Selasa, 22 Disember 2009

turning point...

"Ku sangka panas hingga ke ptg, rupa2nya hujan di tengahari".. aku ingatkan aku le manusia paling bertuah bile dpt beli apartment dgn harga yg murah.. tup tup selepas 2 tahun, projek apartment tu terbengkalai. Nyesal... geram... marah... semuanya bercampur baur. "Nape la aku tak pikir dulu sebelum beli".. time tu plak rasa mcm tak berbaloi je aku bayar downpayment, legal fees malah interest bln2 kat bank tapi nak buat camne 'nasi dah jadi bubur'. Bayangkan tiap kali aku g 'site visit' kt tapak projek, view yg aku dpt tgk sama mcm gambar kt sebelah.. tak ke sakit hati namanya..

Tapi rupa2nya.. di sebalik musibah yg menimpa aku, ada hikmah di sebaliknya dan ianya menjadi 'turning point' utk aku lebih mendalami selok belok pelaburan hartanah. Time tu pantang jumpa buku berkaitan property investment, semua aku beli. Kalau ada seminar atau kursus pasal real estate investment, semua aku pergi. Kekadang tu 'fees' yg terpaksa aku bayar tu rasa mcm tak munasabah je (masa tu la).. bayangkan RM800 utk kursus 1 hari, tapi bila aku recall balik apa yg Azizi Ali cakap masa aku attend course beliau.. " satu hari nanti awak akan rasa yang duit yang awak bayar ni berbaloi dgn apa yg awak akan dapat", aku rasa ada kebenarannya..
Tips : "Fikir sedalam-dalamnya sebelum membuat sesuatu keputusan"

1 ulasan: