Rabu, 29 September 2010

Daniel Hakim : Trick No. 2

Beb, biasanya kalau korang tanya kat banker tentang market value, apa ayat yang biasa korang guna pakai? Aku rasa mesti ayat standard aku masa mula-mula beli rumah dulu  iaitu "Berapa market value untuk flat yang saya nak beli ni ye?" dan jawapan yang terkeluar dari mulut pegawai bank tu mesti mengecewakan aku "Kejap ye saya call valuer. Ooo flat encik ni valuenya dalam RM60K je la" berbanding dengan ayat aku kini..

"FLAT YANG SAYA BELI NI VALUENYA BOLEH DAPAT TAK DALAM RM68K?" dan jawapan si pegawai bank biasanya berbunyi "VALUER KATA PALING TINGGI PUN TRANSACTIONNYA HANYALAH DALAM RM65K JE" dan korang mesti hairankan macamana flat yang sama mempunyai nilai yang berbeza dan setelah aku tunggang terbalik memikirkan rasionalnya, maka kesimpulan yang aku dapat adalah seperti berikut :

Bila pegawai bank tu tanya soalan mengikut bentuk soalan pertama yang kita tanya tu, maka si valuer akan bagi average value untuk harga rumah di kawasan tu tetapi bila bentuk soalan kedua diajukan, si valuer akan melihat kepada harga tertinggi yang boleh dijadikan benchmark di kawasan itu. 

Walaupun dalam hati korang akan kata "kencing la mamat ni" tapi hakikatnya, inilah yang aku selalu lakukan selama ini dan aku tak rasa semua ni satu kebetulan. Jadi terpulanglah pada korang untuk menilainya. Wallahualam. 

4 ulasan:

  1. Korang tak nak duit ke? Beratus orang dah beli ebook aku tapi takkan baru 8 orang je yang join contest aku. Senang je, korang e-mail kat aku dan komen apa benefit yang korang dapat dari ebook aku tu. Senang kan? Cepat, tarikh tutup pada 30hb ni..

    BalasPadam
  2. Parang : Ko dah termasuk dalam senarai 8 orang tu..

    BalasPadam
  3. abangensem sambung la citer smalam "Kenapa sales officer yang melayu?".....
    :-aLCapone-

    BalasPadam