Sabtu, 25 September 2010

QNA : Soalan saudara Azrin Abdul Rahman

Memandangkan every weekend visitor aku biasanya tak sebanyak hari kerja, maka aku ingat nak khaskan entri hujung minggu aku ni hanya untuk sesi soal jawab dari pembaca aku. Lagipun akhir-akhir ini banyak juga soalan-soalan yang perlu aku jawab. Ada yang mudah untuk diterangkan dan tak kurang juga yang memerlukan aku untuk buat rujukan samada dengan lawyer, banker dan pihak-pihak yang berkaitan dengan soalan diorang.

Untuk minggu ini aku nak memetik soalan yang dikemukakan oleh saudara Azrin yang bertanyakan perihal berikut :

Saudara Azrin ni telah pun membeli rumah yang masih dalam proses pindahmilik nama manakala penjual rumah tersebut masih lagi mendiami rumah tersebut kerana rumah yang mereka (penjual) beli masih dalam pembinaan. Pihak bank beliau (Azrin) telah pun melunaskan pinjaman si penjual dan sedang menunggu urusan pindahmilik selesai. Beliau ingin tahu samaada bolehkah beliau menuntut sewa dari si penjual rumah tersebut sekiranya si penjual masih lagi mendiami rumah tersebut (disebabkan rumah barunya masih belum siap) dan bagaimanakah caranya untuk beliau mengusir si penjual rumah itu sekiranya si penjual berkeras untuk terus tinggal tanpa membayar sewa.

Bagi soalan pertama, aku rasa memang patut beliau mengutip sewa selepas segala urusan pindahmilik itu selesai kerana pada masa itu, beliau adalah pemilik rumah yang sah tetapi bagi soalan keduanya pula, aku tak dapat memberi jawapan yang pasti sebagaimana soalan yang pertama kerana ianya melibatkan skil dan kemahiran 'menghalau'. Mungkin saudara Azrin boleh menggunakan cara salah seorang pembaca aku ni (aku lupa namanya) yang mengatakan 'potong saja bekalan air dan elektrik ke rumah tersebut, habis cerita'. Namun, aku tak berapa sokong sangat kerana implikasi yang bakal saudara hadapi mungkin agak buruk, sebagai contoh mungkin kerana sakit hati dengan tindakan saudara, si penjual akan merosakkan perkakasan dalam rumah tersebut dan saudara terpaksa mengeluarkan duit lebih untuk membaikinya nanti. Walau apa pun, bagi aku jalan yang terbaik adalah dengan berbincang secara baik dengan si penjual. Mungkin bahasa yang lembut mampu melunturkan sifat 'tidak mahu' si penjual. Apa pun, tips percuma dari aku bila saudara akan berbincang dengan si penjual atau sesiapa saja, perbanyakkan membaca surah 'Alam Nashrah', moga-moga perbincangan saudara itu nanti akan berjalan lancar seperti mana yang saudara kehendaki, insyaallah.

P/S : Bagi yang mengikuti pengembaraan Daniel Hakim, nantikan entri seterusnya pada hari Isnin nanti, manakala bagi sesiapa yang ingin memberi pandangan terhadap masalah saudara Azrin ni, dipersilakan meninggalkan komen di ruangan bawah.

6 ulasan:

  1. nak tambah saja tak berkait pun dengan rumah. surah 'Alam Nashrah' sangat mujarab dibaca masa kita sakit. dia boleh dianggap macam ubat bius la. ini pesanan Dr. bukan sendiri saja-saja nak baca. tapi memang ayat Quran adalah ubat segala penyakit kan

    BalasPadam
  2. Salam,

    Silent reader sblm nih. Bolehker kita ambil sewa sblm hakmilik selesai? Setahu saya tak boleh dan pemilik asal masih ada kepentingan..

    BalasPadam
  3. nice info & pndgn bro..teruskn...~:-)

    BalasPadam
  4. johnbaem.. sy penah amik sewa sebelum pndah milik selesai.
    tapi kes sy rumah lelong
    beli rumah kosong

    BalasPadam
  5. john baem & sourplum : kalo ikut buku, mmg tak boleh collect sewa selagi semua urusan pindahmilik belum selesai..

    BalasPadam
  6. Saya ada kes pasal nih. Saya banker CIMB sblm nih.

    Kawan saya buat loan rumah, dia beli dari owner rumah tuh sendiri dan sampai masa semua urusan selesai.

    Owner tuh decide utk bagi sewa (dia still nk menyewa) hanya lepas 1st payment drpd bank release. Even lawyer sy pun advise same condition so maybe high risk klu beli dgn owner sendiri kan bro.. :)

    BalasPadam