Isnin, 6 September 2010

Terer Jugak Aku Baca Paper Omputih

Hari Rabu lepas masa aku dok nyelak paper 'the Sun' yang aku dapat free kat stesyen LRT KLCC, tetiba tersembul mata aku bila tengok tajuk salah satu artikelnya. Artikel yang bertitlekan 'POSSIBLE DOWNGRADE' betul-betul meremangkan bulu roma aku sebagai seorang property investor. Walaupun aku ni tak berapa terer baca omputih tapi aku gagahkan jugak memahaminya. Nasib baik ada Oxford Dictionary menemani aku di dalam menterjemahkan bait-bait maksud tulisan si penulis. Korang tau apa yang aku faham dari artikel tu??

Kenanga Research Co. bagitau yang Bank Negara Malaysia bercadang untuk menurunkan Loan-to-Value Ratio (LVR) bagi pinjaman perumahan. Aku tau korang takkan faham apa itu LVR tu tapi sebab nak bagi korang senang nak faham, LVR tu maknanya margin bagi loan rumah yang bank tawarkan. Kalau ikut kata Kenanga Research Co. tu, penurunan LVR tu most probably untuk rumah yang berharga RM500K ke atas je dan jumlah margin yang dibenarkan hanyalah sebanyak 80% sahaja. Ini bermakna kalau rumah tu harganya RM500K korang cuma dapat loan dalam RM400K je dan selebihnya pandai-pandailah korang carik. RM100K untuk downpaymentnya, mana nak cekau duit banyak tu bagi orang yang makan gaji macam aku ni.. huhu. Nasib baik cuma untuk rumah yang above RM500K je, kalau untuk semua rumah tak ke mati kita nak mencarik downpayment tu. Apa pun sebenarnya aku menyokong penuh langkah Bank Negara tu cuma aku tak berapa setuju dengan 1-2 bendanya. Kalau korang nak tau kenapa aku menyokongnya, korang tunggulah entri berikutnya sebab kalau aku nak cerita semuanya dalam entri ni, mau panjang berjela jadiknya.. Apa-apa pun jangan lupa klik iklan nuffnang yang ada kat blog aku ni.. hehe.

5 ulasan:

  1. Tu la pasal ... saya pun mushkil la .. kenapa dibuat macam tu. Susah la nak beli rumah cenggini lagi2 bumi. Non bumi macam chinese sah2 dah boleh buat duit punya ...

    BalasPadam
  2. hampeh betullah.. cenggini bila le aku dapat nak duduk rumah besar sikit nanti..hurmmm..

    BalasPadam
  3. kalau ikut kata hati mmg nak umah besau, tapi bila ukur baju kat badan sendiri, mmg tak mampu...jadi ikut kemampuan lah...ingat, umah tu liabiliti bila kita duduk sendiri...

    BalasPadam
  4. hari ni pun kat surat kabar ada citer kata NGO2 dan persatuan2 yg berkenaan membantah rancangan kerajaan nie.... tapi bagi aku apa yg kerajaan nak buat nie tentu ada sebab2 tertentu.... lagi pun rancangan nie utk rumah lebih RM500k jer....
    :-aLCapone-

    BalasPadam
  5. salam. encem,boleh share link untuk article tu? atau dah takde?

    BalasPadam