Isnin, 4 Oktober 2010

Daniel Hakim : Dokumen S&P

Sambungan dari entri minggu lepas :

"Daniel, ko kena dapatkan dokumen-dokumen ni untuk diberikan kat lawyer S&P ko supaya dia boleh prepare S&P ko tu secepat mungkin : 
  1. I/C ko dengan seller tu 
  2. Seller punya Sale & Purchase Agreement (S&P)/Grant/Proclamation of Sale (PoS) 
  3. Seller punya Loan Agreement (LA)/Deed of Assignment(DoA)/Letter Offer (LO)/R&R (aku lupa apa nama penuh dokumen ni, mungkin 'Receipt & Reassignment' kot, harap-harap kalau ada lawyer yang baca blog aku ni tolong betulkan ye)
  4. Quit Rent dan Resit Cukai Taksiran yang terkini  
"Banyaknya bang. Kenapa nak kena ada semua dokumen ni?" soal si engineer muda ni. Korang nak tau ke kenapa? Kalau nak tahu, teruskan membaca perenggan kat bawah ni :
  1. I/C penjual dan pembeli ni kena ada supaya lawyer tahu siapa pembeli dan penjual sebenar bagi rumah tu. Takut le pulak kalau orang lain yang beli dan orang lain pulak yang punya I/C. Karang tak pasal-pasal dia pulak yang kena saman.
  2. S&P/Grant/PoS ni penting sebab kat dalam tu ada cerita tentang susur galur rumah tu, bermula dari tahun bila rumah tu dibina, sape pemilik-pemilik rumah tu sampai la ke pemilik terkini.
  3. LA/DoA/LO ni pulak berguna supaya lawyer boleh dapat tahu samaada rumah ni masih ada loan lagi ke atau tak. Kalau ada, dengan bank dan cawangan mana? Tentang R&R ni pulak, dokumen ni akan bagitau yang rumah ni dah takde loan (free from financing) tapi kalau kat grant dah ada mention yang rumah ni dah takde loan, korang abaikan je la dokumen R&R ni.
  4. Quit Rent/Cukai Taksiran ni pula untuk memastikan takde apa-apa tunggakan dengan pihak berkaitan. Buatnya lepas korang beli, tiba-tiba ada pulak perintah nak sita rumah dari pihak berkuasa tempatan, tak ke naya nanti, betul tak?
Kalau ada apa-apa yang aku tertinggal, korang tolong tambahkan kat ruangan komen di bawah. Thank you.

Dalam entri berikutnya akan ada kejutan yang korang takkan jangka dan ianya bukan sahaja mengejutkan aku tetapi bakal mengecewakan korang jugak. Kalau nak tahu, macam biasa la.. terpaksa tunggu next entry.. *hampeh punye abang ensem.. hahaha*

6 ulasan:

  1. abangensem, cam mana dgn bil2 maintenance, air, indah water, TNB, Telekom......? rasa2 aku air, indah water, TNB, Telekom boleh kow tim sebab nama kat bil tu nama seller dan biasa nyer ada deposit utk perkhidmatan2 tu.... betul ker pendapat aku nie....? tapi aku tak pasti cam mana dgn bil maintenance sebab biasanyer tak de plak pejabat maintenance mintak deposit .....
    :-aLCapone-

    BalasPadam
  2. -aLCapone_ : Mende-mende tu tak yah bagi kat lawyer. Sume tu untuk semakan ko sendiri. Lawyer tak nak amik tau pun..

    BalasPadam
  3. ASLAM : Kalo ko nak join ngeteh malam esok, e-mail aku @ abangensem98@gmail.com

    BalasPadam
  4. sourplum : kat mamak HAKIM seksyen 7 (depan sekolah rendah seksyen 7) kul 9 malam. Kalo ngeteh kat NZ Garden, Jln Ampang.. maybe hari Jumaat ni.

    BalasPadam
  5. ceh abg ensem delete komen aku sbb aku dah tau apa kejutan tu..hampeh tul:-)

    BalasPadam