Memaparkan catatan dengan label santai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label santai. Papar semua catatan

Selasa, 21 September 2010

Daniel Hakim = Abang Ensem

Petang semalam aku berkesempatan mengeteh dengan salah seorang silent reader blog aku, saudara Daniel Hakim (nickname beliau di alam maya) dan apa yang aku lihat tatkala pertama kali bersua muka ialah cerminan diri aku 12 tahun yang lepas. Seorang budak muda yang baru 2 tahun memasuki alam pekerjaan dan masih tercari-cari jalan untuk jadi kaya. Aku hanya mampu tersenyum bila mengenangkan betapa cepat masa berlalu dan engineer muda di depan aku inilah yang akan meneruskan minat aku dalam bidang hartanah ini. Betapa bersemangatnya beliau sehingga sanggup turun dari Gombak ke Shah Alam dengan hanya bertemankan awek-awek komuter semata-mata untuk meninjau peluang pelaburan di Shah Alam dan aku amat-amat teruja dengan usaha gigih beliau. Kalau 12 tahun dulu aku hanya sorang-sorang mencuba nasib di dalam bidang ini tetapi engineer muda ini bernasib baik mempunyai beberapa orang dibelakangnya sebagai penunjuk jalan di samping kewujudan blog-blog hartanah yang boleh dijadikannya panduan. Betapa beruntungnya anak muda sekarang ni dan bagi anak-anak muda yang lain, bersegeralah menjebakkan diri korang dalam bidang ini kerana peluang anda untuk berjaya amatlah tinggi. Kenapa aku berkata begitu? Ianya kerana 2 perkara berikut :

Liabiliti anak muda tidak sebanyak mereka yang telah berusia.

Bagi korang yang baru kerja, aku rasa tak banyak hutang yang korang ada. Paling tidak pun hanyalah hutang kereta berskala kecil dan juga kad kredit yang limitnya tidaklah banyak mana jika dibandingkan dengan mereka-mereka yang telah bekerja lama. Jadi, peluang untuk mereka yang muda ni mendapatkan pinjaman bank agak tinggi dan cerah.  Aku tahu golongan muda ini akan berkata "kami tak ada modal untuk mulakannya" dan ayat ini jugalah yang aku lontarkan kepada mentor aku dulu. Ketepikan soal modal kerana ada cara untuk korang membeli rumah dengan modal yang seminimum mungkin. Tak percaya? Daniel Hakim, tolong jelaskan apa yang aku katakan semalam di ruangan komen di bawah.. hehe

Peluang mendapatkan positive cashflow adalah tinggi.

Bila umur korang muda belia, korang boleh memaksimumkan tempoh pinjaman dan apabila tempoh dah dipanjangkan, secara tidak langsung instalment bulanan akan menjadi  lebih rendah. Bila ianya rendah, difference (lebihan) yang korang akan dapat dari sewa korang tu akan jadi lebih banyak. Betul tak? Cuma apa yang korang kena pastikan ialah cuba dapatkan rumah yang below market price yang mana caranya telah pun aku ceritakan dalam entri-entri aku yang lepas.

So, korang dah fahamkan kenapa aku suruh mulakan langkah seawal mungkin? Jadi, apa tunggu lagi, penuhkanlah ilmu di dada dan terjunlah ke bidang yang menjanjikan pulangan yang lumayan (macam iklan la pulak..)

p/s : matjoe, pantaier, daniel hakim & korang-korang yang ada kat area KLCC, jom kita ngeteh after office hour next week. Setkan masa dan bagitau aku at e-mail abangensem98@gmail.com

Jumaat, 17 September 2010

Breakfast Sempoi Harga Melampau

 - gambar hiasan -


Menyirap je aku pagi ni, mana taknya.. waktu aku gi melantak kat restoran yang biasa aku pergi untuk breakfast, tetiba ada adegan mamat kena kerat leher dan mamat yang aku maksudkan tu tak lain tak bukan AKU le. Hampeh betul. Cuba korang bayangkan nasi lemak berlaukkan timun, kacang dan telur goreng 2 biji beserta dengan secawan teh tarik berharga RM7.50. Dah la tu awek yang kira pulak tu tak de la sesegak Maya Karin.. tu yang hangin satu badan tapi mengenangkan takde restoran lain yang jual nasi lemak pagi ni, aku senyum je  la menghalalkan apa yang dia dah caj kat aku. Mungkin dah rezeki dia.

