Khamis, 2 September 2010

Maintenance Problem

Sori Brader Parang sebab lama sangat aku amik masa untuk jawab soalan ko. Bukan apa aku kena buat research sikit sebelum menjawab soalan ko tu. Korang mesti tertanya-tanya apakah bentuk soalan dia sehingga aku terpaksa buat research sebelum aku boleh bagi jawapan. Actually, soalan dia mudah je "apa yang aku boleh buat kalau duit maintenance aku bayar tapi kerja penyelenggaraan langsung tak dibuat dan atas sebab itu, boleh tak aku sendiri upah orang untuk repair itu ini dan kemudiannya aku claim balik kat company yang uruskan maintenance tu".

Jawapan yang aku perolehi bukanlah berdasarkan fakta tetapi lebih kepada pengalaman aku dan memember aku sendiri. Oleh itu korang janganlah harap aku nak kaitkan jawapan aku dengan akta itu ini bagi menjawab soalan Brader ni. Jawapan bagi soalannya adalah "Ya dan Tidak". YA kalau maintenance company tu korang punya sendiri dan TIDAK kalau company tu bukan korang punya, tetapi sebenarnya ada jugak caranya untuk menjadikan company tu hakmilik korang dan caranya akan aku ceritakan nanti.

Aku bab-bab maintenance ni selalu sangat mengalami keadaan yang boleh membuatkan darah aku mendidih. Mana taknya, beberapa tahun yang lalu salah satu apartment aku mempunyai lift tanpa butang panel. So korang boleh bayangkan betapa ngerinya kalau korang masuk tapi takde butang untuk ditekan. Semuanya gara-gara penghuni yang tak bertanggungjawab yang mencurik butang-butang emas kat lift tu. Motifnya aku tak tahu tapi mungkin untuk dipajakkan ke Habib Jewel atau pun Kedai Emas Poh Kong kot. Ianya berlarutan selama hampir beberapa minggu. Bila soalan "bila nak repair" diajukan ke maintenance office, jawapannya "belum ada duit mau repair". Hampeh betul tapi mungkin betul jugak kata orang kat management office tu kalau semua penghuni apartment aku tu menjadikan alasan lift rosak untuk tidak membayar bil maintenance diorang. Kalau aku jadi company tu pun, apa aku boleh buat kalau takde duit tapi itu cerita 4 tahun lepas.

Semenjak pengurusan diambil alih oleh Joint Management Body (JMB) yang diuruskan sendiri oleh persatuan penduduk segala masalah berkaitan penyelenggaraan dapat diselesaikan satu persatu dan inilah yang aku maksudkan sebagai pengambil-alihan company orang untuk dijadikan hak milik sendiri. Bila dah ada JMB sendiri, korang boleh berbincang dengan jawatankuasa yang dilantik samaada korang boleh claim atau tak apa yang korang dah buat dulu. Mungkin atas budi bicara korang dengan jawatankuasa JMB ni membolehkan persoalan kedua Brader Parang tu dijawab. Apa-apa pun jalan paling baik ialah korang sendirilah yang jadik jawatankuasa dalam JMB tu. Kan senang cerita?

8 ulasan:

  1. yg penting pastikan AJK JMB tu orang2 yg amanah tak amalkan knonism..... AJK JMB aku utk penggal lepas paling HAMPEHHHHHhhhh.... pengerusi JMB jadi diktaktor dan semua AJK kena cucuk hidung.... kes paling simple, kes sewa parking extra.... penduduk nak dapat sewa 1 extra parking bukan main susah, tapi tup tup pengerusi siap ada 6 parking extra.... siap penduduk ugut nak report kat COB baru la pengerusi nak buat AGM.....
    :-aLCapone-

    BalasPadam
  2. emmm kena yg jnis gila kuasa pyah jugak...apa2 pn tq ur answer bro...minggu lpas ada member aku bgtau cukai pintu diorang xpyah byar sbb managment maintenain 2 ckp diaorg yg uruskan,emm pyah plik je,ada ke mcm tue?

    BalasPadam
  3. mcm pelik je..ade ke cm 2?

    BalasPadam
  4. En.Parang, kalau ikut logik akal aku tak de makna nyer management ofis korang nak bayarkan cukai pintu korang tu sebab cukai pintu tu atas nama korang dan bukan atas nama management ofis....
    Lagi satu pada orang yg dah ada JMB tu baik korang tanya kat JMB korang tu ada tak dia ambik insurance bangunan.... mintak bukti copy insurance certificate tu.... ada orang cakap kat aku yuran maintenance yg korang bayar tu sepatut nyer termasuk sekali utk premium insurance bangunan.... tapi kebanyakan JMB buat2 tak tau yg diorang kena ambik insurance tu....
    :-aLCapone-

    BalasPadam
  5. pecat je pengerusi JMB macamtu bile next meeting. tp penduduk kena aware la hal ni

    BalasPadam
  6. memang kitorang dah angkat org lain jadi pengerusi JMB yg baru utk penggal skrang nie..... harap2 AJK penggal nie org2 yg amanah dan tak amalkan kronisme....
    :-aLCapone-

    BalasPadam
  7. kan ke lagi baik kalo ko (aLCapone) je yg jadik AJK?? Tak gitu cik puan rohaniah?

    BalasPadam
  8. memang la abangensem kalau boleh aku nak tawarkan diri jadi AJK tapi aku takut aku tak mampu melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan amanah sebab skrang nie semua waktu aku dah penuh dengan tanggungjawap yg dah sedia ada..... apa yg aku boleh contribute skrang nie ialah dgn menyalurkan idea2 yg ada kepada AJK skrang yg lebih amanah dan dedikasi daripada AJK yg lalu....
    :-aLCapone-

    BalasPadam