Memaparkan catatan dengan label eBook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label eBook. Papar semua catatan

Isnin, 16 Ogos 2010

Makluman Buat Pembeli eBookku

Hari ini sahaja aku menerima 3 e-mail yang memberitahu yang mereka tidak menerima link ebook yang aku hantar sepanjang minggu lepas dan entri ini sengaja aku buat supaya mereka yang telah membuat pembayaran tetapi masih tidak menerima link tersebut agar segera menghubungi aku @ bicarahartanah@gmail.com atau bfe291@gmail.com.

Aku sendiri bingung memikirkan bagaimana ebook yang aku hantar sepanjang minggu lalu tidak sampai kepada penerimanya sedangkan setiap malam aku akan semak dan hantar ebook tersebut kepada mereka yang telah membelinya. So, buat bakal pembeli ebook aku, ingin aku maklumkan bahawa link untuk ebook tersebut akan aku hantar dalam tempoh 24 jam dari masa pembayaran dilakukan dan sekiranya anda tidak menerimanya, maka bersegeralah memaklumkannya kepada aku melalui e-mail di atas.

P/S : Buat En Halmi, En Isa, Ms LZ dan Cik Leeza, ucapan maaf saya hulurkan di atas segala kesulitan yang telah anda hadapi.

Isnin, 2 Ogos 2010

Tips Yang Hot From D' Oven..

Kali ni aku nak buat entri yang paling ringkas selama aku berblogging. Aku nak share 2 tips yang aku praktikkan selama ni bila aku apply loan iaitu :-

  1. Masa korang apply loan, make sure korang submit application tu ke seberapa banyak bank yang boleh.
  2. Lepas tu, korang kena pastikan yang korang submit application tu secara serentak (paling tidak pun dalam tempoh masa sehari dua)

Mesti korang tertanya-tanya "Kenapa?" dan jawapannya ada dalam ebook terbaru aku "Tips & Panduan Membeli Rumah Terpakai". Kalau korang tak beli pun takpe tapi make sure korang ikut apa yang aku bagitau kat atas tu sekiranya korang nak memudahkan loan korang tu diluluskan dan buat yang dah beli ebook aku... Ssssshhhhh! Jangan cerita kat diorang jawapannya.. hehehe.

P/S : Buat bakal pembeli ebook aku, ebook ini akan hanya di e-melkan pada sebelah malam sebelum jam 12. Harap maklum.

Ahad, 1 Ogos 2010

eBook ke 2



Akhirnya yang ditunggu telah muncul. Hampir 2 bulan aku memerah otak memikir dan menyusun ayat semata-mata untuk menjawab persoalan yang banyak ditanya oleh member-member dan pembaca-pembaca aku samada secara lisan mahu pun dalam bentuk e-mail. Semuanya mahukan penjelasan tentang langkah-langkah untuk membeli rumah dan memandangkan kebanyakan dari rumah aku adalah secondhand atau dalam terminologi bank lebih dikenali sebagai subsale property, maka untuk ebook aku kali ini aku menekankan kaedah-kaedah pembelian rumah berbentuk ini.

"Kenapa aku kena beli ebook ni?" soal salah seorang kawan baik aku. Aku hanya tersenyum sambil menjawab "semua orang berkeinginan nak beli rumah dan ramai jugak yang kena kencing (tipu). Jadi, bagi mengelakkan ko dari kena kencing, aku nasihatkan ko beli dan baca dulu ebook aku ni. Sekurang-kurangnya ko akan tau apa nak buat lepas ko decide nak beli sesebuah rumah" dan selain dari langkah-langkah nak beli rumah, aku turut selitkan tips-tips bagaimana nak elakkan loan korang dari kena reject sebab nak apply loan pun kena ada caranya, tak boleh main sondol je dan percayalah setakat ini aku tak jumpa lagi penulis buku yang memberitahu tips ni kat pembaca dia. Kiranya tips aku ni macam fresh from the oven la. Walau apa pun, pilihan terletak pada tangan korang dan aku tak nak memaksa korang untuk membelinya sebab aku tau aku tak sefemes Azizi Ali mahu pun Renesial Leong tapi sekurang-kurangnya aku bercerita melalui pengalaman aku memiliki beberapa bijik rumah.

Berapa harga ebook aku? Aku masih mengekalkan angka RM20 bagi setiap ebook tetapi bagi korang yang membeli secara pakej iaitu 2 ebook sekaligus, aku bagi la harga istimewa iaitu RM35 bagi 2 buah ebook dan buat mereka yang telah membeli ebook pertama aku, nantikan e-mail dari aku tentang harga istimewa korang. Sebarang penempahan, korang boleh klik perkataan ebook yang ada kat entri ini.


My final word to all of u.. Jazaqallahu khairan kathira sebab masih setia membaca blog aku.

Rabu, 28 Julai 2010

Makluman Buat Pembeli Ebook Aku

Aku buat entri ni selepas je aku terima 2 e-mail dari pembeli ebook aku yang berbunyi "Sehingga kini saya masih lagi tidak menerima buku abang ensem yang bertajuk Rahsia Jutawan Hartanah Terbongkar. Saya harap abang ensem dapat hantarkannya ke alamat berikut : bla bla bla".

Alamak, aku salah bagi info ke atau pembeli aku yang tak berapa faham? So, kat entri ini aku nak maklumkan bahawa tiada physical book yang akan diposkan ke alamat anda. Apa yang ada hanyalah e-mail dari admin bicarahartanah.com yang akan menghantar link dan password untuk pembeli aku download ebook tersebut. Dah nama pun ebook, maka takkan ada buku yang berbentuk 'buku' yang akan dihantar. Apa yang korang boleh buat selepas download ebook itu adalah samaada mencetaknya (print) atau pun menyimpannya (save) di dalam PC, leptop atau netbook korang. Kalau korang nak rasa macam buku betul, korang printlah ebook aku guna kertas hardcover. Itu sahajalah yang mampu aku katakan. Kenapa aku tak buat buku betul? Sebabnya belum ada publisher yang approach aku dan pada masa yang sama aku rasa macam belum layak lagi kalau nak buat buku betul.


My 2nd eBook to be launched soon

 

Buat mereka yang telah membeli ebook pertama aku, nantikan kemunculan ebook ke 2 aku yang bertajuk 'Tips & Panduan Membeli Rumah Terpakai' (seperti gambar di atas) yang akan memperjelaskan tentang setiap step yang korang kena buat dalam pembelian rumah second hand dan tak lupa juga tips-tips yang akan membuatkan pihak bank marah kat aku sebab me'reveal'kan cara-cara bagi memudahkan urusan kelulusan pinjaman. Bagi yang telah membeli ebook aku sebelum ni, ada diskaun menanti anda sekiranya anda membeli ebook ke 2 aku ini.


P/S : Terima kasih pada En Meor Ahmad Shukri, En matjoe dan juga En Rusaidy (lawyer aku) yang telah banyak membantu dalam penghasilan ebook ke 2 aku ni.

Isnin, 7 Jun 2010

Di Balik Tirai..


Meor Ahmad Shukri (berbaju merah)

Sebelum korang salah paham, tajuk 'di balik tirai' ni bukannya satu entry lucah tetapi lebih kepada tanda terima kasih aku kepada 'tulang belakang' pembikinan e-Book aku yang akan dipasarkan penghujung minggu ni. Sape dia? Tak lain tak bukan ex-skoolmet aku selama 6 tahun, saudara Meor Ahmad Shukri yang aku temui melalui laman sosial fesbuk setelah hampir 18 tahun terpisah. Tak sangka pulak ketika berchatting dengannya pada pagi Ahad melalui 'fb online chat' tahun lalu telah mengilhamkan pembikinan e-Book aku ni dan aku pun tak pernah terfikir yang aku mampu mengarang satu tajuk yang agak besar maknanya dalam hidup aku.

Aku sebenarnya bukanlah rapat sangat dengan mamat ni waktu sekolah dulu walaupun mempunyai 'surname' yang sama sebab mamat sekor ni bolehlah dikategorikan dalam golongan 'menantu pilihan' kaum ibu jika dibandingkan dengan aku yang agak terserlah 'kebungaannya' (maklumlah abang ensem). Tambahan pulak, kelas kami berlainan waktu tu. Aku dalam golongan 'budak-budak genius' manakala mamat ni pulak dalam 'kelasnya yang tersendiri' (kurang cerdik la tu.. hahaha) tapi bila kitorang berkumpul balik time 'reunion' bulan Disember hari tu, tidak aku sangka.. mamat yang perasan bagus ni (aku le tu) hanya mampu menggenggam Ijazah Diploma Lanjutan je manakala mamat yang kurang cerdik ni pulak dah ada Master beb, dalam bidang I.T pulak tu. Jenuh le aku memikirkan camne benda camni boleh berlaku. Pikir punya pikir, lepas 2 minggu baru le aku perasan yang ini semua disebabkan oleh faktor 'kepala' mamat si Meor ni dah bertambah besar jika dibandingkan dengan aku. Ye lah kalau kepala dah besar maknanya otak yang ada kat dalam tu pun bertambah dan sebab tu lah dia masih boleh menerima 'input' untuk bergelar graduan sarjana. Manakala aku pulak, hanya perut je yang makin membesar mengakibatkan pelbagai 'penyakit' suka menjenguk.. huhuhu. Tapi walau apa pun, aku tetap terhutang budi dengan brader yang sorang ni.

