Selasa, 5 Oktober 2010

Daniel Hakim : Sad Ending..

Terpempan aku bilamana pagi sabtu yang lalu aku menerima BBM dari budak Daniel ni yang berbunyi "Bang, Isnin depan kalo free boleh jumpa tak? Ada benda nak discuss. Lepas keje ke" dan setelah aku bertanya lebih lanjut, apa yang ku jangka akhirnya benar-benar berlaku. No more cerita pengembaraan Daniel Hakim after this sebab katanya dia terpaksa let go rumah tu sebab duit yang sepatutnya digunakan untuk membeli rumah tu, terpaksa disimpan untuk kegunaan lain. Katanya dia dah cuba mintak seller kurangkan lagi harganya dari RM60K ke RM55K semata-mata untuk dia membeli rumah tu tanpa keluarkan duit (seperti yang aku ajar dia hari tu) tetapi usahanya sia-sia kerana si penjual masih bertegas dengan harga sekarang dan mengikut pengiraan yang aku buat, berikut adalah jumlah yang perlu dikeluarkan oleh mamat engineer ni yang dikatakan out of his budget :

Downpayment : RM1.5K (selepas harga rumah di'mark up' ke RM65K)
Legal Fees     : RM2.2K (hanya untuk lawyer S&P kerana bank akan absorb kos untuk lawyer bank)
Valuation Fee : RM500

Total estimation yang perlu beliau keluarkan adalah sebanyak kurang lebih RM4.2K dan amaun ini bagi aku sememangnya agak besar terutamanya bagi mereka yang baru setahun dua bekerja dan seperti katanya, sekiranya harga tersebut dapat diturunkan menjadi RM55K, sudah tentu keseluruhan jumlah tersebut akan dapat ditampung. Walau apa pun, sekurang-kurangnya engineer muda ni dah pun melalui satu pengalaman yang belum tentu dapat diperolehi dari mana-mana buku dan bagi korang yang ada bajet untuk take over rumah ni, apa tunggu lagi, cuba-cuba le contact tuan punya rumah ni (no dia korang boleh mintak kat engineer muda ni). Sekurang-kurangnya akan ada sambungan bagi satu lagi pengembaraan lain yang pembaca blog ni boleh ikuti.. hehe.

10 ulasan:

  1. Alamak!!! Da abish. So akan ada daniel hakim part two ke or AE akan cari protege lain?

    Pantaier

    BalasPadam
  2. xper...rejeki ade d mn2

    BalasPadam
  3. ni real life nyer kes, mmg ada kegagalan. hmm, AE kasik la pinjam skit. nnti sewa bulanan AE ambik laa utk 5 bulan

    BalasPadam
  4. teruskan perjuangan.....

    BalasPadam
  5. Kalau engineer pon susah nak menjadi, macam mana dengan orang2 bawahan lain??? kene jd penyewa selama2nyer....
    Kepada daniel hakim,jangan putus asa...
    Dalam keputusan kekadang kene buat betol2 priority.... istikharah memang boleh membantu...
    Setuju dengan cadangan matjoe, buat pinjaman tp seelok2 nye dengan famili terdekat atau pon bank.(kalau pinjam dengan abangensem, baik AE beli rumah satu lagi untuk dia... hehehe)
    Saya percaya, kalau proses pembelian rumah ni berjalan, komitmen bulanan akan ditanggung oleh penyewa dan daniel hanya menanggung hutang yang dia pinjam untuk proses pembelian(rm 4.2k, kalau ada duit sikit kene topup sikit). Andai kata bulan2 bayar hutang 300 ,setahun abis lahh.... rumah ada sebiji orang lain tolong bayar.... tetapi ini semua memerlukan pengorbanan....
    Walaubagaimana pun ini sekadar pendapat(samsul)

    BalasPadam
  6. rasanya kalau short 4ribu lebih, ada cara nak settle. saya dan kawan pernah guna teknik pinjam duit kawan, pulangkan segera lepas dpt keluarkan duit kwsp.
    tp jgnla nak pinjam sajer.. offer la siap2 masa nak pinjam tu yg kita akan bg saguhati pd dia dlm 100 ringgit ke masa pulangkan duit tu..
    kalau ikut prinsip islam, tak salah mcm ni sebab takde syubhah

    BalasPadam
  7. juz nak share...
    mybe rmh tu bkn utk dia...
    mybe ade yg lain...
    pencarian masih bleh diteruskn...(mcm nk cr bini plak)
    pe2 pun jgn putus asa...
    cayok7...MAYBE

    BalasPadam
  8. pengalaman berharga..

    BalasPadam
  9. Usaha lagi.. hehehehehhe.. aku pun sedang mengusahakan rumah kedua.. rumah pertama FREE siap dapat cash 4k

    BalasPadam
  10. kalau ambik saya jd protege boleh?ape syarat nyaaa...........

    BalasPadam