog sendiri. Aku tgk idea ko kebanyakannya mabeles..

    BalasPadam
  4. terima kasih bnyk bro ensem dgn penerangan tesebut.

    BalasPadam
  5. hehehe.... buat skrang nie abangensem, aku rasa biar la aku jadi peng-"komen" bebas dulu.... nanti bila sampai seru aku cuma2 la bukak blog sendiri....
    :-aLCapone-

    BalasPadam
  6. aLCapone : kalo dah ada blog sendiri, jgn lupa gtau aku..

    BalasPadam