Sama jugak la macam aku, kekadang tu rezeki datang tak tentu masa dan tanpa kita tahu. Teringat masa aku beli rumah flat yang berharga RM26K tu. Masa aku dapat info tu aku tengah mengeteh dengan member aku, Anot. Sambil dok bersembang, tiba-tiba dia dok bukak citer kat aku.. "hang minat tak nak beli rumah kat area rumah aku? Tengahari tadi ada orang letak kertas ni kat dalam post box aku" dan bila aku membelek je phamplet tu, terus aku tergamam "RM23K je. Ini dah kira baguih ni". Itulah titik mula yang membuatkan aku menjadi antara manusia yang paling bertuah kat dunia ni bila dapat beli rumah semurah itu kat area Shah Alam. Kesimpulannya, korang redha je la dengan apa yang menimpa korang tu  walaupun kekadang tu kita rasa macam tak patut, sebab kita tak tahu mungkin Allah dah sediakan rezeki yang lebih baik untuk kita di masa depan. 

Selasa, 14 September 2010

Kalaulah Aku Yang Beli Flat Tu..

Korang dah baca ke citer kat suratkhabar pagi ni yang bagitau sebuah flat kat Monte Carlo telah dibeli oleh Pak Syeikh dari Arab pada harga 240 juta euro (RM953.40 juta). Kalau belum, mungkin korang boleh klik link ni untuk baca.

Aku rasa ramai yang akan kata membazir duit je beli flat sampai mahal camtu tapi mungkin jugak Pak Syeikh ni dah tak tau nak buat apa dengan duit dia, pasal tu la dia  sanggup beli pada harga yang sebegitu mahal. Nak bersedekah mungkin dah banyak yang dia sedekahkan sampaikan dah takde fakir miskin kat tempat dia untuk dia infaqkan hartanya. 

Korang jangan terkejut pulak dengan apa yang aku cakapkan kat atas tu sebab aku pernah tengok kengkawan aku yang 'kaya gila' yang duit diorang ni tak pernah luak-luak (habis). Mula-mula dulu pun aku musykil gak tapi lepas aku berguru dengan diorang  ni baru le aku tau sebenarnya duit yang diorang beli kete Porsche, Merck atau pun Beemer diorang tu sebenarnya bukan duit diorang pun sebaliknya dari duit dividen dan profit sharing yang diorang dah invest. Bukannya macam kita, duit gaji dan komisyen yang kita dapat tiap bulanlah yang kita dok gunakan untuk membeli barang-barang 'mewah' ni. Itu pun tak cukup mewah sebenarnya kalau dibandingkan dengan mereka-mereka yang jauh lebih kaya. Apa yang aku nak tekankan kat sini, korang invest la dulu duit simpanan korang tu supaya dividen atau profitnya boleh korang gunakan untuk beli barang-barang mewah yang lain.

Kat sini aku nak ceritakan satu kisah tentang kawan aku sewaktu dia dapat duit  hasil jualan tanahnya kat Prang Besar (sekarang dikenali sebagai Putrajaya). Banyak tu takde la tapi berjuta jugak jumlahnya. Mamat ni yang dulunya hanyalah seorang despatch pejabat lawyer terkejut beruk bila mana duit profit sharing yang dia dapat dari simpanan FDnya sebulan (tempat simpanan hasil jualan tanahnya) hampir sama dengan gajinya selama setahun. Alhamdulillah dia masih beringat dan meneruskan kehidupan sederhananya walaupun tidak lagi bekerja sebagai mat despatch. Kalau korang nak tau, dengan duit profit FD itulah digunakan untuk membayar instalment sebuah kereta yang lebih besar bagi menggantikan kereta Satrianya dan juga sebuah rumah 2-storey bagi menggantikan flat yang didiaminya. Sedangkan duit pokoknya (principal) masih lagi tak terusik kat dalam FD tu. Mungkin korang akan kata "kalau dapat kat aku, sure aku akan laburkan kat tempat yang boleh buat lebih banyak duit" tapi dah jenisnya orang yang sederhana, korang tau tak apa yang dia cakap kat aku? "Meor, duit banyak mana pun takkan cukup" dan sampai sekarang aku pegang kata-kata dia tu sebagai peringatan buat diriku.  

Sabtu, 4 September 2010

Consultation Fees? Patut ke??

Pagi ni tersengih-sengih aku dalam LRT ni ketika aku mengupdate blog aku ni. Mana taknya, semuanya gara-gara blogger-blogger yang dok mengutuk dan mengkritik aku dalam contest yang aku sedang anjurkan sekarang ni. Kalau si mfirdaushassan sibuk mengutuk e-book aku yang dikatakannya mahal, si no19 pulak dok kutuk warna blog aku dan sangsi dengan status jutawan aku, brader hasrulhassan pulak dok kutuk penampilan blog aku yang 'lembik' manakala si budakcomel dok komplen tentang gaya aku mengupdate blog lebih menonjolkan sifat seorang yang pemalas.. hahaha. Nampaknya tujuan aku buat contest ni hampir tercapai iaitu nak mengenal pasti kelemahan dan keburukan yang ada pada diri aku, blog aku malah ebook-ebook yang telah aku hasilkan dan aku really appreciate semua tu sebab kalau aku tak buat macam ni, aku sentiasa ingat aku ni bagus je. Ye la, kalau dah hampir semua e-mail yang aku terima dok puji aku je, tak ke nanti ianya akan merosakkan diri aku di kemudian hari.. huhu.

Namun, aku teruja dengan cadangan yang dibuat oleh encik mfirdaushassan tentang caj yang patut aku kenakan ke atas korang-korang yang mengajukan soalan kat aku. Katanya consultation fee ni perlu supaya masa yang aku peruntukkan bagi menjawab soalan-soalan korang tu berbaloi. Hmm.. elok dan menarik jugak cadangan tu hehehe..
*Aik? Apasal awek kat dalam LRT ni senyum-senyum tengok aku ni?* Ini mesti sebab diorang nak suruh aku ayat diorang la ni.. Aku dah boleh agak dah tapi nak buat camne, aku nak kena habiskan update entri aku ni dulu. Aku rasa inilah yang dimaksudkan oleh encik mfirdaushassan ni kot. Masa yang sepatutnya aku gunakan untuk usha awek dalam LRT ni telah aku gantikan dengan aktiviti menaip blog aku dan memang patut le aku kena caj fees kat korang sebagai galang ganti awek yang aku tak dapat ngorat dalam LRT ni. Baru le bebaloi kan? Tapi aku rasa macam tak sampai hati la pulak nak caj, karang takde pulak orang yang nak jenguk blog aku ni. Kan ke aku jugak yang rugi tapi kalau aku tak caj korang, kesian la pulak kat awek-awek dalam LRT ni sebab takde balak ensem yang nak ngorat diorang.. arrggghhhh apa yang patut aku buat ni?

Haa.. aku dah dapat idea. Apa kata sebagai tanda penghargaan korang kat aku, mulai sekarang lepas je korang baca entri aku tiap-tiap hari, cuba korang klik kat iklan nuffnang yang terletak kat bawah chatbox aku ni. At least dapat le aku masyuk sikit sebagai ganti consultation fees yang disarankan oleh encik mfirdaushassan tu. Mana le tau kot-kot duit nuffnang tu aku boleh guna untuk upgrade layout blog aku nanti. Takde la korang jemu menengok colournya nanti.. hehe. Amacam? Tak susah kan kalau korang klik je kat iklan tu (kalau ada le iklan yang keluar). Oklah, aku nak gi tegur awek LRT ni dulu. Nantikan entri berikutnya esok..

Selasa, 31 Ogos 2010

Hari ni hari apa?




Apa punya soalan la? Kan ke itu tarikh keramat kemerdekaan negara kita. Ya betul tetapi perlu kita ingat, tarikh itu juga merupakan tarikh akhir bagi pemilik-pemilik kediaman melunaskan cukai taksiran suku kedua setiap tahun. Maknanya bulan ni duit dalam akaun aku akan berkurang beberapa ribu sebab terpaksa dikeluarkan bagi menjalankan tanggungjawab sebagai pembayar cukai yang amanah.



Buat korang yang ada rumah sewa? Korang dah bayar ke atau korang nak suruh penyewa korang yang bayar? Bagi aku, biarlah aku yang menanggung semua tu demi kesejahteraan penyewa-penyewa aku tapi kalau diikutkan duit diorang jugak la yang aku gunakan untuk membayarnya.. hehe.

Akhir kata, selamat menyambut hari kemerdekaan negara kita dan selamat bercuti buat korang semua.



P/S : Bila korang nak belanja aku buka puasa?

Isnin, 30 Ogos 2010

Tenkiu bang sebab mendinginkan saya..

"TQ bang sebab mendinginkan saya malam-malam saya".. mesej dari awek tenant aku. Mana taknya, dah hampir 2 bulan kipas biliknya rosak dan terpaksa beradu dalam keadaan panas berbahang. So, bila dah dapat kipas baru.. apalagi senyum sampai ke telingalah jawabnya.

Actually, bukannya aku tak nak tukar atau repair kipas tu cepat-cepat tetapi aku dah fed-up sebab kipas tu adalah kipas dinding ketiga yang aku beli. Brand mahal pulak tu setelah 2 buah kipas berjenama cap 'ayam' telah lingkup selepas seminggu 'beroperasi'. Nampaknya walaupun kipas ketiga tu berjenama mahal tapi selepas tamat je tempoh warantinya, dan-dan tu pulak dia terbakar. Ada gak aku suruh wireman tengok-tengokkan kalau-kalau wiring kipas tu bermasalah tapi selepas 2 orang wireman melakukan 'post mortem', jawapan diorang tetap sama.. "Kipas dan wiring semua ok. Mungkin abang kena pasang aircond kat bilik ni kot". Pasang aircond? Bangkrap la aku. Buatnya bil melambung dan tenant aku angkat kaki tanpa bayar bilnya, tak ke jenuh aku nak membayarnya. Finally, dengan kebijaksanaan En Wan (wireman cum plumber aku), kipas siling secondhand berjenama mahal pun memangku tugas mendinginkan bilik dan hasilnya awek-awek tenant aku dah 2 hari terbabas kelas pagi diorang.. haha.

Buat korang yang berangan-angan nak jadi landlord, jangan jadik macam aku. Jadiklah landlord yang bertanggungjawab. Beli dulu kipas spare walaupun kipas rumah sewa korang tu belum rosak lagi..

Tips n Thots : Bila landlord tu bertanggungjawab, tenant pun senang hati nak bayar sewa dan satu lagi nasihat aku, jangan beli kipas cap ayam sebaliknya belilah kipas secondhand berjenama mahal.

Rabu, 25 Ogos 2010

ASB atau Property

Ada yang bertanya pada aku samaada perlukah beliau mengagihkan sebahagian dari pendapatannya untuk memenuhkan simpanan ASBnya atau pun perlukah beliau mulakan langkah melabur di dalam pasaran hartanah dan mengenepikan simpanan dalam ASBnya?Sebenarnya persoalan ini pernah diajukan oleh seorang rakanku kira-kira 6 tahun dulu dan alhamdulillah rakanku, Zul Bujang akhirnya mempunyai simpanan ASB dan aset kediaman yang jika dihitung nilainya hampir mendekati angka RM250K. Buat 'Mr Suidokusudo' yang bertanyakan soalan ini pada aku, sila hayati kisah Zul Bujang yang benar-benar berlaku beberapa tahun yang lalu.

Alkisah :
Si Zul jejaka tampan (selain aku) yang masih bujang kalau korang nak tau mampu mengenepikan kira-kira RM500 setiap bulan untuk disimpan di dalam ASBnya dan pada suatu hari ketika kami sedang bersembang tentang tabiat menabung di dalam ASB. Padanya tabiat ini merupakan satu langkah yang amat baik di dalam meningkatkan jumlah duit yang dia ada tetapi aku sengaja menyangkal dakwaannya dengan berkata ada lagi yang lebih baik untuk menggandakan jumlah tersebut. Bila aku bercerita tentang gabungan pelaburan antara property dan ASB (yang memang aku lakukan ketika itu), beliau tertarik tetapi masih takut-takut (perasaan normal bagi semua orang yang baru 1st time nak beli rumah) tapi setelah aku berjaya meyakininya, dia pun bersetuju dan sebagai balasan aku 'menghadiahkan' sebuah apartment di Shah Alam (Brunsfield Apartment) yang sepatutnya aku beli pada masa tu pada harga RM96K berbanding nilai pasarannya yang pada ketika itu bernilai sekitar RM130K. Si Zul ni pun tanpa berlengah lagi mengeluarkan sejumlah duit EPFnya untuk membayar downpayment dan bayaran-bayaran berkaitan, yang jumlahnya agak besar semata-mata nak mencuba teori aku ni. Unit itu kemudiannya berjaya disewa dan beliau membawa pulang baki sebanyak RM300 setiap bulan untuk disimpan dalam ASB setelah ditolak bayaran bulanan banknya. Korang kena ingat, pada ketika itu jumlah RM500 masih lagi diketepikan dari gajinya setiap bulan menjadikan jumlah keseluruhan simpanan ASBnya itu setelah dicampur dengan lebihan sewa itu berjumlah RM800 sebulan. Itu cerita tahun 2004.

3 tahun kemudian (2007), beliau mengeluarkan lagi baki akaun 2 duit EPFnya untuk mengurangkan baki pinjamannya itu sebelum pertengahan tahun lalu, atas nasihat aku beliau telah membuat pembiayaan semula (refinance) apartment tersebut dan korang tahu tak berapa jumlah yang dia dapat dari refinance tersebut? 90% daripada RM160K (market value 2009) bersamaan RM144K dan setelah ditolak baki terkini sebanyak lebih kurang RM70K, uishhhh banyaknya duit dia (kurang lebih RM70K). Itu belum dicampur dengan constant saving di dalam ASBnya yang dibuat setiap bulan dari gaji dan income rumah sewanya. Kalau sebulan RM800 X 60 bulan (5 tahun), tak ke beribu-ribu lemon jadiknya dan amaun tu tak termasuk dengan dividen ASB setiap hujung tahun. Amacam, banyak tak jumlah yang bakal korang perolehi kalau digabungkan kedua-dua bentuk pelaburan ni?

Moga-moga cerita kat atas telah memudahkan 'Mr Suidokusudo' untuk membuat pilihan tapi perlu diingatkan pada sesiapa yang nak follow cara ni, make sure korang carik dulu rumah yang below market value supaya amaun yang bakal korang dapat akan berkali ganda banyaknya.

P/S : Sehingga kini rakanku, si Zul Bujang ni masih lagi berstatus single dan bagi korang yang berhasrat nak menjadikannya laki korang, tweet aku @ http://twitter.com/abangensem98 (sebenarnya saje je aku nak promote akaun twitter aku.. hehe) 

Sabtu, 14 Ogos 2010

TQ

Tersenyum aku saat membaca entri En. MatJoe yang bertajuk "Mahal ke RM20?" semalam. Bukan apa isu yang diutarakan oleh En. MatJoe ni pernah dibisikkan kat aku oleh tukang buat ebook aku, saudara Meor Ahmad Shukri sebelum ni semasa kunjungan aku ke rumahnya. Beliau pernah mengingatkan aku tentang pengalaman yang dia alami semasa menjual ebook beliau dan telah meminta aku supaya 'bersedia' dari segi mental dan fizikal tentang akan adanya pendapat dan pandangan yang negatif terhadap ebook-ebook yang akan aku hasilkan nanti dan ianya telah pun terbukti kini. Apa-apa pun aku melihat semuanya dari aspek positif, sebagai pembakar semangat untuk aku menghasilkan lebih banyak ebook di masa hadapan.

Terbayang aku kata-kata En. MatJoe dalam entri beliau yang bunyinya lebih kurang begini "Segala-galanya terpulang pada individu tu sendiri. Mungkin tips dan penjagaan superbike tidak sesuai untuk Kak Ina KL yang mempunyai minat memasak" dan ayat-ayat sebeginilah yang sebenarnya membuatkan aku tak ambil peduli bila jumlah follower atau trafik aku tak sehebat blogger-blogger femes yang lain sebab blog aku ni sebenarnya hanya diikuti oleh mereka yang berminat dengan input yang berkaitan dengan pelaburan hartanah sahaja. Untuk itu, aku seharusnya bersyukur kerana masih ada yang sudi mengikuti blog aku malah ada yang sanggup membeli ebook-ebook aku selama ini. Buat kalian semua, TQ for supporting me. Cuma harapan aku semoga makin ramai orang kita yang akan berani menceburi bidang ini di masa akan datang. Amin..
 
Tips n Thots : Kita takkan dapat puaskan hati semua orang, apa yang kita perlu buat.. redha sahaja dengan apa yang berlaku selagi niat kita baik.

Jumaat, 13 Ogos 2010

Hobi Masyuk

Terkejut aku beb bila malam Isnin lepas sewaktu aku berkunjung ke rumah seorang blogger yang dulunya bekas seorang pekerja bank tapi la ni hanyalah seorang surirumah sepenuh masa. Apa yang buat aku kagum ialah la ni income blogger yang sorang ni lebih masyuk jika dibandingkan dengan gaji dia masa keje bank dulu. Dah la masyuk keje yang dia buat pulak tu merupakan hobi dia selama ni iaitu memasak.

Yes, hanya melalui blog je beliau mendapat order yang bukan kecik anak tapi mampu untuk duduk kat umah yang jauh lagi besar dari rumah aku.. hehe. Masa aku pegi sesi merasa dan menempah kuih raya hari tu (bukan aku tapi mem aku sebenarnya), sempat jugak la aku bertanya "kak, biasanya berapa balang yang akak biasa buat setiap tahun?". Aku bajet mungkin la dalam 500-600 balang tapi jawapannya agak mengejutkan aku "tak banyak sangatlah Meor, ada la dalam 1,200 balang". Mak aih 1,200 balang tu tak banyak ke? Sempat gak la aku mengira-ngira income kuih raya akak ni time bulan pose ni. Ada la dalam RM35K. Banyak tu beb. Itu baru kuih raya, belum masuk tempahan kek yang setiap hari dia terima dari blog dia. Ada la average dalam 5 biji kek sehari (sebiji kek berharga RM60). Maknanya sehari ada la dalam RM300 dan kalau didarabkan dengan 20 hari dia bekerja = RM6K tu beb. Sedap ke kek dan kuih akak ni? Kalau ikut mem aku, sedap katanya dan kalau ikut aku.. no komen sebab aku tak suka makan kek atau pun kuih raya melainkan rempeyek je.

Selama ni aku tak sangka pulak dari blog boleh buat duit (selain dari income nuffnang) tapi bila nengok akak ni dan juga pengalaman aku jual ebook, barulah aku percaya apa yang ditulis kat suratkhabar atau majalah selama ni memang benar belaka. Bagi aku melalui jualan ebook la aku dapat merealisasikan impian aku untuk membantu golongan yang susah manakala baki selebihnya dapatlah aku put aside dalam UT sebagai simpanan hari tua aku. Pape pun aku patut berterima kasih pada kawan aku, Khir Ariffin yang menjebakkan aku ke alam blogging ni. Kalau tidak sampai sekarang la aku buta I.T.. hehe.

Tips n Thots : Cuba korang bayangkan kalau untung akak tu digunakan untuk membeli rumah, aku rasa dah beranak pinak dah duit dia tu dengan income sewa rumah. Tak gitu?

Rabu, 11 Ogos 2010

Entri Malam Esok Nak Puasa

Terkedu aku beb bila hari ahad yang lepas aku ditegur oleh salah sorang reader blog aku, Brader Nija masa aku tengah usha-usha rumah kat Pameran Hartanah PKNS. Aku ingat bila aku letak gambar dari pandangan sisi, takde sape la yang cam aku rerupanya ada gak yang perasan brader montel yang perasan ensem ni.. hehe. Anyhow, as usual aku bukannya jenis yang nyombong atau berlagak, so korang tak yah risau la sebab for sure aku akan layan korang punya walaupun sifat malu memang menebal dalam diri aku. Cuma yang aku agak segan dengan Brader tu ialah tentang dress code aku bila gi berjalan. Track suit and jersey dah jadi trade mark aku semenjak zaman bujang lagi. Tak kira la samaada gi SACC Mall ke atau pun Pyramid, aku tak reti sangat nak pakai cantik-cantik. Lagipun aku berpegang pada kata-kata member aku "kalau muka ko dah ensem, pakai apa pun nampak cantik".

Lama jugak la aku nyembang dengan Brader macho tu, siap dia bagitau aku tentang new project (office suite) yang tengah buat kat area Shah Alam ni. Katanya starting price untuk suite tu bermula dari RM160K je. Okla tapi buat masa ni aku dah stop nak membeli property sebab aku tengah simpan duit untuk borong rumah bila property bubble kat Malaysia ni meletup nanti. Bila bubble ni nak meletup, wallahualam hanya Tuhan je yang tau cuma aku standby je dari sekarang. Buat korang yang nak start invest, jangan pulak korang takut bila dengar statement aku ni. Yang penting korang buat dulu 4 step yang aku ceritakan dalam entri bulan Jun aku yang lepas, sure korang selamat punya sebab itu antara cara aku nak determine property yang below market value. As for now, sekali lagi aku nak ingatkan kalau terserempak dengan aku jangan malu-malu tegur aku especially buat awek-awek cun yang ada kat luar sana (gatal jugak aku ni ye).

Akhir bicara "Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan, Moga Ibadat Korang Akan Diberkati".