Sabtu, 16 Januari 2010

aku boleh bayar la...

Aku ingat member aku ni paham le lepas aku explain pasal cashflow dia yg bank kata tight tu... tapi rupa2nya dia masih lagi nak menegakkan benang dia yg dah basah tu.. "Aku boleh bayar la... kalau tak, takkan aku berani beli umah tu.." pekik dia dgn perasaan geram. Aku cuma boleh tersenyum sambil dlm hati aku berkata "Mamat ni tak paham rasanya apa yg bank nak tengok".

Apa yg bank akan tengok bila korang submit loan? Yg paling utama ialah samaada korang mampu atau tak nak 'service' instalment korang tu. Itu pandangan golongan 'layman' mcm kita ni tapi dari perspektif bank, ada 5 perkara yg akan dinilai oleh mereka iaitu :
  1. Character - samaada korang ni jenis yg berdisiplin atau tak bila nak membayar nanti. Ada jugak org yg berduit tapi cukup malas nak bayar hutang.
  2. Capacity - keupayaan korang utk servis instalment loan tu berdasarkan 'report card' yg sedia ada.
  3. Collateral - bentuk cagaran yg korang akan bagi kat bank samaada dlm bentuk aset (umah) atau pun instrumen lain spt 'fixed deposit'.
  4. Capital - modal/sumber kewangan yg korang ada utk servis instalment loan korang tak kira la samaada dari gaji ke, duit simpanan ke atau lain2 sumber.
  5. Condition - syarat2 lain yg boleh menguntungkan pihak bank spt 'additional guarantor' utk loan korang tu.

Aku yakin semua bank akan menilai setiap permohonan berdasarkan kepada konsep 5C yg ada kat atas tu dan kalau korang dpt mempersiapkan 'point2' korang berlandaskan kelima-lima konsep tu, aku rasa tak mustahil utk pihak bank meluluskan pinjaman korang tu tanpa 'banyak bunyi'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan