Ahad, 10 Januari 2010

"report card"??


"Aku ingatkan budak sekolah je ada report card, rupa2nya org dewasa pun ada report card jugak. Camne rupa record card tu, bro?" soal kawan aku masa aku lepak kat mamak ngan dia semalam. "Kalo ko nak tau, ko kena le baca next post aku. Nanti aku tunjukkan rupa report card tu sekali." jawab aku.

Actually, setiap org yg penah amik loan secara automatik akan ada report card dia tu sendiri dan yg akan maintain atau bagi gred kat report card tu tak lain tak bukan bank2 yg ada kat Malaysia ni. Report card yg aku maksudkan ni dinamakan "CCRIS" singkatan drpd "Central Credit Reference Information System".

Maklumat apa yg ada kat CCRIS tu? Kalau korang nak tau kt dlm CCRIS report tu, semua maklumat tentang liabiliti @ loan yg korang ada kt bank2 di Malaysia ni akan terpampang tak kira la loan kete ke, loan umah ke, hutang kredit kad ke atau pun personal loan. Bukan setakat tu je, pihak bank juga akan tahu dah berapa banyak total loan yg korang dah amik dan berapa banyak lagi baki yg tinggal... dan benda yg paling penting yg pihak bank nk tau dari report ni samaada korang ni jenis 'prompt paymaster' atau pun yang selalu 'tuang' @ jenis liat nk bayar hutang.

So, bagi korang yg bercadang nak start invest dlm bidang ni, korang kena make sure yg setiap loan korang yg dah sedia ada ni takde masaalah dan kalau ada masaalah pun, cepat2lah di'regularise' @ di'update'kan, takut loan umah korang nanti tak lepas sbb dah di'blacklisted' oleh pihak bank. Walaubagaimanapun, kalo korang nak beli umah secara 'cash', tak payah la nak amik kisah tentang report card ni.

Tips : " Pastikan rekod CCRIS anda 'bersih' untuk memudahkan pihak bank memberikan anda pinjaman (not applicable for cash buyer)"

Tiada ulasan:

Catat Komen