Selasa, 14 September 2010

Kalaulah Aku Yang Beli Flat Tu..

Korang dah baca ke citer kat suratkhabar pagi ni yang bagitau sebuah flat kat Monte Carlo telah dibeli oleh Pak Syeikh dari Arab pada harga 240 juta euro (RM953.40 juta). Kalau belum, mungkin korang boleh klik link ni untuk baca.

Aku rasa ramai yang akan kata membazir duit je beli flat sampai mahal camtu tapi mungkin jugak Pak Syeikh ni dah tak tau nak buat apa dengan duit dia, pasal tu la dia  sanggup beli pada harga yang sebegitu mahal. Nak bersedekah mungkin dah banyak yang dia sedekahkan sampaikan dah takde fakir miskin kat tempat dia untuk dia infaqkan hartanya. 

Korang jangan terkejut pulak dengan apa yang aku cakapkan kat atas tu sebab aku pernah tengok kengkawan aku yang 'kaya gila' yang duit diorang ni tak pernah luak-luak (habis). Mula-mula dulu pun aku musykil gak tapi lepas aku berguru dengan diorang  ni baru le aku tau sebenarnya duit yang diorang beli kete Porsche, Merck atau pun Beemer diorang tu sebenarnya bukan duit diorang pun sebaliknya dari duit dividen dan profit sharing yang diorang dah invest. Bukannya macam kita, duit gaji dan komisyen yang kita dapat tiap bulanlah yang kita dok gunakan untuk membeli barang-barang 'mewah' ni. Itu pun tak cukup mewah sebenarnya kalau dibandingkan dengan mereka-mereka yang jauh lebih kaya. Apa yang aku nak tekankan kat sini, korang invest la dulu duit simpanan korang tu supaya dividen atau profitnya boleh korang gunakan untuk beli barang-barang mewah yang lain.

Kat sini aku nak ceritakan satu kisah tentang kawan aku sewaktu dia dapat duit  hasil jualan tanahnya kat Prang Besar (sekarang dikenali sebagai Putrajaya). Banyak tu takde la tapi berjuta jugak jumlahnya. Mamat ni yang dulunya hanyalah seorang despatch pejabat lawyer terkejut beruk bila mana duit profit sharing yang dia dapat dari simpanan FDnya sebulan (tempat simpanan hasil jualan tanahnya) hampir sama dengan gajinya selama setahun. Alhamdulillah dia masih beringat dan meneruskan kehidupan sederhananya walaupun tidak lagi bekerja sebagai mat despatch. Kalau korang nak tau, dengan duit profit FD itulah digunakan untuk membayar instalment sebuah kereta yang lebih besar bagi menggantikan kereta Satrianya dan juga sebuah rumah 2-storey bagi menggantikan flat yang didiaminya. Sedangkan duit pokoknya (principal) masih lagi tak terusik kat dalam FD tu. Mungkin korang akan kata "kalau dapat kat aku, sure aku akan laburkan kat tempat yang boleh buat lebih banyak duit" tapi dah jenisnya orang yang sederhana, korang tau tak apa yang dia cakap kat aku? "Meor, duit banyak mana pun takkan cukup" dan sampai sekarang aku pegang kata-kata dia tu sebagai peringatan buat diriku.  

3 ulasan:

  1. entry terbaik dari abangensem,pnuh dgn kata2 nasihat.. truskan.. sbb kdg2 ramai org lupa bahawasannya harta yg ia miliki bukan milik kita...-aslam

    BalasPadam
  2. Satu peringatan jangan hanya memikirkan tentang duit sahaja. Duit hanya untuk hidup sempurna sahaja.

    BalasPadam
  3. memang "duit banyak mana pun takkan cukup"..... yg penting kongsikan la rezeki yg ada dgn bijaksana bersama org2 tersayang.... dan kalau ada rezeki lebihh, boleh la bagi duit raya lebih sket tahun nie.....
    :-aLCapone-

    BalasPadam