Jumaat, 12 Februari 2010

aku tak nak jadik mcm Epol

Malam tadi aku dapat satu e-mail dari 1 of my follower, he advised me to write in English sebab dia kata topik yg aku citerkan kat blog ni bolehlah di'consider'kan sebagai 'topik berat' dan untuk membuktikan yg aku ni seorang yg knowledgeable utk bagi advise dlm bab2 investment ni..dia kata aku must write in a 'good' language. To be sincere to him, aku tak nafikan apa yg dia cakap tu betul.. cuma aku takut 'viewer' aku akan cepat bosan kalau aku pakai bahasa buku sebab aku gak bila baca buku2 investment yg guna ayat2 skema ni.. mesti cepat boring. End up, apa pun aku tak dapat dari buku tu. Bertitik tolak dari experience aku sendiri le, aku malas nak continue cara2 yg camtu sebab apa yg penting bagi aku ialah 'viewer' aku paham apa yg aku cuba sampaikan. Biarlah diorang kata aku tak profesional ke, tak 'knowlegeable' ke @ pape pun.. janji korang yg dok baca entry aku ni dpt 'tangkap' apa yg aku cuba sampaikan. Aku tak nak la jadik macam citer 'Epol' yg kawan aku dok citer kat aku semalam. Apa citer si Epol ni?? Mesti korang tak sabar nak tau kan? Ok.. dah ready sume..

Epol ni kalo korang nak tau ialah satu watak yg wujud di sekeliling kita dan nak dijadikan cerita, si Epol ni baru je 2 minggu keje dgn 'American Company' ni sebagai 'budak pejabat'. Budaknya punya le 'nerd' dan tak 'well verse' sangat bile ckp omputih (lebih kurang mcm aku gak la). Satu hari, si Epol ni nampak kelam kabut sangat kat opis, ke hulu ke hilir je keje dia mcm kucing hilang anak. Bila bebudak opis dia tanya kenapa.. korang tau apa dia jawab.. "Mak aku hilang". Bdk2 opis dia 'kamjat' @ terkejut gile la. Bile diorg tanya sejak bila.. selamba je dia jawab "dari semalam". "Ko dah buat report polis ke, Pol?" tanya salah sorang 'colleague' dia. "Aku ingat nk carik kat opis dulu" jawab si Epol ni. Bos dia yg dpt tau pasal kehilangan mak si Epol ni siap nak bagi 'emergency leave' lagi kat dia tapi ditolaknya. Carik punya carik... finally, dengan muka kembang setaman, dia bagitau kat bebudak opis dia yg dia dah jumpa mak dia. Bebudak opis dia pun 'spontan' le bertanya... "Ko jumpa kat mana Pol" dan dengan muka tak bersalah, dia kata "Aku jumpa dalam sinki kat pantry". "Itu 'mug' la Epol bukannya 'mak'" jerit budak2 opis dia.

Itu le pasal aku cuba ngelak tulis dalam English language.. takut2 bila aku kata 'mug'.. korang ingat aku citer pasal 'mak' aku plak... hahaha

5 ulasan:

  1. adoi.. mug @ mak? lawak le..
    yela, bukan xnak dlm english, tapi takut ada yg smapi x dpt mesej tu nnti..

    BalasPadam
  2. Kita tulis ada seni..
    seni manglish namanya!
    cuba buat perbandingan..
    antara baca buku teks dengan baca komik!
    mana yang ramai pengikut?
    hahaha!

    BalasPadam
  3. janji apa yg cuba disampaikan tu dapat difahami oleh orang yang baca sudahlah... kalau dah tulis ikut bahasa buku sampai tak paham pun tak guna

    BalasPadam
  4. abang hensem, dah banyak. kalau nak citer pasal property, pasal investment, berlambak dah dalam english, sekurang-kurang adalah seorang melayu yang kak nani kenal ni bercerita dalam bahasa melayu.

    suspen woh ingat mak apa yang hilang, rupanya cawan besar....haha lol.

    BalasPadam