Rabu, 30 Disember 2009

umah flat ke @ 'umah bawah'??


Semalam, ada few e-mails drpd kengkwn aku yg dok tanya "where to start? Go for landed property or apartment?" Aku cuma reply by asking them to read my next post in this blog.

Masa mula2 aku start invest dlm bidang ni, aku dok konpius gak sama ada elok aku beli 'umah bawah @ landed property atau pun umah flat. Sebabnya kebanyakan buku yg aku baca gtau 'umah bawah' ni lebih menguntungkan drpd umah flat @ apartment disebabkan oleh nilai pasarannya yg naik cepat (capital appreciation). Kalo korang tak caya, cuba korang g tgk sebijik 'umah bawah' la ni baper harganya dan setahun dr sekrg, korang cuba bandingkan harganya pada masa tu. Kompom naik banyak.

Tapi bila mengenangkan yg pada waktu tu aku takde la banyak sgt duit utk start, so aku pun pilihlah utk membeli umah flat. Dah lah harganya murah, byrn bulanan kat bank pun takdela membebankan sgt.. takat RM300 je sebulan. Cuma dari segi value.. takde la naik secepat 'umah bawah'. Tapi tak pe yg penting bagi aku, bukannya 'kekayaan segera' yg aku cari tapi lebih kepada income bulanan (passive income) bila aku dah retire nanti. Mungkin masa ni aku cuma dpt excess dlm 100 hengget utk sebiji flat tetapi cuba korang bayangkan bila mana semua hutang bank tu telah aku lunaskan dan sewa bulanan pada masa tu plak meningkat.. tak ke untung aku time tu? Tapi tak semua orang sependapat dgn aku dan bagi korang yg mengejar keuntungan segera, mungkin 'umah bawah' le jawapannya utk korang..

Tips : " Tentukan dahulu matlamat anda sebelum memulakan pelaburan di bidang ini. Ingat prinsip berikut : Landed Property = Capital Appreciation / Apartment = Passive Income "








Selasa, 29 Disember 2009

kompom boleh untung...


Selalu gak kengkwn aku dok tanya kat aku ttg apakah bentuk pelaburan yg boleh menguntungkan mereka. Biasanye bile je aku jwb "takde untung yg paling beso melainkan ko melabur kat diri ko tu dulu", diorg akan kata aku cuba buat lawak la atau pun diorg akan kata aku nak kaya sorang2 le. Hakikatnye, takde pelaburan yg lebih menguntungkan selain drpd pelaburan ke atas diri kita sendiri... tapi apakah bentuk pelaburan yg aku maksudkan tu?

Pelaburan yg aku maksudkan tak lain tak bukan ialah mencari dan mendalami ilmu. Tak kiralah ilmu apa, yg penting dgn ilmu yg kita pelajari itu akan dpt memperbaiki kehidupan kita di masa akan dtg dan sudah pasti yg akan mendapat keuntungannya nanti adalah diri kita sendiri. "Ada tak cara lain utk kita nk dpt ilmu selain drpd membaca, aku ni tak berapa rajin nk baca buku.. dah la tu, masa pun tak berapa nak ada?" komen sorang kwn aku. Aku jwb balik " Tak semestinye ko kena baca buku, ko cuba le attend seminar.. tak pun baca le artikel2 yg berkaitan ke atau pun blog org2 yg berjaya ke"... susah le kalo mcm ni. Kaya nak tapi cara nak kaya tak boleh nk buat. Aku pun pada mulanya bukanlah seorang yang suka membaca tetapi demi utk memajukan diri, korang boleh lihat sebahagian drpd koleksi buku2 yg aku baca. So.. tepuk dada tanyalah selera dan dimana ada kemahuan di situ ada jalan..


Tips : "Jadikan amalan membaca itu sebahagian daripada hidup anda kerana pulangan yang anda akan dapat amatlah menguntungkan."






