Isnin, 1 Februari 2010

step 3 : Buy with value..

Carik umah yg valuenya akan naik 20-30% pada masa hadapan :

Aku rasa ini le step yg paling senang korang nak ikut. Kenapa?? Sebab bagi aku semua rumah pasti akan naik 'value'nya pada masa hadapan cuma kita tak tau le berapa per cent dia boleh naik. Ada yang naik 5-10% dan ada gak yang kadangkalanya naik lebih 100% tapi apa yang pasti... ia tetap akan naik.

Tapi lately ni, banyak gak developer umah2 baru yg dah siap2 'mark up' harga rumah diorang melangkaui 'market value' kat area tu dan biasanya projek2 perumahan camni mempunyai potensi besar untuk terbengkalai. So, kalo boleh korang cuba la elakkan beli umah yg belum siap utk mengelakkan mende2 camni berlaku sebab kalo umah tu terbengkalai, 'for sure' korang dah tak berani lagi nak beli umah yg lain. Lagipun tak semestinya umah 'secondhand' tak akan naik valuenya di masa depan.

Satu lagi aku nak tekankan kat sini.. 'market value' umah yg korang nak beli ni hendaklah di'certify' oleh professional valuer bukannya setakat dengar cakap2 ejen @ seller je. Bukan apa, kengkawan aku selalu 'quote' ayat2 camni bila diorg nak beli umah yg ejen @ seller kata murah.. "Neighbour kat sebelah umah tu jual umah dia RM100K tahun lepas, so kalau u beli RM90K ni kire murah la..", padahal entah2 ejen @ seller tu sengaja kata camtu sbb nak bagi umah dia laku. Last2 bila check ngn 'valuer' time nak buat loan, memang 'value' umah tu dinilaikan @ RM90K je. Kan dah terkono..

4 ulasan:

  1. salah satu cara nak kembangkan aset ni.. saya beli tanah je dulu... hehehe

    BalasPadam
  2. salam..nak tanya sket leh?
    erm yang CCRIS tu, termasuk sekali mereka2 yang liat bayar duit kereta ke atau hanya loan perumahan? atau semua2 hutang kita, credit card,personal loan termasuk dlm CCRIS tu? tenkiu :)

    BalasPadam
  3. CCRIS tu simpan data utk semua jenis loan yg u ada tak kira le car loan ke, housing loan ke, personal loan ke, biz loan ke termasuk gak credit card.

    BalasPadam
  4. Tanpa NamaOgos 24, 2010

    abg ensem,
    valuer ni mcmana kita cari? then kene bayar ke diorang ni akalu kita nak minta dia value kan rumah?

    BalasPadam