Selasa, 5 Januari 2010

'address with value'

Dulu aku terpikir gak, kenapa la setiap umah kena ada address? Bila aku tanya kat kengkawan aku, diorg kata kalau takde address camne posmen nak hantar surat. Kalau posmen tak boleh nak hantar surat camne plak diorg nak bagi makan anak bini. Tapi bagi aku jawapan member aku ni tak boleh pakai sangat walaupun logik.

La ni.. selepas jenuh aku memerah otak, baru le aku dpt jawapannya walaupun belum tentu betul ke tidak, tapi aku rasa jawapan aku ni lagi munasabah daripada jawapan yg kengkawan aku bagi kat atas tu. Korang nak tau kenapa? Agaknya la, kalau umah takde address, camne agaknya pasaran hartanah nak berkembang? Camne la valuer nak dapatkan value utk umah yg nk diurus niagakan kalau umah tu takde address.

Tak ke penting fungsi address ni kalau korang nak start invest dlm pasaran hartanah. Korang tentu boleh bezakan address mana yg lebih menguntungkan kalau korang diberi pilihan utk memilih antara address di Bangsar atau pun di Bukit Beruntung. Itu belum masuk bab nombor rumah, nama jalan atau tkt berapa umah yg nk dibeli.
So, selain memilih 'location' yg sesuai, pastikan address yg korang pilih tu elok 'feng shui'nya kerana ianya akan menaikkan nilai kediaman @ kadar sewa korang di kemudian hari.

Tips : "Pastikan alamat kediaman yang dibeli mempunyai nilai2 yang akan menguntungkan anda"

2 ulasan:

  1. ni benda baru ni
    take note~

    BalasPadam
  2. camne nak tau address tu ada good fengshui?

    BalasPadam