Isnin, 25 Januari 2010

gigil gua beb... (tribute to NEW MEDIA CONSULTING S/B)

Awai pagi ni aku dah gerak ke Cheras utk menghadiri "Kursus Blogging Untuk Wanita Yang Ingin Bekerja Dari Rumah" yang dianjurkan oleh mentorku, Khir Ariffin & Suzita Kadir. Walaupun aku ni bukan dari kategori wanita tetapi bak kata mentor aku tu.. "disebabkan minat ko terhadap wanita, ko layak utk attend course ni... hahaha" Tenkiu bro sebab memahami.

Banyak gak yg dapat aku pelajari selok belok tentang teknik penulisan blog dan aku rasa duit RM20 yg aku laburkan kali ni amat2 berbaloi dibandingkan dgn ilmu yg aku dpt kat sini. Yes..meminjam kata mentor aku tadi.. "KNOWLEDGE IS POWER", memang aku akui keberkesanannya. Korang bayangkan dari sorang yg 'buta' dan takut pada IT, la ni minat tu timbul sikit demi sikit tapi yg agak 'menyegankan' aku dlm kursus ni ialah... 17 kali presenternye dok mention blog 'abang ensem' bagi setiap contoh yg dikemukakan dan tahap segan itu makin bertambah bila di penghujung kursus tu, beliau menjemput aku utk 'share' dgn audience topik perbincangan yg aku utarakan dlm blog aku.

Cuba korang bayangkan... punya la menggigilnye aku bile lebih 15 org aweqs dok usha aku yg berdiri ngadap diorg. "Kurang asam punye Khir" getus hatiku. Bukannya aku tak biasa aweq dok 'usha' aku tapi kali ni ramai sgt.. hahaha. So, walaupun post aku kali ni takde kaitan dgn topik property investment yg aku selalu bincangkan tapi ianya menyedarkan aku bahawa rupanya ada gak 'crowd' yg kat luar sana berminat dgn topik yg aku fokuskan kt dlm blog ini berdasarkan feedback yg aku terima selepas tamat kursus tadi. "Insyaallah, aku akan terus berkongsi 'tips & thoughts' aku dgn korang sume semoga kita akan sama2 mendapat manafaatnya.."

3 ulasan:

  1. tengok muka steady je tadi... takkan gigil kot?? ahaks... anwyay... hope we can share thoughts n knowledge in each other field of expertise.. ;-)

    BalasPadam
  2. WISH TO BE THERE TO TEACH WHAT THE BLOGGER'S WORLD IS ABOUT~!
    MISS 7FIGURE~!

    ~EX STAFF, 7FIGURE~;)
    MISS_NUR~ HEHE

    BalasPadam
  3. HAhahaha.... aku bab pedajal member nie no satu....

    Aik! ex-staff aku pun follow blog ko jugak.... bagus... bagus...

    BalasPadam