Isnin, 8 Februari 2010

BANANA-FRUITS-TWO-TIMES... (Tribute to Hanis Zalikha)

Aku masih ingat lagi 3 tahun lepas (2007).. camne aku tewas masa bid utk mendapatkan apartment kat Shah Alam dan sejak dari tarikh itu, aku rasa macam dah malas nak attend proses bidding tu lagi. Mana taknye.. dah la dipenuhi oleh ejen2 @ ulat2 yg sengaja provoke utk naikkan harga.. dah tu harganya plak melampau2 naiknya. Korang bayangkan dari 'reserve price' RM68K boleh end up sampai RM101K sedangkan 'market value' umah tu cuma dlm RM85K je. Kesian aku nengok bidder yg menang tu.. gara2 dok excited nak menang, tak perasan yg harganya dah over price.. huhu

Itu citer 3 tahun lepas, bebaru ni aku tertarik gak utk melalui kembali proses membida ni tetapi kali ni bukan utk mendapatkan umah tapi BLACKBERRY (BB) HZ dan kali ni aku rasa value BBnya tu tak ternilai harganya disebabkan 'aura' yg ada pada HZ ni. Berbekalkan kombinasi no RM1001, aku mengharapkan tuah berpihak kat aku kali ini tapi rupa2nya ramai lagik rupanya yg letak harga lebih tinggi dari aku. Nampak gayanya sama gak le naseb aku kali ni... "the banana continue to fruit two times".. hahaha


Bila aku citer kat member2 aku.. diorg pakat gelak kat aku dan salah sorang dari member aku dok kata "Apasal la ko tak offer free consultation on how to invest in property kat HZ sbg tambahan dari RM1001 ko tu. Baru le padan value HZ ngan value knowledge yg ko ada tu".. "Ye tak ye jugak" kata aku dalam hati tapi apakan daya... "the rice has already become porridge". Nampak gayanya tak merasa la aku nak pakai henpon BB dan terpaksa la aku meneruskan hayat 'BLACKSONY' aku yg satu ni...


2 ulasan:

  1. hahaha. ada aura eh BB hanis zalikha?

    BalasPadam
  2. hahaha....kelakarlah abang hensem ni. Sebenarnya kak nani pun pakai hanis zalikha punya purse kaler merah yang dia dah campak ke tepi. Secara kebetulan pulak, sejak tu murah rezeki Allah bagi. Alhamdulillah kira purse sentiasa berduit. Secara logiknya kalau kita dekat aura positif insyallah segala yang positif akan melekat pada diri kita. Contohnya kalau kita baik dengan orang yang baik, berjaya dan kaya insyallah dengan apa sahaja jalan ceritapun, entah macamana, kebetulan atau apa, kita pasti akan jadi, baik berjaya dan kaya. Cuba fikir dan perhatikan adakah perkara2 seperti ini pernah berlaku kat diri kita?

    BalasPadam