Ahad, 3 Oktober 2010

QNA : Firdaus Hassan

Soalan : 

Dalam banyak-banyak buku yang aku baca mencadangkan supaya tempoh maksimum untuk buat loan ialah 20 tahun tapi kalau ikut saudara AE, elok dilanjutkan semaksimum mungkin. Apa komen saudara?

Jawapan : 

Sebenarnya bagi soalan sebegini, ianya lebih bergantung mengikut matlamat pelaburan masing-masing tetapi kalau korang tanya aku, aku lebih prefer untuk singkatkan tempoh pinjaman bagi rumah yang aku duduk/tinggal (mungkin 10, 15 atau 20 tahun) tapi kalau rumah tu lebih bermatlamatkan untuk menjana keuntungan aku, aku lebih suka santakkan tempoh pinjamannya semaksimum mungkin (30, 35 atau 40 tahun). Kenapa?

Kalau rumah sendiri, selepas aku pencen/malas nak kerja nanti, sekurang-kurangnya aku dah tak payah nak risau nak stay kat mana sebab rumah aku dah takde hutang dan kalau ada pun, duit EPF yang bakal aku dapat nanti, cukup untuk langsaikan hutang bankn yang sedia ada (almaklumlah rumah aku pun takde la mahal sangat sebab aku beli pun 20% below market value time tu). Kalau aku 'padam' pulak nanti, sekurang-kurangnya duit MRTA aku cukup untuk settlekan hutang yang tinggal, insyaallah.

- TETAPI -

Kalau rumah sewa dan bermatlamatkan passive income macam yang aku dok buat, apa gunanya aku singkatkan tempohnya sebab dalam tempoh 5, 10 atau 15 tahun, ada kemungkinan untuk aku refinance balik supaya aku boleh amik cash untuk digunakan bagi membeli rumah lain (samaada secara tunai atau pun melalui loan kalau masih layak) dan sewa rumah yang aku baru beli ni akan menambahkan lagi pendapatan pasif aku yang sedia ada. Ada yang kata 'tak elok berhutang banyak-banyak, nanti kalau mati teruk kena seksa'. Alamak beb, takut gak aku bila korang cakap macam tu dan atas sebab ini jugaklah pentingnya korang kena amik MRTA supaya hutang-hutang korang tu dapat diselesaikan tanpa menyusahkan anak bini atau pun aku yang kat 'dalam' tu. Walaubagaimanapun,  sekiranya duit MRTA tu tidak mencukupi, baki hutang yang masih tinggal tu nanti akan tetap terbayar melalui sewa yang akan terus dikutip oleh anak bini aku nanti (dengan syarat mereka perlu diberitahu terlebih dahulu). Wallahualam.

4 ulasan:

  1. bagi tau kat bini pasal rumah2 sewa+MRTA nie mungkin dia akan paham apa yg perlu dibuat bila kita "padam"..... tapi kalau anak2 yg belum cukup umur, kemungkinan besar diorang tak tau apa nak buat walaupun depan kita diorang nie anggung2 geleng2, konon2 paham apa yg kita ceritakan...... se-elok2 nyer tulis la wasiat..... di buat nyer kita dan bini kita padam serentak, tak ke haru biru nanti anak2 kita yg tak cukup umur nak uruskan harta2 tu.....
    :-aLCapone-

    BalasPadam
  2. memang bagus melabur dalam rumah ni, yang penting lokasi, kalau tersilap beli habis le duit hangus, tak siap-siap tapi based on the history memang rumah one of the best investment

    BalasPadam