Aku ingat ramai le yang suka bila aku dok merepek kat sini tapi ada jugak golongan 'makcik-makcik skema' yang iri hati dengan cara penyampaian aku nih. Contohnya, pagi semalam, masa aku tengah 'tekun' buat kerja kat opis, tetiba Makcik Jijah (opismet aku, bukan nama sebenar) datang kat partition aku sambil melalak.. "Akak tak berapa suka le cara ko bercerita kat dalam blog ko. Dah la banyak merapu dan meraban tak tentu hala, dah tu dok perasan yang ko je la yang paling ensem kat dunia ni. Akak rasa orang yang baca tu pun dah dok menyampah macam akak. Kata nak story pasal property investment tapi yang akak nampak macam 'orang gila' punya blog je. Tak nampak pun macam orang yang tau pasal investment. Akak rasa elok le ko berenti dari mengarut tak tentu pasal. Kalo nak kongsi ilmu, buat la dengan cara yang 'PROFESIONAL' sikit, baru le orang percaya".. antara bunyi 'nyanyian' yang dipersembahkan oleh Makcik Jijah ni. Aku yang terkedu dengan statement 'panas' makcik sorang ni hanya mampu tersenyum kambing sambil dalam hati aku berbisik.. "Makcik ni datang bulan kot pagi ni tapi bila aku pikir balik.. takkan orang menopause macam makcik ni masih nak datang bulan?? Musykil musykil aku". End up, aku cuma buat bodoh je, tak melawan langsung apa yang dia 'sound' kat aku tu. Lagipun mak aku selalu kata "Jangan melawan cakap orang tua. Tak baik.." dan sebagai anak mak yang soleh, aku sentiasa patuh dengan apa yang dia selalu cakap kat aku.
TAPI kalau dah berdarah panglima tu, diam tak bererti aku kalah sebab kalau aku 'menjawab' time tu cuma bebudak opis je yang nampak tapi kalau aku jawab kat sini, ramai orang boleh baca dan mungkin ada yang boleh bagi pendapat masing-masing. Mana la tau kot-kot ramai yang menyokong cara penyampaian aku nih dan boleh la aku belasah makcik menopause yang sorang ni.. wakakaka. So, aku nak mintak tolong sangat-sangat la dari korang untuk bagi feedback tentang cara penyampaian aku kat blog ni samaada O.K ke tak? Mana la tau kot-kot selama ni aku hanya syok sendiri je.. huhu. Tapi percaya la apa yang aku dok tulis kat dalam ni, tak lain tak bukan sekadar nak berkongsi ilmu 'property' aku dengan korang semua cuma mungkin caranya je yang aku cuba bezakan. Bukan apa, kalau aku buat entry-entry skema macam investor lain buat, aku takut orang malas nak baca sebab bagi aku tajuk berkaitan 'INVESTMENT' ni selalunya berat dan mostly orang melayu kita ni tak berapa minat sangat nak baca benda-benda yang berat ni. Betul tak? (Right me if I'm wrong). Atas sebab itu la aku cuba 'santai'kan cara penyampaian aku dengan memasukkan unsur-unsur humor, mengarut, bangga diri, pompuan cantik sebagai daya penarik untuk orang masuk dan baca. Alhamdulillah, berdasarkan rating nuffnang yang aku dok tengok selalu, cara penyampaian 'santai' aku ni dapat le diterima ramai. Sejak aku ubah cara aku bercerita, aku tengok makin hari makin bertambah jumlah pengunjung yang masuk dan baca entry aku ni. Kalau dulu, nak dapat 10 visitor sehari pun macam susah je tapi alhamdulillah sekarang ni ada la 'lebih sikit' visitor yang masuk dan baca. Walaupun kekadang tu tajuknya macam lucah/merepek, tapi itu cuma strategi aku untuk tarik diorang ke sini, sebab bila diorang masuk dan baca, sedikit sebanyak ilmu yang aku cuba sampaikan diorang akan dapat dan faham. Sebagai contoh la, tajuk 'income sambil mengangkang' yang aku buat hanyalah untuk menyampaikan konsep passive income dan aku rasa kalau la aku gunakan tajuk seperti 'Apakah yang dimaksudkan dengan Passive Income', aku rasa takde la sampai hampir 600 orang nak baca entry aku tu. Betul tak? Anyway, aku nak ucapkan time kasih le pada korang-korang yang masih sudi menjenguk blog aku ni. Harap-harap korang akan mendapat manafaat dari apa yang aku cuba sampaikan, Insyaallah.
Mungkin melalui komen-komen yang korang akan tuliskan kat bawah ni (kalau ada), aku akan cuba memperbaiki blog aku ni dari masa ke semasa. Harapan aku moga makin ramai la orang kita yang mampu memperbaiki tahap ekonomi bangsa kita sebab aku dah tak tahan tengok ekonomi negara kita ni terlalu bergantung pada bangsa lain. Moga-moga harapan aku ni akan menjadi kenyataan satu hari nanti. Amin.