Khamis, 13 Mei 2010

Pagi yang merimaskan

Nampak gayanya pagiku sudah tak seindah dan seceria sebelum-sebelum ni. Walaupun aku keluar seawal jam 6.30 pagi semata-mata nak mengelakkan tersangkut dalam 'jam' tetapi start dari pagi selasa yang lepas, aku terpaksa bersesak-sesak untuk masuk ke parking LRT. Mana taknya, setelah hampir setahun aku tak payah bayar parking, tetiba di'implement'kan pulak touch n go system bagi sape yang nak parking kat situ. Akibatnya, setiap pagi jalan nak masuk ke parking jadi 'jam' disebabkan kelembapan sistem tu..huhu.

Sebenarnya, bukan 'jam' penyebab aku tak ceria tetapi kos yang aku terpaksa keluarkan setiap bulan untuk bayar parking yang baru dicajkan ni. Kalau sehari aku kena bayar RM3, sebulan pulak akan jadi RM66 (22 hari bekerja X RM3). Kalau setahun.. RM792 (RM66 X 12 bulan). Banyak tu.. Itu belum masuk duit minyak (RM350 X 12 bulan = RM4,200), duit tol (RM44 X 12 bulan = RM528), duit nak ganti tayar yang botak sebab tiap-tiap hari langgar lubang (RM110 X 2 biji = RM220) dan jugak duit servis kete 3 bulan sekali (average RM120 X 4 = RM480). Tak ke jadik RM6,220. Itu pun belum campur kos-kos kerosakan lagi (kalau ada).

Bila aku tengok amaun tu, kekadang terasa macam nak cari je rumah yang berdekatan dengan stesyen LRT. Sekurang-kurangnya, aku dapat la reduce almost 70% daripada jumlah tadi dan excess amount tu boleh la aku gunakan untuk pegi enjoy..hahaha dan patutla apartment Vista Angkasa aku yang walking distance je ke stesyen Universiti tu berebut-rebut orang nak sewa walaupun sewanya beribu-ribu lemon. Rupa-rupanya berbaloi diorang sewa sebab banyak kos yang diorang boleh jimatkan. Macam ni tak boleh jadik, aku nak kena naikkan sewa lagi untuk cover duit parking aku ni tapi tak sampai hati le pulak aku nak naikkan sebab awek yang nyewa tu muka dia macam Diana Danielle. Karang kalau dia pindah, mana lagik aku nak dapat penyewa se'cun' dia. Ini la yang orang tua-tua dulu maksudkan 'diluah mati mak ditelan bapak pulak yang mati'. So, camne nak elakkan dari kedua-duanya dari mati ye. Any idea fren? hehehe...

Tips : Kalau korang nak beli rumah untuk investment, carik le yang dekat dengan LRT/komuter stesyen. Senang nanti korang nak 'up'kan sewa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan