Ahad, 20 Disember 2009

terjebak..

Ada kengkwn aku tanye.. " Camne ko boleh terjebak dgn hobi giler nih?". Biasanye aku cakap kat diorg, mungkin takdir kot tapi semua ni berlaku gara2 aku terpaksa relief budak opis aku masa launching projek perumahan baru kat kg melayu subang.

Aku ingat lagi, time tu hari sabtu hujung november 1998. disebabkan takde sape yg sanggup jaga booth pada hari sabtu, bos aku pun mengarahkan aku jaga booth tersebut sepanjang hari dan di sepanjang masa aku jaga booth tu, aku tgk org berebut nak beli apartment yg dijual tu. Dlm hati aku berkata " murah sgt ke umah ni sampaikan org berebut nak beli.." dan sebelum tengahari, semua unit apartment tu dah habis dijual. Lagi la aku terkejut.. slow2 aku tanya kat brader yg buat sales tu.. "Apasal ramai sgt yg beli". Dia kata kat aku "Harga apartment ni murah sgt. mana nak dpt apartment yg berkeluasan 850sqft pada harga cuma RM59K je". Aku pun apelagi terus le rasa nak beli dan aku pun cuba bodek dia.. "Ada tak yg nak kensel beli?". Dia suruh aku tunggu sampai ptg dan agaknya dah mmg rezeki aku.. ada la 1 unit yg buyer dia kensel sbb tak cukup duit. Aku pun tanpa berlengah lagi terus je bayar RM1K sbg booking. Nasib baik time tu aku dah ada kad kredit utk bayar booking tu. Itulah titik tolak aku terjebak dlm hobi giler aku nih..

2 ulasan:

  1. best bro cara ko terjebak. 60k utk 850 sqft apartment??? super nice!!!

    BalasPadam
  2. da lama jgk la ko kumpul umh kn..
    gud2..

    BalasPadam