Sabtu, 20 Februari 2010

10 Sebab...

Ada pulak member aku yang gatai tanya "Berapa income umah sewa ko sebulan?". Aku dengan jujurnya bagitau "Adala dalam RM1.3K". "Ko biar betul..takkan la umah 14 biji, ko cuma dapat banyak tu? Kurang2 kalau dalam RM5K tu percaya gak la aku. Kalau takat RM1.3K, baik ko beli condo mewah dan sewakan kat 'expatriate' je. Lagi banyak masyuknye". Aku hanya mampu tersengih je mendengar jawapan member aku tu tapi sempat gak aku menjawab "Memang le betul apa yang ko cakap tu tapi bagi aku duit bukan jadi keutamaan. Yang penting bagi aku ialah aku seronok dengan apa yang aku buat..lagipun banyak sebab kenapa aku cuma invest kat umah low & medium cost je dan kalau ko nak tau, ko kena la baca next post aku nanti". Dalam keadaan tak sabar2, dia cuba provoke aku dengan kata2 "Takde la tu, kalau tak mesti ko dah gtau aku sekarang" dan untuk tak menghampakan 'harapan' kawan aku yang sorang tu, kat bawah ni aku senaraikan 10 sebab kenapa aku cuma 'concentrate' dengan umah low & medium cost je dibandingkan dengan umah2 mewah yang lain :
  1. Senang nak dptkan loan sebab bank tak 'rigid' sangat kalau nak 'approve'kan small loan camni dibandingkan dgn loan yg besar2.
  2. Senang nak dptkan penyewa sebab ramai yang mampu especially student dan pekerja kilang.
  3. Senang nak kutip sewa sebab sewanya 'rendah' dibandingkan dgn sewa condo.
  4. Senang nak 'cover' duit maintenance sebab 'maintenance fees'nya biasanya kurang dari RM50 dibandingkan dengan condo yg mencecah ratusan ringgit.
  5. Senang nak buat 'tenancy agreement' sebab golongan yang menyewa biasanya terdiri drpd 'golongan yang kurang mampu'. So, tak perlulah nak buat agreement dlm Bahasa Inggeris yg kadang2 tu aku sendiri tak paham.
  6. Senang nak bayar caj yg plumber @ wireman kenakan sebab kalau condo, plumber @ wireman 'sure' akan caj mahal kerana sangkaan mereka tuan punya condo biasanya orang yg ber'wang'.
  7. Senang nak jual balik kalau dah tak nak bagi sewa sebab kebiasaannya penyewa yg sedia ada selalunya berminat nak membelinya (thru my experience).
  8. Senang nak 'cover' instalment bank sebab amaun instalmentnya yang kecil (dlm RM300 sebulan je) jika dibandingkan dgn instalment condo.
  9. Senang nak cari duit 'downpayment' sebab amaun 10% yang kecil jika dibandingkan dengan 10% drpd harga condo.
  10. Senang nak tau value umah tu sebab umah low & medium cost ni range dia cuma dlm RM55K-RM130K je. So, senang nak tentukan samaada berbaloi atau tak bila membelinya.

Apa pun, sebab yg paling penting bagi aku ialah aku SENANG NAK TIDO MALAM tanpa perlu risau tentang umah2 aku tu dan sebab itulah aku istilahkan pelaburan aku ni sebagai pelaburan yang berisiko rendah.

1 ulasan:

  1. bile saye sudah kerje sy mahu beli bnyk2 condo untuk investment!WAH CTE2!

    BalasPadam