Khamis, 25 Februari 2010

sempoi tak cara aku ni?

Aku rasa bagi korang yang pernah jadi 'landlord' @ tuan umah tentu penah mengalami pengalaman penyewa mintak diskaun sewa... betul tak? Aku pun tak lari dari soalan2 seperti "Bang, boleh kurangkan tak sewa ni. Kami ni student lagi, mana ada duit nak sewa mahal2 camni" dan pertanyaan sebegini menyebabkan aku sentiasa rasa serba salah lebih2 lagi kalau yang tanya tu awek 'cun' yang memang aku nak sangat jadi tenant aku... hehehe. Tapi bagi aku, walaucamana cun pun aweq tu.. "business is still business" dan biasanya aku ada cara aku yang tersendiri untuk mengelakkan pertanyaan2 seperti ini dan aku rasa belom ada lagi yang ikut cara aku ni. Korang nak tau tak camne?


Biasanya, selepas aku kenal pasti kadar sewa yang sepatutnya aku kenakan, aku akan 'up'kan dulu dalam RM50 (biasala kan orang meniaga). Bila bakal penyewa aku tanya je pasal sewa, aku akan kata "Sewa saya ni bergantung pada 'u all' sebenarnya. Kalau u all sanggup bagi deposit 3 bulan, kadar sewa rumah ni jadik RM500 (contoh je). Kalau 'u all' cuma mampu bayar sebulan je deposit, sewanya mahal sikit le..dlm RM600. Tapi biasanya penyewa2 saya yang lain akan mintak RM550 with 2 months deposit" ayat skima aku pada diorang.. hehehe. Amacam, sempoi tak cara aku dan kalo korang kat tempat diorang (bakal penyewa aku tu).. yang mana satukah pilihan hati? Aku rasa 'for sure' korang akan pilih yg tengah2 tu kan.. tak mahal dan tak murah. So, sape yang untung?? Saya dan penyewa saya gak yang untung.. tapi kalo yang untung lebih tu.. saya le sape lagi.. hehehe

1 ulasan: