Khamis, 4 Mac 2010

'kerek'

Bagi korang2 'remaja veteran' yg hidup sezaman dgn aku tentu familiar dgn perkataan 'kerek' ni kan? Dan sebelum kehadiran perkataan 'poyo' ke dlm hidup bebudak sekarang, perkataan 'kerek' ni lah yg selalu aku gunakan utk menggambarkan betapa berlagaknya seseorang itu. Tapi bukan itu yg aku nak citerkan kat sini tetapi tentang teori 'kerek' yg aku citerkan dlm entry aku yg lepas yang mana dengan teori inilah setiap loan yang aku apply sentiasa lulus.

Korang mesti herankan camna aku boleh dapat loan utk semua umah2 sewa aku tu. Cuba korang bayangkan camne aku yg bergaji ciput ni mampu memiliki umah yang banyak bijiknya tu dan kenapa bank masih 'sudi' utk memberi loan lagi kat aku. Jawapannya ada pada teori @ kaedah 'kerek' yg aku dok gunakan utk apply loan.

Kalau korang nak tau 'kerek' tu sebenarnya adalah gabungan dari perkataan KEmampuan dan REKod. Kalau korang nak tau jugak 2 benda ni lah yg menjadi elemen terpenting sebelum bank meluluskan loan yang kita apply kat mana-mana bank dan berikut aku terangkan apakah yg dimaksudkan dgn 2 elemen tu :

Kemampuan
:

Kemampuan ni merujuk kepada sejauhmana kemampuan korang nak bayar balik pinjaman yg korang amik dgn bank tu. So, kat sini korang kenalah sediakan segala dokumen 'black & white' yg korang ada sebagai bukti yg korang ada 'income' setiap bulan utk bayar balik pinjaman tu. Antara dokumen2 yg biasa orang bagi ialah payslip, EPF statement & income tax punya penyata tapi kebanyakan orang biasanya tak tau yg rental income pun boleh menjadi salah satu sumber untuk dijadikan bukti income. Biasanya apa yg aku perhatikan, ramai yang tak tau apakah bentuk dokumen yg boleh dijadikan bukti rental income di mata pihak bank. Sebenarnya ada 2 benda yg boleh dijadikan bukti rental income iaitu 'tenancy agreement' & penyata bank yang menunjukkan sewa yang diterima setiap bulan tapi kat sini le silapnya orang kita, dah la tak buat agreement dgn penyewa, duit sewa yg di'collect' pun tak di bank-inkan ke bank. Jawabnya takde lah bukti bertulis yang boleh ditunjukkan ke bank. Camne la bank nak caya samaada betul diorang ni ada rental income atau pun tidak.

Rekod
:

Rekod ni pulak merujuk kepada rekod kewangan korang dgn bank2 kat Malaysia ni. Kalau korang ni jenis yang memang tak penah ngelat bila bayar hutang, takyah la korang risau. For sure bank akan luluskan pinjaman korang. Camne bank tau? Bank Negara kita dah sediakan rekod kewangan korang kat bank2 ni utk diorang semak dan rekod2 ni la yang dipanggil CCRIS atau dalam bahasa omputihnya dikenali sebagai Customer Central Credit Reference Information System. Since korang dah tau tentang rekod ni, elok-eloklah korang jaga track record korang ni supaya tak di'blacklist'kan oleh pihak bank.

So, amacam dah tau ke rahsia camne aku boleh senang2 je dapat loan umah? Apalagi, boleh le korang start beli umah banyak-banyak... hehehe

1 ulasan:

  1. oooo poyo.. kerek!
    tempat aku orang sombong2 ni panggil "GONG"!
    orang GONG!

    BalasPadam