Rabu, 14 April 2010

Kenapa harga rumah naik?

Jumaat lepas, aku berkesempatan berjumpa seorang rakan sekolah aku di Wisma Central untuk sesi 'lunch' bersama-sama. Pelbagai topik yang kami bincangkan dari kisah nostalgia 'hostel life', kisah rumahtangga, kerjaya sehinggalah ke topik-topik ilmiah khususnya yang berkaitan dengan 'investment'. Bila bercakap tentang pelaburan, dah tentulah banyak benda yang dia tanya kat aku memandangkan dia sentiasa mengikuti tulisan-tulisan aku kat blog ni. Dia yang berkelulusan dalam bidang kejuruteraan melahirkan rasa hairannya tentang harga rumah sekarang yang baginya sentiasa naik. Contoh yang diberinya ialah low cost flat yang dia beli kat Bukit Mertajam yang berharga RM45K, 5 tahun dulu yang baru-baru ini telah meningkat ke RM65K. Apa yang aku boleh bagitau dia pada masa tu ialah harga tu tak semestinya naik mendadak tetapi mungkin disebabkan oleh 'luck' dia dapat beli pada harga yang di bawah 'market value' pada masa tu. Bila dia tanya aku "kenapa perlu harga rumah naik?". Apa yang aku mampu cakap... "harga rumah sentiasa naik kerana sikap manusia yang sentiasa tamak" dan aku tak sempat nak 'explain' statement aku masa tu sebab azan jumaat dah pun berkumandang. Oleh itu, di kesempatan ini ingin aku kongsikan pendapat dan pandangan aku tentang statement yang aku bagi kat dia tempohari. Pendapat dan pandangan aku ini lebih kepada pemerhatian aku sebagai seorang pemerhati dan pelabur dan mungkin juga teori yang aku kemukakan ini silap lebih-lebih lagi dari sudut ekonomi. Apa-apa pun di bawah ini aku nak kongsikan sebab kenapa harga rumah sentiasa naik.

Aku rasa korang yang pernah bersekolah di awal 80an tentu masih ingat harga semangkuk mi sup dan air sirap pada masa itu hanya berharga 50 sen tetapi menu yang sama yang anak aku makan kat kantin sekolah diorang kini berharga hampir RM1.50. Bila wife aku tanya kenapa mahal sangat, alasan si penjual ialah sebab barang-barang dah naik harga. Macam tu jugak la dengan harga rumah, bila kos-kos seperti simen, pasir, batu-bata dan seribu satu macam material lain lagi naik harga, harga rumah pun terpaksa la dinaikkan dan itulah yang dinamakan 'kadar kenaikan inflasi', satu teori yang diguna pakai oleh pakar-pakar ekonomi tetapi bagi aku, semua kenaikan itu sebenarnya disebabkan oleh sikap manusia sendiri. Mana taknya, setiap tahun kita akan menuntut kenaikan gaji. Alasan yang biasa kita bagi.. sebab kerja makin banyak atau sales target makin tinggi. Kenapa kerja dan target bertambah? Sebab company nak untung lebih untuk menampung 1001 macam kos. Tak ke itu namanya 'tamak' dan atas sebab itulah semua kos dan bahan mentah terpaksa dinaikkan dan kitalah sebenarnya yang menaikkan harga rumah tersebut. Namun, perlu diingat yang tidak semua harga rumah akan naik mendadak sebab yang akan membezakan peratus kenaikan harga rumah lebih bergantung kepada satu lagi teori ekonomi yang dinamakan teori permintaan dan penawaran.

Apa yang dapat aku simpulkan di sini, selama mana manusia mempunyai sifat tamak di dalam mengejar kemewahan, selagi itulah harga rumah akan terus naik. Walaubagaimanapun, korang masih boleh memilih dan membeli rumah pada harga yang 'munasabah'(murah) kerana ada beberapa faktor yang akan memungkinkan harga rumah itu murah cuma korang perlu 'cerdik' untuk mengenalpasti faktor-faktor tersebut. Apakah faktor-faktor tersebut? Korang kena la teruskan membaca tulisan aku di blog ini kerana dari masa ke semasa, akan aku ceritakan apakah faktor-faktor yang aku maksudkan ini.

Nota Kaki : Ada tokoh tak aku jadi 'lecturer' subjek ekonomi??

1 ulasan:

  1. Biasalah bro, sistem kapitalis. Buatkan yang kaya makin kaya, yang miskin bertambah parah. Contoh macam kat India, negara pengamal demokrasi dan kapitalis tulen Asia.

    BalasPadam