Mandangkan dia berkebolehan nak buat e-Book, maka aku pun dengan senang hati mempergunakan mamat ni untuk menghasilkan e-Book aku ditambah pulak dengan kosnya yang 'amat murah' yang di 'offer'kan oleh mamat ni. Bila aku tanya kenapa murah sangat, jawab mamat ni "Ala bro, aku bagi ko harga kawan-kawan. Lagi pun ko bukannya glamer sangat. Nanti bila dah femes baru la aku charge lebih sikit". "Ye tak ye jugak" jawab aku dalam hati. So, sementara harga e-Book aku ni tengah murah, cepat-cepatlah korang order, takut nanti bila aku dah femes.. korang takkan dapat harga macam ni lagi.. hahaha. Berapa harganya?? Murah je.. semurah 2 keping tiket wayang citer 'Lagenda Budak Setan'.

p/s : Betul tak kata orang tua.. "orang yang pangkal dia nama MEOR ni ensem-ensem sebenarnya. Tak gitu?" dan pada sesape yang memerlukan khidmat saudara Meor ni, bolehlah hubungi aku melalui blog ni. Sekurang-kurangnya, bolehlah aku 'makan' komisyen atas perkhidmatan yang beliau sediakan.. masyukkk tu.. hahaha.

Tips & Thots : Kejayaan takkan dapat dicapai seorang diri. Ianya memerlukan bantuan dari orang sekeliling dan mengambil contoh dari kes aku ni, tanpa bantuan dari saudara Meor ni, ilmu dari eBook yang akan aku pasarkan takkan sampai kepada korang semua. TQ Bro.

Sabtu, 22 Mei 2010

Hampir2 ternoda..

Jam baru pukul 12.18 tgh malam. Aku yang tengah melayan 'Nightline News' kat TV3, tetiba dikejutkan dengan panggilan dari penyewa aku, Lisa (bukan nama sebenar). "Assalamualaikum, ada apa hal kol abang memalam buta ni?" bicara manis yang terkeluar dari mulutku waktu tu. "Abang boleh datang ke rumah tak sekarang. Ada emergency.." bunyi cemas yang kedengaran dibalik corong henponku. "Kenapa? Dah lewat dah ni, esok je lah abang datang.." jawabku. "Tak boleh bang. Abang kena datang malam ni jugak. Saya dah tak tau sape lagi nak mintak tolong" balas si Lisa. "Cuba citer sikit kat abang, kenapa?" soalku lagi. "Abang datang dulu baru saya cerita"..balasnya. "Oklah..abang datang sekarang" jawabku 'lemah'. Nasib baik time tu bini aku dah tido, so takdela sesi soal jawab dari 'mem' aku berlaku. Almaklumlah, dapat laki ensem macam aku ni, mesti le 'mem' nak kena pantau selalu.. hehe.

Selang 18 minit, aku dah pun berada kat depan pintu rumah sewaku dan sebelum aku sempat mengetuk, si Lisa ni dah tercegat kat depan pintu tu. "Tenkiu bang sebab susah payah datang malam-malam buta ni. Jemputle masuk.." pelawa si Lisa ni. Aku yang terpempan depan pintu memerhatikan keanggunan Lisa yang hanya berbaju kelawar sempat berkata.. "Kat sini je cukup la. Tak manis 'bapa teruna' macam saya ni masuk umah 'anak dara' memalam camni. Nanti takut neighbour2 sebelah jeles pulak" jawab aku dengan nada kelakar. "Ala bang, la ni tengah cuti semester. Neighbour semua balik kampung. Mai la masuk. Takkan dah tak sudi kot" jawabnya sambil menguntum senyuman ala-ala Lisa Surihani. Nak tak nak terpaksalah aku masuk jugak. Sambil kaki melangkah, mulut ringan pulak bertanya "Lisa sorang je ke? Bebudak lain mana?". "Kan saya dah kata yang lain semua dah balik cuti. Yang ada cuma saya dengan Julia je (juga bukan nama sebenar). Sebab takde budak-budak lain la saya nak sangat abang datang" goda si Lisa ni.

