Jumaat, 8 Oktober 2010

OM : Which One First?

"Bro, ko rasa elok aku nego price dulu ke atau tengok rumah dulu" soalan pertama Brader OM kat aku dan aku jawab dengan "Kalo ko beli kereta, ko nego price dulu ke atau gi usha/test drive kereta tu dulu?"."Kalau aku, aku gi test drive dulu. Oooo.. aku paham, maknanya kalau rumah pun sama la ye? Pegi tengok dulu baru nego price?" kesimpulan yang dibuat oleh Brader OM. "Untuk beginner macam ko ni, jawapannya yes tapi kalau yang dah banyak pengalaman macam otai-otai hartanah seperti brader pie, tuanbri ataupun akak rohaniahnoor, aku rasa jawapan diorang.. mungkin" terang aku. "Tapi kalau ko bro, ko buat camne pulak?"  ada lagi rupanya soalan lanjutan dari Brader OM ni. "Ko orderkan dulu teh tarik untuk aku. Kering pulak tekak aku ni, nanti susah pulak aku nak explain kat ko nanti.. hahaha" ayat pemanis aku nak suruh orang belanja. "Hampeh ko.." - Brader OM.

Kalau korang nak tahu, aku akan buat camni bagi menjawab soalan Brader OM tu :-

Step 1 - Nego dulu price sebelum tengok rumah. Mana la tau kot-kot boleh dapat harga promosi yang diskaunnya mungkin dalam 10% atau lebih reductionnya.
Step 2 - Pergi tengok rumah dan cuba cari benda-benda yang korang rasa boleh melayakkan korang dapat further discount, seperti contoh toilet bowl pecah, tiles dapur sompek, paip jamban berkarat dan 1001 alasan lain tapi kalau semua peralatan dalam rumah tu 'in order ' mungkin korang boleh try alasan yang member aku guna dulu : 

"Awak kata hari tu existing tenant yang nak continue duduk kat situ cun macam Angelina Jolie tapi bila saya tengok tadi, takde la lawa sangat. Takat-takat level Diana Danielle je. Macam ni awak kena bagi saya diskaun lagi RM2K le sebab awak dah kencing saya, cakap tak serupa bikin". 

Amacam, korang rasa boleh pakai tak alasan member aku ni? Cuma yang aku musykilkan tu, sejak bila pulak Diana Danielle tu tak lawa?

9 ulasan:

  1. hampeh punye alasan...ahha

    BalasPadam
  2. memang sangat musyikil.kalu tak lawa macam diana danielle tu up harga lagi rm2k pon sanggup. :P

    BalasPadam
  3. alasan terbaik tu..

    BalasPadam
  4. ha tau takper.. diana danielle lagi lawa dr angelina jolie apa... huhuhu...

    BalasPadam
  5. arghhh, xde xde, jelitawan hartanah lagi lawa. ahaha

    BalasPadam
  6. hahaha...ye la tu matjoe..

    BalasPadam
  7. sedang dalam pembacaan untuk menjejaki bidang pelaburan rumah.. harapnya umo awal 30-an tidak lambat lagi yer..

    BalasPadam
  8. Bagi alasan macam tu bikin tuan rumah panas je.. Hahaha

    BalasPadam