Selasa, 27 April 2010

My PROTEGE..

Finally, umah seksyen 7 yang aku uar-uar nak beli dalam entry yang lepas telah pun bertukar tangan. Draf S&P telah pun disiapkan tetapi nama pemilik baru bukan lagi milik aku. Siapa agaknya pembeli baru yang gantikan aku tu ye??..haha tak lain tak bukan, protege aku yang terawal yang berani nak ikut jejak langkah aku. Brader Mil yang empunya nama. Bila aku bagitau je tentang umah tu, kelam kabut brader tu meninggalkan keje kat opisnya untuk view umah tu. Katanya takut orang lain cilok dulu. Selang 2-3 hari, deposit pun dah bertukar tangan. Baguih betul la protege aku yang sekor ni.. cepat bertindak.. hahaha

Bila aku kenangkan balik 4 tahun lepas, camne gabranya brader ni nak invest dlm bidang ni.. kadang-kadang tu rasa macam tak caya yang dalam diam, mamat ni telah pun memiliki 5 buah umah. Chaiyok la bro. Tak sia-sia ko nuntut dengan aku dan aku rasa la ni pun ko dah boleh handle sendiri tanpa bantuan aku. Bangga gak aku *jap..aku nak g tuko seluar jap sbb tetiba pulak bontot aku ngembang*. Teringat aku masa memula dia nak beli flat kat sect 24 dulu, kehulu kehilir dok ngekor aku, katanya takut aku kencing dia. Last-last aku nengok la ni dia dok senyum je tunggu duit masyuk tetiap bulan. Nasib baek la dia rajin belanja aku gi korok. Kira bebaloi gak la apa yang aku ajar..haha

Apa-apa pun impian aku sekarang ni bukanlah untuk menambah kekayaan tetapi lebih kepada meramaikan kengkawan aku untuk ikut jejak langkah aku. At least, bila aku pencen awai nanti..takde la aku gi ngeteh sorang-sorang sebab for sure time tu ramai protege-protege aku yang boleh temankan aku.. tak gitu beb. So, korang yang lain apa tunggu lagi? Lagipun bukan kena pakai duit pun kalau nak beli umah.. hahaha *mesti korang heran kan?*

6 ulasan:

  1. Blog yg berinfomasi ttg pelaburan hartanah.

    Sy mengikuti blog ini krn sy juga buat pelaburan di dlm bidang ini. Tapi property sy takler se byk property sdr...hehehe

    BalasPadam
  2. sekurang-kurangnya saudara Kassim Selamat berani mencuba.. tahniah

    BalasPadam
  3. Beli umah tue guna duit loan kah??

    BalasPadam
  4. Abg ensem, boleh arrange kan sy jumpa Brader Mil tu x? Nk interview, masuk majalah fofular bulan depan. Cover story lagi gitew...

    BalasPadam
  5. salam, sy aslam. x keberatan ke kalau sy nk jd protege abg ensem gak? sbb mmg minat nk melibatkn diri dlm property investment ni.

    aslam
    mohdaslam_pm@yahoo.com

    BalasPadam
  6. saya pon sedang kumpul minat n ilmu dalam property investment..

    ingin jadi protege AE. thx for sharing.

    BalasPadam