"Apasal abang duduk kat kerusi? Meh la ikut saya masuk bilik. Ada benda yang saya nak tunjukkan kat abang" tutur manja si Lisa ni dengan raut wajah cemas. Dan dan tu peluh jantan aku meleleh kat dahi sambil dalam hati berkata "habih le aku malam ni.. Kalau ada JAIS datang mau kantoi aku". Dengan nada 'semput' aku cuba menolak tapi dalam hati "mana ada kucing nak tolak ikan walaupun kucing umah aku tak makan ikan". "Cepat le bang.." dengus si Lisa dari balik pintu. Aku yang dalam keadaan terpaksa.. hehe, menolak daun pintu dan satu pandangan yang tak dapat aku gambarkan terpampang kat depan mataku.

"Sape kopak pintu bilik air kat bawah tu?" soal aku dan sayup-sayup aku dengar suara si Julia dari dalam bilik air tu.."Bang, tolong bukakkan pintu ni. Saya dah terkunci dari pukul 10 tadi. Dah nak lemas dok kat dalam ni". Aku pun apalagi dengan 'macho'nya berkata "korang tunggu kejap, abang nak turun bawah amik 'tool box' abang kat dalam kete". Setelah berhempas pulas mengorek dan menjolok tombol pintu tu, akhirnya si Julia ni berjaya aku selamatkan dan bila semuanya dah settle, slow-slow aku bertanya "Nape Lisa tak gitau awal-awal kat abang yang Julia terkunci kat dalam bilik air?". Si Julia pulak mencelah.. "Kami takut abang marahkan kami sebab kopakkan pintu bilik air..". Aku cuma mampu berkata "Laaa.. abang takde hal punya, yang penting korang selamat. Esok abang panggil orang gantikan pintu tu" sambil dalam hati aku berkata "Nasib baik aku tak terNODA malam ni.. hehehe".

So, moral of the story buat korang semua :
  1. Jangan berperasangka burok dengan penyewa korang ;
  2. Pastikan TOOL BOX KIT sentiasa ada kat dalam kete korang untuk menghadapi saat-saat macam kat atas tu ;
  3. Cuba nasihatkan tenant korang jangan mandi lewat malam takut kejadian seperti kat atas terjadi kat korang pulak..


PROMO :


'MY 1ST eBOOK TO BE LAUNCHED SOON'

Bagi korang yang nak tau banyak lagi TIPS dan cerita dari aku, nantikan kemunculan eBuku aku yang pertama bertajuk... RAHSIA JUTAWAN HARTANAH TERBONGKAR tidak lama lagi. Pastikan korang tak habiskan duit gaji korang bulan ni untuk membelinya...

Rabu, 5 Mei 2010

Do u want to know what I did last Monday...

Perghhh... bile tengok tajuk atas tu macam saspen je bunyik nye tapi tak pe, aku tau korang mesti nak tau apa yang terjadi pada hari Senin yang lepas kan?

3/5/10 (ISNIN)

5.30 a.m : Kelam kabut bangun dari tido sebab nak catch up flight kul 7.50 a.m. Destinasi : RAHSIA.

7.04 a.m : Menjadi orang terakhir check-in kat kaunter. Nasib baik la sempat... huhu

8.02 a.m : Flight berlepas ke destinasi RAHSIA

10.07 a.m : Tiba ke destinasi dan sedang berfikir ke mana nak dituju dulu.

10.30 a.m-1.00 p.m : Window shopping & lunch sementara nak nunggu check-in kat hotel.

1.00 p.m : Check-in at d hotel dan tujuan asal pun bermula...



Tempat aku bekerja..





Login ID & Password untuk aku mulakan kerja..




2.00 - 7.00 p.m : Masih dok ngadap PC sesambil memerah otak mencarik idea..


8.00 p.m : Dinner & sambung balik memerah otak 'til 2.00 a.m.


Finally... at 2.02 a.m : MISI PUN TERLAKSANA dan HASILNYA...






p/s : Ada ke orang nak baca eBook aku nih dan ada sesape yang boleh tolong promokan eBook ni?? hehehe