Ahad, 27 Disember 2009

7-eleven

Teringat aku masa aku tgh melilau nk carik penyewa utk umah terbengkalai aku tu, mcm2 cara aku cuba. carik thru agent la, suruh kengkwn carikan lar tapi sumenyer gagal. last2 teringat aku masa aku dok study kat itm dulu, dgn berkapcaikan motor member.. abis sume 7-eleven aku redah semata2 nak carik umah sewa.. tapi sblm korang continue baca sambungan kat bawah ni, aku harap korang dh baca post aku bertajuk "4P+1P=5Ps" sbb aku takut korang x dpt tangkap apa yg aku cuba sampaikan.

yes.. aku dah jumpe 'place' yg aku carik dan aku musti letak iklan kat situ tapi masa tu kt kg melayu subang tkde 7e. paling dkat pun kt subang perdana. terpaksa gak le aku g dan sesampai je aku kat situ, bertempek iklan umah sewa.. tapi yg menyedihkan aku sumenye bawah rm3ratus. camni tak boleh le aku nk untung byk sbb instalment bank aku dlm rm2ratus lebih je. tapi xpe, at least aku tau le rate sewa kat area situ berapa dan secara x langsung menjawab salah satu 'P' yg aku gtau dlm post aku yg terdahulu iaitu 'price'. iklan2 yg aku tgk kat situ plak ada yg tulis tgn, ada yg bertaip komputer dan ada gak yg ber'awan larat'.. so, kalo korang nk mencarik umah, 'promotion' yg macamane yg korang tertarik? dh tentu le yg kemas dan cantik kan sbb iklan melambangkan sifat tuan umahnye. kalo iklannya mcm melepaskan batuk d tangga, dh tentu le keadaan umahnye 'indah khabar dari rupe'. 4P dh terjwb tapi 'people' @ crowd yg nk menyewa kat area tu aku x dapat agak lagi,. tapi aku boleh rasakan yg family @ bdk bujang le yg akan duduk situ sbb area situ takde kolej mcm kat shah alam. so, bagi korang yg baru nk berjinak2 dgn sewa menyewa umah tapi x tau mana nak carik penyewa, aku cdgkan gunakanlah khidmat buletin kat 7-eleven sbb ianya "mudah & free"..

Sabtu, 26 Disember 2009

ensem ke aku nih??

"Pompuan mane lar yg rabun yg kate awak ni ensem" kata follower 'azz' kat aku. Ditambah plak dgn kutukan dr follower 'nooruddin' masa aku chat ngn dia ari tu.. "aku kena muntah dulu sblm bukak blog abang ensem". Apa yg aku boleh katakan.. bukan aku yg bagi gelaran tu. Gelaran tu diberikan oleh sorang staf kat cawangan bank yg aku 'relief' 10 tahun lepas. Mungkin gak masa tu aku ni mmg kategori ensem kot.. tapi aku rasa kalo staf pompuan tu tgk aku skrg especially dgn berat yg dah mencecah 67kg, tentu dia rasa menyesal kot bagi gelaran tu kat aku.. tapi bile aku pikir balik.. elok gak aku letak nama tu kat blog aku, sekurang2nye ada yg tertarik nak baca isi kandungan blog aku dan secara tak langsung diorg akan dapat faedah drpd tips2 yg telah aku citerkan. x pe lar... pape pun cube korang perati betul2 kat gambo atas tu samaada aku ni sebenarnya perasan ensem atau pun memang betul2 ensem... hahaha

aku kaya..

Malu betul aku bile 'mentor' aku, saudara khir ariffin melabelkan aku sbg hartawan hartanah di dalam blognya semalam. Bukannya apa, aku rasa aku ni belum layak utk diangkat ke tahap itu. Kebiasaannya.. dlm masyarakat kite, hartawan ni adalah gelaran bagi org2 yg kaya-raya sedangkan aku ni takdela kaya sgt. Kete pun takat proton wira je, dah tu umah pun takde la besar sgt manakala duit dlm akaun aku pun, aku rasa mungkin korang lagi banyak kot. Bile aku citer kt kengkwn aku masa sesi 'ngeteh' kejap tadi, diorg plak cakap camni.. " ko ni mmg kaya sebenarnya tapi bukannya kaya duit tapi kaya utang.. maklumlah umah byk, so utang bank pun banyak jugak la". Ye tak ye jugak.. dan mulai saat itu, aku rasa aku dh dpt terima hakikat yang aku ni sememangnya kaya... kaya hutang. : )

Jumaat, 25 Disember 2009

4P + 1P = 5Ps

Dlm post aku yg lepas, aku ada gtau yg ada problem besar menanti aku lepas je umah aku yg terbengkalai tu siap. "Sape yg nk duduk kt umah tu?" tanya bini aku. Inilah masaalahnya. Masa mula2 dulu, memang le aku plan nk duduk umah tu lepas aku kawen tapi bile pojek tu 'abandoned', kelam kabut le aku carik umah lain. Bile aku dpt je umh lain.. tgk2 umh tu plak siap. "Takkan bini aku dok umah skrg dan aku plak dok umh tu... camne plak aku nak buat anak nti??" kata hati aku. Last2.. kwn aku suggest.. "ko carik le org menyewa umah tu". "Cakap mmg senang tapi camne aku nk carik org menyewa?".

Haaaa... time ni teringat lecturer marketing aku pnah ckp, kalo nk jual brg @ servis, kena ada 4P = product, price, place & promotion.. tapi aku cuma ada 'product' iaitu apartment aku tuh.. yg lagi 3P tu aku x dpt nak pikir lagik :
i) berape aku nk bagi sewa? (price)
ii) kt mana tmpat aku nk carik penyewa? (place)
iii) mana pulak aku nk iklankan umah aku & camne plak caranye aku nk iklankan? (promotion)

Dlm dok memikirkan ttg 3P tu, tetiba aku terpikir plak ttg 1 lagi P yg aku x belajar dulu = people @ target mkt.. (iv) golongan mana plak yg nk jadik penyewa aku?

So, conclusionnya.. 5P nilah konsep pertama yg korang kena tau kalo nk start invest dlm bidang ni. Sekurang2nya takde la korang main redah je bile nak beli umah utk dibuat sewa.. : )
Tips : " Pastikan anda dpt mencari jawapan kepada konsep 5P ini sebelum memberi rumah"

Khamis, 24 Disember 2009

tenkiu datuk seri...

Kolo korang penah baca komen aku kt fb pd 24 Oct '09 yg lalu, musti korang tau 2 perkara yg aku x puashati dgn intipati belanjawan hari tu. (1) caj rm50 yg dikenakan utk setiap kad kredit yg kite ada.. (2) cukai RPGT yg dikenakan ke atas semua transaksi jualan rumah. tup2 hari ni .. ada berita gumbira terpampang kt front page akhbar 'The Sun'.. "RPGT applicable to properties sold within 5 years of purchase"..

To those yg x tau apa itu RPGT.. RPGT tu singkatan utk 'Real Property Gain Tax' atau cukai yg dikenakan ke atas keuntungan yg kite dpt dr penjualan rumah. Biasanya org jual rumah utk dpt untung tp bile govt impose benda ni, untung kite for sure akan berkurang.. tapi bab ni aku xde la marah sgt, cuma sblm ni.. RPGT ni cuma dikenakan pada sape2 yg jual umah dia dlm tempoh kurang dr 5 tahun. Maknanya lepas 5 tahun dh tak kena tax tapi dlm bajet 2010, sume penjualan umah.. x kira la samaada kurang @ lebih 5 tahun, semuanya kena tax. Kolo camni susah la utk small investor mcm aku ni nk survive. Camne aku nk guna konsep "beli 1 umah, dpt 1 umah free" yg selama ini aku dok buat. Mesti korang heran kan.. beli 1 dpt free 1 lagik... hehehe. Xpe.. kolo korang nk tau, kena la blanja aku teh tarik kat mamak sbb kolo aku citer kat sini, aku takut bank dah x nak bagi loan lagi kat aku : ) ... Anyhow, aku nk extendkan ucapan time kaseh aku kat 'prime minister' kite sbb ubah balik apa yg dibentangkan dlm bajet beliau yg lalu. Tenkiu Datuk Seri...

Rabu, 23 Disember 2009

"ape jadik ngn umah ko?"..


