Rabu, 22 September 2010

Daniel Hakim : Pengembaraan Bermula

Protege baru aku ni (siapa lagi kalau bukan si Daniel Hakim) nampaknya dah nekad nak mula melabur dalam pasaran hartanah dan telah meminta aku untuk guide dia untuk pembelian rumah pertama dia nanti. Memandangkan dia bersungguh-sungguh untuk mengikut jejak aku, aku dengan rela hati bersetuju untuk mementorkan diri aku bagi memudahkan beliau mengejar cita-citanya. To be fair & square, akan aku rakamkan setiap inci pengembaraan beliau di dalam blog ini untuk korang jadikan panduan sebab aku tak mampu untuk membimbing seorang demi seorang untuk membeli rumah korang. So, jadikanlah kisah pengembaraan engineer muda ini sebagai contoh case study korang, ok?

Sepertimana aku, anak muda ini pun mahu memulakan langkah dengan melabur dalam pasaran hartanah berisiko rendah (low & medium cost). Memandangkan tak banyak lokasi yang menempatkan jenis hartanah sebegini, maka 2 tempat menjadi pilihan beliau iaitu Wangsa Maju dan Shah Alam. Tatkala beliau bertanya kepadaku "antara 2 kawasan tu, yang mana paling bagus untuk saya mulakan?" dan aku hanya mampu menjawab "awak survey dulu market price kat 2 kawasan ni dulu sebelum awak decide. Dapatkan alamat rumah-rumah yang nak dijual, check dengan valuer dan kemudian baru awak bagitau saya" jawab aku dengan wajah penuh yakin ala-Sylvester Stallone ketika bertarung menentang Dolph Lundgren dalam cerita Expendables.

Apa yang berlaku selanjutnya? Kawasan mana yang menjadi pilihan Daniel Hakim? Teruskan mengikuti entri berikutnya..

Tips n Thots : "survey market price & check dengan valuer sebelum decide kawasan yang hendak dipilih"

11 ulasan:

  1. terbaik la daniel hakim,untung ko ada org nk guide lebih2 lg abngensem.. aku ni pun bru nk berjinak-jinak dlm pelaburan hartanah. tggu loan disburse utk rumah pertaman =) -aslam

    BalasPadam
  2. mcm norman hakim jer. hANG KEne ingatkan dia, bila jadi artis jgn lupa sembahyang

    BalasPadam
  3. tahniah...selamat mengorak langkah Denial

    Teringat dulu masa aku start beli rumah pertama untuk duduk tahun 2004...2 story house,time nak beli tu cuak semacam,time tu baru usia aku 24tahun..kira budget dgn isteri siang malam..siap sampai ke pampers anak pun kira..tapi nekad jer beli,sbb rumah makin hari makin mahal...

    lepas tu jumpa search blog2 pasal property invesment nie...belajo sorang2 cara nak beli rumah auction&trick2 dalam property investment...alhamdulillah,dengan bantuan penulisan blog2 pasal property invesment spt AE, Pie2020,tuan bri, fara, faris etc aku dah berjaya menambah koleksi rumah 4biji lagi...3 medium cost+1semi D(untuk sattle down)...nak kejar AE sampai 12bijik tu next matlamat aku...

    E book AE tu kebanyakan telah saya lalui, cuma tang yang refinance jer lum pernah praktikkan...maybe lepas nie lah...

    anyway, thanks AE dan mentor2 auction yang lain( pie2020,bri,faris..) sbb penulisan anda membangkitkan minat anak2 muda untuk melabur dalam property ini...-anip-

    BalasPadam
  4. ko kira power la anip sbb 24 da beli rumah.. aku 25 ni bru nak ada sebijik..huhuuu -aslam

    BalasPadam
  5. tahniah kepada mentor dan protoge...
    semoga kisah idup both of u dpt dijadikan sumber inspirasi dan panduan utk yg lain...
    kire mcm crite "abang ensem the property investor part-2"...kohkohkoh...

    BalasPadam
  6. Salam bro ensem,
    aku sebenarnya baru je terjebak dlm membaca blog bro nie..sebenarnya baru semalam aku stat baca..smpi saat ni aku dh baca abih entry walaupun ada yg aku x paham..anyway tahniah sebab dh smpi tahap berjaya la..aku pun kalu boleh nk jadi mcm bro jugakla..harap dpt jadi sahabat bro..and minta halalkan la kalu ada tips yg berguna tu aku pakai tanpa bagitau...kita kira saham akhirat bro la tu..

    BalasPadam
  7. tahniah kepada AE kerana share pengalaman2 yg menarik di sini

    BalasPadam
  8. Okeh, sy ikut.. bukan nak join, cuma nak ikuti pengembaraan DH n AE. -shoot-

    BalasPadam
  9. tq surp...la nie aku tengah nak execute plan for prop no.6...kalau berjaya, boleh capai 50% pencapaian AE ni..-anip-

    BalasPadam
  10. saya pasti mengikuti pengembaraan protege AE. Saya pon masih muda n masih mendalami ilmu.

    BalasPadam