Isnin, 27 September 2010

Daniel Hakim : Current Market Value

Lokasi dah pun dipilih. La ni masa nak tengok berapa tinggi market value untuk flat kat Shah Alam tu. Bila ditanya pada engineer muda ni samaada dia dah check atau belum dengan pihak bank, jawapannya "Dah check dah bang. Pegawai kat sales counter tu kata valuenya dalam RM55K - RM60K. Dia kata kalau unit kat ground floor boleh la cecah RM70K". "Aik.. sikitnya, setahu saya kat area tu busuk-busuk pun boleh pergi sampai RM65K. Ko pergi ke branch dia ke, Daniel?" soal aku. "Ye la bang. Sebelum jumpa abang, saya dah gi jumpa pegawai kat bank yang bawah office saya tu. Satu lagi dia kata, kat bank dia kalau rumah yang kurang dari 600sqft tak boleh buat loan. Ada ke syarat camtu bang?" tanya si Daniel dengan muka 'nerd'nya. "Alamak.. mamat ni dah kena main la.. haha" fikir aku dalam hati. "Takpe, awak bagi alamat rumah tu nanti saya checkkan valuenya dengan bank yang sama" cadang aku kepada mamat muda ni. "Ok bang" sambil menghulurkan alamat flat kat Shah Alam tu.

Petang tu jugak aku dah dapat tahu value untuk flat tu. Korang nak tahu berapa valuenya? RM65K untuk standard unit. Ini bermakna engineer muda ni dah boleh save RM5K daripada downpayment yang sepatutnya dia kena bayar pada seller (jika dia mark-upkan S&Pnya dengan persetujuan seller). Banyak tu beb, instead of RM6K (10% downpayment) yang sepatutnya dia kena bayar kat seller, sekarang dia cuma kena bayar RM1.5K je. Tak ke untung namanya.

Mesti korang tertanya-tanya, macamana aku boleh dapat market value yang lebih tinggi dari si Daniel walaupun aku check dengan bank yang sama. Nak tahu caranya? Nantikan tips tersebut pada entri yang akan datang *suspen*..

4 ulasan:

  1. Saya minat utk kongsi cara utk cuba dpt market value yg lebih baik.

    1) Basic reno - tiles, kitchen cabinet, plaster ceiling (Boleh pakai)
    2) Extension - Ini byk bantu utk markup price.
    3) Site visit - Biasa ini klu kita promise valuer tuh kita mmg nk buat formal valuation.
    4) Network - Bleh mention yg valuer lain bg price lagi gempak.
    5) Klu bleh suruh valuer tuh check latest transaction dlm database dia utk kawasan tuh. Bukan spesifik area tuh.

    Harap membantu..

    BalasPadam
  2. hm.. bayar 1.5K downpayment tu kalau seller setuju kan..
    biasanya saya jumpa seller nak 10% gak...
    so macamana abang ensem pujuk seller utk terima 1.5K je?

    BalasPadam
  3. ha ah kan..camner tu? ada ayt baekk punya?

    BalasPadam
  4. aku pun pernah kena ngn bank yang tak terima loan untuk rumah <650sq.ft...betul ker bendaa nie A.E?atau bank nie malas nak layan loan kecik2 nie....

    BalasPadam