"Bang, apa jadik ngan umah ko yg terbengkalai tuh??" tanya salah sorg member aku yg lepak ngan aku tadi. Aku buat2 bodoh dan saje2 buat tahu.. "Umah apa?". "Ala.. umah yg ko citer kat dlm blog ko tu". Aik... aku ingatkan takde sape d kalangan kengkwn aku yg baca blog aku.. rupe2nya ada gak mamat sekor ni yg dok baca citer aku kt sini. Utk tidak menghampakan dia dan jugak sesape yg nak tau.. korang boleh tgk le apa yg jadik kat projek tu melalui gambar kat atas. Cantik kan apartment aku yg terbengkalai dulu..

Setelah menunggu selama 1 thn 6 bln dan 3 hari dari tarikh yg dijanjikan oleh developer, akhirnya 'delivery of vacant possession' letter @ surat boleh masuk (istilah 'layman' yg biasa aku gunakan) telah selamat aku terima. Syukur alhamdulillah tetapi rupa2nya ada masaalah yg lagi beso menanti aku... nak tau apa dia? Nantikan di post aku yg berikutnya..

Selasa, 22 Disember 2009

nape aku jadi blogger..

"Sejak bile plak ko berjinak2 dlm blog ni?" komen member 'muka buku' @ facebook aku bile aku link kan blog aku ni ke fb. "Bukan ke ko ni jenis yg low profile. Karang sumer org kenai ko baru padan muke ko" kata sahabat2 aku plak. "Ye tak ye jugak" dlm hati aku berkata tapi bile aku baca je blog member fb aku "preciselysuzy" hasil nukilan suzita kadir, aku rasa mcm best jer. Penulisannya yang sempoi dan menarik membuatkan aku rasa mcm nk bercerita gak kat dlm blog ni... tapi ape topik yg aku nak citer ye?? Takkan aku nak citer pasal rutin harian aku yg membosankan atau pun takkan khalayak nak dengar citer pasal awek yg aku ngorat kt dlm lrt??

Masa ni la baru aku teringatkan apa yg member sekolah aku, khir ariffin cakap masa kitorang buat small gathering beberapa bln lepas. kata beliau dlm loghat 'Perak'nye.. "Mike tak nak ke citer pasai kejayaan mike kat org?" aku tanya balik.. "Kejayaan apa?? setau aku.. aku macam org lain jugak pegi keje balik keje, cukup bln dpt gaji". Dia menyambung balik "Mike ni kire mcm org yg berjaye juge le walopun makan gaji. Kolo takat 2 3 bijik umah, teman tak heran tapi kolo dah sampei byk bijiknye, kire hebat le. Ape kate mike citer kat org camne mike boleh kumpui byk rumah. Kolo mike tak berani bagi ceramah kat depan public, mike buat le blog sendiri. boleh le mike citer pengalaman mike kat situ." betul jugak cakap member aku tu. Sekurang2nya dpt le jugak pahala utk aku sbb menurunkan ilmu ni kat org.

Atas sebab itu, maka terhasillah blog ini utk aku kongsikan pengalaman dan pengetahuan aku di dlm bidang hartanah ini. moga2 ada yang akan mengikut jejak aku nanti... insyaallah. Pape pun time kasih le kat 2 org insan yg telah mencetuskan keinginan utk aku ber'blog' kat sini. Jasa kalian takkan aku lupekan.. tenkiu beb.

turning point...

"Ku sangka panas hingga ke ptg, rupa2nya hujan di tengahari".. aku ingatkan aku le manusia paling bertuah bile dpt beli apartment dgn harga yg murah.. tup tup selepas 2 tahun, projek apartment tu terbengkalai. Nyesal... geram... marah... semuanya bercampur baur. "Nape la aku tak pikir dulu sebelum beli".. time tu plak rasa mcm tak berbaloi je aku bayar downpayment, legal fees malah interest bln2 kat bank tapi nak buat camne 'nasi dah jadi bubur'. Bayangkan tiap kali aku g 'site visit' kt tapak projek, view yg aku dpt tgk sama mcm gambar kt sebelah.. tak ke sakit hati namanya..

Tapi rupa2nya.. di sebalik musibah yg menimpa aku, ada hikmah di sebaliknya dan ianya menjadi 'turning point' utk aku lebih mendalami selok belok pelaburan hartanah. Time tu pantang jumpa buku berkaitan property investment, semua aku beli. Kalau ada seminar atau kursus pasal real estate investment, semua aku pergi. Kekadang tu 'fees' yg terpaksa aku bayar tu rasa mcm tak munasabah je (masa tu la).. bayangkan RM800 utk kursus 1 hari, tapi bila aku recall balik apa yg Azizi Ali cakap masa aku attend course beliau.. " satu hari nanti awak akan rasa yang duit yang awak bayar ni berbaloi dgn apa yg awak akan dapat", aku rasa ada kebenarannya..
Tips : "Fikir sedalam-dalamnya sebelum membuat sesuatu keputusan"

Ahad, 20 Disember 2009

terjebak..

Ada kengkwn aku tanye.. " Camne ko boleh terjebak dgn hobi giler nih?". Biasanye aku cakap kat diorg, mungkin takdir kot tapi semua ni berlaku gara2 aku terpaksa relief budak opis aku masa launching projek perumahan baru kat kg melayu subang.

Aku ingat lagi, time tu hari sabtu hujung november 1998. disebabkan takde sape yg sanggup jaga booth pada hari sabtu, bos aku pun mengarahkan aku jaga booth tersebut sepanjang hari dan di sepanjang masa aku jaga booth tu, aku tgk org berebut nak beli apartment yg dijual tu. Dlm hati aku berkata " murah sgt ke umah ni sampaikan org berebut nak beli.." dan sebelum tengahari, semua unit apartment tu dah habis dijual. Lagi la aku terkejut.. slow2 aku tanya kat brader yg buat sales tu.. "Apasal ramai sgt yg beli". Dia kata kat aku "Harga apartment ni murah sgt. mana nak dpt apartment yg berkeluasan 850sqft pada harga cuma RM59K je". Aku pun apelagi terus le rasa nak beli dan aku pun cuba bodek dia.. "Ada tak yg nak kensel beli?". Dia suruh aku tunggu sampai ptg dan agaknya dah mmg rezeki aku.. ada la 1 unit yg buyer dia kensel sbb tak cukup duit. Aku pun tanpa berlengah lagi terus je bayar RM1K sbg booking. Nasib baik time tu aku dah ada kad kredit utk bayar booking tu. Itulah titik tolak aku terjebak dlm hobi giler aku nih..

hobi giler aku..

"Setiap orang mempunyai hobi. Hobi saya ialah mengumpul setem.".. itu antara karangan pertama aku semasa di sekolah rendah dan hobi aku itu turut dikongsi oleh kebanyakan rakan2 sekolah aku pada masa tu dan aku rasa korang pun pernah mempunyai hobi yang sama dengan aku. Kelakar kan.. macam la takde hobi lain selain drpd mengumpul setem.

Itu dulu.. kini setelah hampir 30 tahun selepas aku menulis karangan tu, aku telah pun mempunyai beberapa hobi yang baru. Nak tau apa hobi2 baru aku tu?? Selain drpd g korok @ karaoke dan melepak dgn kengkwn aku kt mamak, hobi aku yg satu ni agak giler sikit.. aku suka mengumpul rumah. Nak kata byk tu, takdelah sebanyak setem yg aku kumpul dulu tapi kengkwn aku kata "banyak giler".


Kenapa aku memilih hobi ni? Ada 2 je sebab kenapa aku suka hobi ni. Selain
dpt me"masyuk"kan aku setiap bln, ia juga dpt mendidik aku utk menjadik seorg yg berdisiplin. Ye lar.. kalo takde disiplin mau tonggang terbalik hidup aku nk menguruskan semua benda yg berkaitan dgn umah. Sebagai contoh, mana nak pastikan duit bank dh dibayor, nak make sure takde penyewa yg ngelat bayor dan 1000 satu mcm benda lagi yg aku kena 'take care'. Itu sbb aku boleh katakan yg hobi aku ni giler sikit, tapi pape pun return dia dapat le kalo nak cover duit minyak kete wira aku tiap2 bln atau pun utk aku gunakan bagi membeli jajan utk anak2 aku kat 7 eleven.. so, giler tak hobi aku yg satu ni?

Tips : "Jadikan hobi anda sesuatu yang boleh mendatangkan keuntungan buat anda"